Polis Selesai Siasat Dakwaan Kes Belasah Di Pejabat Anwar


Faisal Asyraf Diterbitkan Hari ini 6:48 petang 

Polis telah menyelesaikan siasatan kes dakwaan pukul yang berlaku di pejabat Presiden PKR Anwar Ibrahim di Petaling Jaya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

Fadzil berkata polis akan menghantar kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

"Ya kita sudah ambil keterangan semua pihak terlibat dan lengkapkan siasatan... Kita akan hantar kertas siasatan kepada DPP nanti," katanya ringkas kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Pada 10 Jun lalu, seorang lelaki berusia 26 tahun dilaporkan membuat laporan polis selepas mendakwa setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memukulnya di premis itu, pada 16 Mei lalu.

Lelaki itu juga menyerahkan laporan perubatan daripada sebuah hospital swasta berkenaan kecederaan yang didakwa ekoran insiden itu.

Kedua-duanya dikatakan sedang bertengkar sebelum keadaan memburuk.

Terdahulu, setiausaha akhbar presiden PKR Tunku Nashrul Tunku Abaidah menafikan perkara itu dan mendakwa lelaki itu mempunyai kecederaan lampau.

Beliau berkata pihaknya telah membuat laporan balas terhadap lelaki itu, yang menurutnya terlibat menyalahgunakan dadah dan cuba masuk ke premis tanpa izin.

Tunku Nashrul juga memaklumkan lelaki itu, yang bertugas sebagai penyelidik sukarela, telah dipecat.

Beliau juga saksi kejadian memaklumkan individu tersebut mempunyai kecederaan lampau dan bukannya disebabkan insiden seperti yang didakwa.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor mengesahkan polis telah mengambil keterangan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berhubung video seks yang mengaitkannya.

Ketika ditanya sama ada polis akan mengambil keterangan lebih ramai pemimpin parti itu, Mazlan berkata pihaknya akan memanggil sesiapa saja yang diperlukan.

"Siasatan masih diteruskan dan kami akan panggil sesiapa saja untuk membantu siasatan, bukan Hanya dari PKR," katanya lagi.

Terdahulu, polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada lebih 20 individu berhubung kes itu.

Azmin menafikan dirinya adalah individu yang dirakam dalam video itu dan mendakwa ia adalah usaha untuk memusnahkan kerjaya politiknya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/polis-selesai-siasat-dakwaan-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Tindakan Terhadap Haziq Sehingga Siasatan Polis Selesai Anwar

Tiada Tindakan Terhadap Haziq Sehingga Siasatan Polis Selesai Anwar

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 705 hits
Oleh Goh Pei PeiKUCHING PKR tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Pemuda Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz berhubung pengakuannya terbabit dalam video lucah sehingga siasatan polis selesai Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibr...
Anwar Serahkan Kepada Pihak Polis Untuk Siasat Penulis Buku

Anwar Serahkan Kepada Pihak Polis Untuk Siasat Penulis Buku

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 423 hits
PETALING JAYA Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat ugutan yang diterima beliau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis sebuah manuskrip buku bertajuk Mengapa Anwar...
Polis Buka Kertas Siasatan Kes Video Dikaitkan Dengan Menteri

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Video Dikaitkan Dengan Menteri

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 481 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador Menurutnya polis setakat ini menerima satu laporan berhub...
Jkmhq Siasat Pusat Jagaan Warga Emas Dakwaan Dera Penghuni

Jkmhq Siasat Pusat Jagaan Warga Emas Dakwaan Dera Penghuni

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 498 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar

Video Intim Mirip Menteri Pkr Tidak Akan Buat Laporan Polis Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 719 hits
PETALING JAYA PKR tidak akan membuat laporan polis berhubung penularan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti itu kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ini kerana katanya beberapa laporan polis mengenai video tersebut telah ...
Polis Jamin Siasatan Secara Profesional Susulan Kes Anggota Polis Tembak Seorang Lelaki

Polis Jamin Siasatan Secara Profesional Susulan Kes Anggota Polis Tembak Seorang Lelaki

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 382 hits
Polis akan menjalankan siasatan secara profesional berhubung kes seorang anggota polis trafik yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah di bahagian lengan kiri dalam kejadian di Jalan Lencong Timur di Alor Se...
Pdrmsia Siasat Dakwaan 10 Nelayan Diculik Abu Sayyaf

Pdrmsia Siasat Dakwaan 10 Nelayan Diculik Abu Sayyaf

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 475 hits
Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan 10 nelayan yang dipercayai diculik kumpulan militan Abu Sayyaf pada awal pagi Selasa JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY D...
Pengerusi Perhubungan Negeri Pkr Belasah Pegawai Penyelidik Anwar

Pengerusi Perhubungan Negeri Pkr Belasah Pegawai Penyelidik Anwar

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 438 hits
Seorang Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat kini dalam siasatan polis selepas didakwa membelasah pegawai penyelidik parti itu pada bulan Ramadan lalu Suspek sebelum ini merupakan salah seorang pegawai Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Dakwaan Haziq Takut Nyawa Terancam Sangat Serius Anwar

Dakwaan Haziq Takut Nyawa Terancam Sangat Serius Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 388 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan kenyataan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dia menerima ancaman ekoran pengakuannya terlibat dalam video seks sumbang baru baru ini Sambil mengandaikan ia seperti kes wanita Mong...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

When Anwar Hailed Court Sending Najib To Jail As Victory For Rakyat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Vespa Anti Tank Inovasi Ketenteraan Paling Pelik Abad Ke 20

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan