Persoal Pengampunan Pada Anwar Takiyuddin Diambil Keterangan Polis


KOTA BHARU – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini, untuk diambil keterangan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh Pemuda PKR Cabang Ketereh, mengenai tuduhan ke atasnya yang dikatakan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Difahamkan, laporan polis dibuat ke atas Takiyuddin yang dikatakan mempersoalkan kuasa YDPA yang memberi pengampunan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Takiyuddin yang tiba di IPD Kota Bharu pada pukul 2.45 petang, turut ditemani kira-kira 30 orang penyokongnya dan diambil keterangan selama kira-kira dua jam.
Beliau yang ditemui pemberita selepas itu menjelaskan, beliau hadir sebenarnya bagi memberi keterangan mengenai ceramahnya yang dibuat di PRK Parlimen Sandakan bulan lalu.
Katanya dalam ceramahnya itu beliau hanya menjelaskan yang Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri atau pemimpin negara, kerana beliau adalah bekas banduan.
“Saya ingin menegaskan saya sama sekali tidak berniat mempersoalkan kuasa YDPA, yang memberi pengampunan kepada Anwar (Ibrahim)…apatah lagi YDPA ketika itu adalah dari Kelantan, dan saya sebagai rakyatnya.
“Kuasa Agong adalah yang diberikan di bawah undang-undang, cuma kita sebagai rakyat mahu tahu siapa yang meminta pengampunan berkenaan,” katanya.
Takiyuddin berkata, Anwar sudah disabitkan kesalahan dalam Mahkamah Persekutuan sekurang-kurangnya dua kes termasuk salah guna kuasa ke atas pegawai polis dan liwat.
Katanya setakat ini kesnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi untuk menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga rusuhan dan sebagainya.
“Terserah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan saya menghormati kuasa dan tanggungjawab mereka dan berharap langkah terbaik diambil berdasarkan undang-undang untuk selesaikan kes ini,” katanya. – Bernama
The post Persoal pengampunan pada Anwar: Takiyuddin diambil keterangan polis appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/persoal-pengampunan-pada-anwar-takiyuddin-diambil-keterangan-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertikai Pengampunan Anwar Polis Rekod Keterangan Takiyuddin

Pertikai Pengampunan Anwar Polis Rekod Keterangan Takiyuddin

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 291 hits
Datuk Takiyuddin Hassan diambil keterangan ekoran dakwaan mempersoalkan kuasa YDPA memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto oleh Firdaus LatifKOTA BARU 10 Jun Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Ibu Pejabat...
Polis Selesai Siasat Dakwaan Kes Belasah Di Pejabat Anwar

Polis Selesai Siasat Dakwaan Kes Belasah Di Pejabat Anwar

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 410 hits
Diterbitkan Hari ini 6 48 petang Polis telah menyelesaikan siasatan kes dakwaan pukul yang berlaku di pejabat Presiden PKR Anwar Ibrahim di Petaling Jaya kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat Fadzil berkata polis aka...
Shamsul Iskandar Beri Keterangan Kepada Polis

Shamsul Iskandar Beri Keterangan Kepada Polis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 281 hits
Shamsul Iskandar beri keterangan kepada polis nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 14 Jun 2019 10 12PM
Tiada Tindakan Terhadap Haziq Sehingga Siasatan Polis Selesai Anwar

Tiada Tindakan Terhadap Haziq Sehingga Siasatan Polis Selesai Anwar

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 676 hits
Oleh Goh Pei PeiKUCHING PKR tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Pemuda Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz berhubung pengakuannya terbabit dalam video lucah sehingga siasatan polis selesai Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibr...
Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar

Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 699 hits
PETALING JAYA PKR tidak akan membuat laporan polis berhubung penularan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti itu kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ini kerana katanya beberapa laporan polis mengenai video tersebut telah ...
Lebai Sembah Berhala Akan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Kes Akan Diambil Alih Bukit Aman

Lebai Sembah Berhala Akan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Kes Akan Diambil Alih Bukit Aman

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 417 hits
Seorang nelayan lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemujaan tokong Dato Kong di Tanjung Piandang di Bagan Serai akan dibebaskan hari ini Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pasukan siasatan dari Buk...
Ayah Haziq Buat Laporan Polis Dakwa Rumah Diceroboh

Ayah Haziq Buat Laporan Polis Dakwa Rumah Diceroboh

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 612 hits
Ayah kepada Muhammad Haziq Abdul Aziz membuat laporan polis bahawa rumahnya diceroboh oleh lima individu yang mendakwa sebagai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching kira kira jam ...
Lokman Dan Gobalakrishnan Bebas Dengan Jaminan Polis

Lokman Dan Gobalakrishnan Bebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 428 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC N Gobalakrishnan yang ditahan semalam dibebaskan hari ini dengan jaminan polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam kenyataan ...
Ayah Haziq Polis Ceroboh Rumah Saya

Ayah Haziq Polis Ceroboh Rumah Saya

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 495 hits
MALAYSIAKINI Ayah kepada Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa pihak polis menceroboh rumahnya di Kuching Sarawak Menurut Abdul Aziz Ibrahim 53 kejadian itu berlaku kira kira pukul 5 petang semalam ketika di berada di dalam rumah bersama anak ...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad