Video Suspek Nekad Rempuh Pagar Larikan Diri Daripada Polis Berjaya Ditahan



AMPANG JAYA – Tindakan nekad seorang lelaki merempuh pagar sebuah premis menjual kereta terpakai dalam usaha melarikan diri daripada pemeriksaan pihak polis hanyalah sia-sia apabila dia akhirnya berjaya ditahan di Kampung Melayu Tambahan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam tentang seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta berdekatan sebuah kedai mencuci kenderaan di Jalan Kolam Air Lama di sini kira-kira pukul 10.15 pagi.

“Anggota unit peronda yang melakukan pemeriksaan telah berjaya mengejutkan lelaki berkenaan namun lelaki itu tidak mahu membuka pintu kereta dan terus memecut laju malah suspek turut melanggar sebuah kereta milik orang awam dalam usahanya untuk melarikan diri.
“Anggota bertugas terus mengekori kereta tersebut menghala ke pusat bandar dan ketika melalui Jalan Tun Razak, suspek telah masuk ke kawasan Kampung Baru lalu berhenti di dalam kawasan premis menjual kereta terpakai dan orang awam yang terlihat kejadian itu telah bertindak menutup pagar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, anggota polis terpaksa memecahkan cermin tingkap kereta tersebut untuk membuat tangkapan namun suspek berjaya melarikan diri dengan merempuh pagar premis tersebut.
“Kira-kira pukul 11.15 pagi hari yang sama, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menangkap seorang lelaki di sebuah bengkel di Kampung Melayu Tambahan, Ampang kerana disyaki terlibat dengan kes curi motosikal di daerah Dang Wangi.
“Semakan yang dilakukan mendapati lelaki berkenaan merupakan suspek yang sama dan dikesan mempunyai 13 rekod jenayah lampau melibatkan sembilan rekod jenayah dan empat rekod narkotik,” jelas beliau.
Tambah Mohamad Farouk, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, satu video berdurasi 1 minit 24 saat tular di laman media sosial memaparkan tindakan seorang pemandu kereta merempuh pagar sebuah premis dalam usaha melarikan diri daripada pihak polis.
Abang nekad rempuh, tahan pencuri kereta adik

The post [VIDEO] Suspek Nekad Rempuh Pagar Larikan Diri Daripada Polis Berjaya Ditahan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/03/video-suspek-nekad-rempuh-pagar-larikan-diri-daripada-polis-berjaya-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengendap Jiran Mandi Polis Buru Suspek

Mengendap Jiran Mandi Polis Buru Suspek

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 300 hits
Polis sedang berusaha mencari seorang lelaki berusia 24 tahun selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang mengadu dia diintai lelaki berkenaan semasa sedang mandi di sebuah rumah di Taman Setia Indah di sini Selasa lepas Ketua Pol...
Lelaki Lompat Pagar Sprm Addy Kanna Ditahan 2 Tahun Bawah Poca

Lelaki Lompat Pagar Sprm Addy Kanna Ditahan 2 Tahun Bawah Poca

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 277 hits
Alvin Goh KUALA LUMPUR 8211 Dalang utama sindiket Macau Scam yang pernah menggemparkan negara apabila melompat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk melarikan diri Alvin Goh ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah selama
Video Lelaki Bertengkar Dengan Pekerja Kedai Ditahan

Video Lelaki Bertengkar Dengan Pekerja Kedai Ditahan

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 265 hits
RAKAMAN kekecohan yang berlaku selepas seorang lelaki bertengkar dengan pekerja kedai di Lahat Ipoh kelmarin GAMBAR MEDIA SOSIALIPOH Lelaki dalam video tular berhubung kejadian pertengkaran di sebuah kedai runcit di Lahat kelmarin disahkan ...
6 Anggota Polis Ditahan Termasuk Seorang Berpangkat Asp Dan Inspektor Ditahan Ketika Leka Berhibur

6 Anggota Polis Ditahan Termasuk Seorang Berpangkat Asp Dan Inspektor Ditahan Ketika Leka Berhibur

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 377 hits
MyMetroKuala Lumpur Empat anggota dan dua pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan Inspektor dari Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat ditahan ketika leka berhibur di sebuah pusat hiburan mewah di Jalan Bukit Bintang di sin...
Dua Laporan Kes Seksual Pendakwah Muda Ditahan Polis Pj Pula

Dua Laporan Kes Seksual Pendakwah Muda Ditahan Polis Pj Pula

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 480 hits
Nampaknya tahanan reman membabitkan pendakwah muda berhubung dakwaan kes salah laku seksual belum berakhir apabila polis daerah Petaling Jaya pula menahan selebriti itu hari ini Difahamkan ia susulan dua laporan diterima polis daripada mang...
Remaja Lempar Kucing Untuk Content Tik Tok Ditahan Polis

Remaja Lempar Kucing Untuk Content Tik Tok Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 360 hits
Remaja lelaki berusia 19 tahun yang terbabit dalam video melempar seekor kucing semata mata untuk meraih perhatian di laman Tik Tok telah ditahan polis Menurut sumber dari penduduk Kampung Aru Baru Lawas Sarawak remaja lelaki itu telah dita...
Polis Wanita Buat Video Tik Tok Disiasat

Polis Wanita Buat Video Tik Tok Disiasat

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 620 hits
KOTA BHARU Seorang anggota polis wanita dari Kontinjen Kelantan berdepan tindakan tatatertib selepas memuat naik video seperti aksi tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform operasi polis Ketua Polis Kelantan Deputi Komisione...
Video Baru First Date Jumpa Bakal Jodoh Gadis Ini Sedih Ditinggal Seorang Diri Di Kedai

Video Baru First Date Jumpa Bakal Jodoh Gadis Ini Sedih Ditinggal Seorang Diri Di Kedai

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 341 hits
Aplikasi mencari jodoh secara online menerusi media sosial semakin popular di kalangan masyarakat kita Bermula dengan bualan kosong biasanya perkenalan ini akan berterusan dengan pertemuan untuk lebih serius ke fasa seterusnya Namun begitu ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi