Personaliti Diri Berdasarkan Warna Kegemaran
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Personaliti Diri Berdasarkan Warna Kegemaran! | Setiap orang mesti ada warna kegemaran masing-masing. Ianya satu benda yang subjektif, nak cerita perasaan dan kesukaan terhadap gambar tu. Payah nak cerita... Tapi bila kita tengok warna tu kita suka.
Setiap orang tak sama warna kegemarannya walaupun adik beradik sendiri kan. Apa tah lagi laki bini... Kalau sama tu satu kebetulan juga mungkin
Warna kadang-kadang mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi 'mood' seseorang itu berdasarkan warna.
Contoh, warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang.
[ Baca juga ] Warna Baju Mempengaruhi Emosi dan Mood Wanita!Kaitan Warna dan PersonalitiIni merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya. Dapatan ini dari kajian, bukannya tilikan tapi kajian personaliti dari pelbagai respondan
Biru muda : Pengasih dan penyayang
Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi
Oren : Bersemangat dan komited
Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik
Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah
Merah : Berani dan emosional
Ungu : Kejayaan dan sikap positif
Hitam : Rasmi, serius atau hiba
Coklat : Matang dan bertanggungjawab
Putih : Bersih dan amanah
So, korang suka warna apa
Jom kita tengok dengan lebih detail personaliti diri seseorang disebalik warna kegemarannya
HITAMDegil dan berdikariSemangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.
MERAHMendesak, mudah diransang dan lincah.Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.Perlu belajar untuk sabar.
PUTIHMempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.Bersih dan amanah.Gemar menyendiri.Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.
BIRU LEMBUTKreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.Teliti dalam teguran.Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.Ingin suasana selamat dan mendamaikan.
BIRU GELAPSeorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.Mudah terganggu dengan keadaan bising.Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.
MERAH JAMBUBersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.Mudah bersimpati dan memahami.Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.Sedikit keanak-anakan.Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.
ORENMampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.Tidak sabar.Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.Bersikap praktikal dan kreatif.Sangat bertenaga namun mudah gelisah.Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.
HIJAUBerwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.
KUNINGPenuh minat dan ceriaAktif dalam jua aktiviti.Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.Idea dan pemikiran tinggi.Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.
UNGUBerkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, sbercita-cita tinggi.Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.
PERANGBersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman rakan yang baik.Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.
KELABUTersendiri pendekatannya.Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.Suka mengasingkan diri.Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.
So, tau dah kan...
Warna Kegemaran SayaNak tau MF suka warna apa
Kalau sesiapa ikuti MF diawal zaman blog mesti kenal MF kan... Tapi takpe... Let’s me explain
Dulu awal kahwin, MF suka warna biru dan purple... Mungkin juga terikut warna kegemaran suami masa tu.. Kalau sebelum kahwin suka warna hijau.
Sekarang ni dah makin meningkat usia, minat warna merah dan pink. Segala benda beli warna merah dan pink.
Baju, tudung pun banyak warna pink... Warna merah MF tak beli sebab warna yang terang dan menarik perhatian orang, jadi MF tak nak lah pakai.. Kalau ada pun wara maroon.
Tapi kalau benda lain jam tangan, laptop, komputer, mouse dan segala benda banyak warna merah...
Itulah serba sedikit perihal warna kegemaran MF... Jadi, agak-agak boleh teka tak orangnya macam mana... hehe...
Sekian..
P/s: Dari warna tema blog boleh tahu, blogger tu wataknya macam mana. Hehe.. tapi takdelah 100% sama...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2017/03/ww-personaliti-diri-berdasarkan-warna.html