Persidangan Parlimen Hanya Selepas Pelbagai Syarat Dipenuhi Pakar Perlembagaan


ismaweb.net
Siti Hafidah
Dapat nasihat daripada KKM, MKN sebelum berlangsung

KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Persidangan Dewan Rakyat boleh diadakan selepas Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dipenuhi, dan ia mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut pakar perlembagaan.

Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat antaranya menyatakan Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.

“Peraturan 11 ini juga menyatakan Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri boleh mengubah tarikh persidangan itu dari semasa ke semasa, namun persoalannya adakah Peraturan 11 ini terpakai.

“Pada pandangan saya, ia masih terpakai selagi mana ia tidak dinafikan pemakaiannya oleh Ordinan Darurat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Shamrahayu berpandangan satu perbincangan secara muafakat juga perlu berlaku antara Seri Paduka dan Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis, dalam menetapkan tarikh persidangan Parlimen berkenaan.

Katanya, ini kerana berdasarkan Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan Ketua Majlis mempunyai kuasa menentukan dari semasa ke semasa tarikh untuk persidangan Dewan Rakyat.

“Permuafakatan tentang tarikh itu hendaklah juga mendapat perkenan Seri Paduka, barulah sistem kita ini nampak lunak dan boleh memberikan keserasian,” katanya.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, berdasarkan krisis kesihatan ekoran pandemik COVID-19 ketika ini, persidangan Parlimen turut perlu mendapat nasihat daripada KKM dan MKN sebelum ia boleh berlangsung.

“Agensi-agensi ini perlu menasihati kerajaan kerana ia melibatkan soal kesihatan dan keselamatan, dengan persidangan juga tidak boleh dilakukan secara normal apabila ia berlangsung,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Basirun mencadangkan supaya sesi Parlimen tidak boleh berlangsung secara berterusan dalam tempoh masa lama serta diselang seli dengan proses sanitasi.

“Persidangan secara fizikal boleh diadakan selama 60 hingga 90 minit dan perlu berhenti rehat seketika bagi proses sanitasi sebelum bersambung semula,” katanya sambil menegaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dua lapis serta penjarakan fizikal mesti sentiasa diamalkan.

Tambahnya, Ahli Parlimen dan petugas juga perlu segera beredar pulang dan mengelak dari bersembang atau berkumpul di luar Dewan bagi mengelak penularan wabak COVID-19

 – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/persidangan-parlimen-hanya-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Perlu Patuhi Peraturan Sebelum Dibuka Pakar Perlembagaan

Parlimen Perlu Patuhi Peraturan Sebelum Dibuka Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 247 hits
AGENDA DAILY Pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz Parlimen perlu melalui beberapa proses pentadbiran termasuk menyusun perjalanan mesyuarat dan hal hal berkaitan dengannya kata pakar Perlembagaan Profesor Dr Shamrahayu Abdul...
10 Syarat Pembukaan Segera Parlimen

10 Syarat Pembukaan Segera Parlimen

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 189 hits
1 SEMUA Ahli Parlimen bersepakat dan hanya bincang serta luluskan usul untuk bantu negara keluar dari pandemik COVID 19 dan pacu ekonomi negara 2 Mesti buktikan prestasi negara dalam membendung pandemik dan meningkatkan peratusan vaksinasi ...
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 297 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Hanya Setelah 5 Bulan Baru Nak Dikaji Buka Parlimen Jujurkah Atau Sekadar Lip Service

Hanya Setelah 5 Bulan Baru Nak Dikaji Buka Parlimen Jujurkah Atau Sekadar Lip Service

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 355 hits
Menteri menteri Perikatan Nasional tidak sekata dalam isu bilakah Parlimen akan dibuka semula Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin tidak bersetuju Parlimen dibuka semula sekarang sehinggalah dicapai imuniti kelompok vaksin Covid 19 Maksudny...
Jika Parlimen Tidak Buka 2 Ogos Berlaku Krisis Perlembagaan

Jika Parlimen Tidak Buka 2 Ogos Berlaku Krisis Perlembagaan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 251 hits
Malaysia tidak seharusnya terjebak ke dalam krisis Perlembagaan sekiranya Perdana Menteri enggan menasihati Yang di Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen dalam waktu krisis pandemik Covid 19 belum berakhir Pengarah Komunikasi KEADILAN Fah...
Sidang Parlimen Apa Yang Diminta Itulah Yang Kita Dapat Hanya Tun M Saja Minta Kuasa

Sidang Parlimen Apa Yang Diminta Itulah Yang Kita Dapat Hanya Tun M Saja Minta Kuasa

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 190 hits
June 17 2021 1 Semua ketua parti yang mengadap YDP Agong Semua hanya minta sidang Parlimen diadakan Ada yang minta Moratorium Ada yang minta I Sinar Ada yang hantar Proposal bagaimana nak hadapi Covid 19 Hanya Tun Mahathir saja datang memin...
Terpalit Pelbagai Kontroversi Seo Yeji Bersuara Selepas 2 Bulan Mendiamkan Diri

Terpalit Pelbagai Kontroversi Seo Yeji Bersuara Selepas 2 Bulan Mendiamkan Diri

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 292 hits
Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi nampaknya pelakon Seo Ye ji lebih senang mendiamkan diri daripada perhatian ramai Umum pastinya mengetahui bahawa pelakon wanita itu didakwa mengawal kekasih Kim Jung hyun pada tahun 2018 sehingg...
Kpm Kurang Proaktif Laksana Pdpr Menteri Hanya Jadi Tukang Sampai Kata Pakar

Kpm Kurang Proaktif Laksana Pdpr Menteri Hanya Jadi Tukang Sampai Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 219 hits
June 6 2021 Pakar berpendapat sidang media Menteri Kanan Radzi Jidin pagi tadi lebih bersifat taklimat pengurusan semata mata PETALING JAYA Seorang pakar pendidikan berkata kemunculan Menteri Kanan Radzi Jidin pada sidang media maya pagi ta...
Apa Langkah Perlu Diambil Sekarang Pakar Pendidikan Tuntut Penjelasan Selepas Upsr Dimansuh

Apa Langkah Perlu Diambil Sekarang Pakar Pendidikan Tuntut Penjelasan Selepas Upsr Dimansuh

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 224 hits
Mereka berkata kementerian pendidikan perlu menyediakan komunikasi yang jelas bagi menangani kebimbangan ibu bapa dan guru dalam sistem pembelajaran pasca pemansuhan UPSR Beberapa orang pakar menggesa komunikasi lebih jelas daripada kerajaa...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maggie Goreng

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

Bahan Mudah Untuk Detoks Perkongsian Dr Zubaidi

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Nak Elak Bayar Sewa Rumah Dan Hutang Wanita Sanggup Reka Cerita Amp Buat Laporan Polis Palsu Konon Disamun