Pas Tarik Diri 3 Pimpinan Ph Menghadap Sultan Perak Esok

IPOH - Tiga pengerusi parti-parti gabungan di dalam Pakatan Harapan  (PH) Perak dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin  Shah mengenai perkembangan politik di negeri ini.
   Perkara  itu disahkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa  Salvador Rizal Mubarak yang memaklumkan pertemuan tersebut akan diadakan  di Istana Kinta jam 11 pagi.
 Katanya,  selain beliau, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi Parti  Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi akan turut sama menghadap  Sultan Nazrin.
  "Esok tiga pengerusi parti PH akan menghadap Sultan Perak dan akan  berbincang dan meminta nasihat daripada Tuanku tentang peranan yang  boleh dimainkan PH dalam situasi politik di Perak," katanya ringkas  kepada Sinar Harian hari ini.
 Dalam pada itu, Farhash Wafa  Salvador mengakui pernah bertemu dengan pimpinan UMNO sebelum ini dan  mengetahui lebih awal mengenai usul undi percaya kepada Menteri Besar  Perak, Datuk Seri Ahmad Faiza Azumu.
 Katanya, secara dasarnya  memang PKR Perak menyokong gerakan untuk menumbangkan Ahmad Faizal bagi  menyelamatkan pentadbiran negeri ini.
 Ditanya sama ada PH Perak  akan berbincang lanjut tentang situasi politik yang melanda negeri ini,  beliau menjelaskan ketiga-tiga parti itu sering berhubung antara satu  sama lain.
MR:  UMNO boleh bergabung dengan PKR dan DAP untuk bentuk kerajaan Perak
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/12/pas-tarik-diri-3-pimpinan-ph-menghadap.html