Apa Langkah Perlu Diambil Sekarang Pakar Pendidikan Tuntut Penjelasan Selepas Upsr Dimansuh


Siva Selan Mereka berkata kementerian pendidikan perlu menyediakan komunikasi yang jelas bagi menangani kebimbangan ibu bapa dan guru dalam sistem pembelajaran pasca pemansuhan UPSR.




Beberapa orang pakar menggesa komunikasi lebih jelas daripada kerajaan berhubung rancangan mengenai penilaian yang menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) susulan tinjauan kumpulan pendidikan yang mendedahkan kebimbangan ibu bapa berhubung hala tuju kemajuan akademik anak-anak mereka selepas pemansuhan peperiksaan awam itu.
Charis Ding dari Persatuan Literasi Anak Malaysia (MYReaders) berkata kementerian pendidikan mempunyai peranan besar untuk dimainkan bagi memastikan risiko-risiko yang disuarakan ibu bapa dan guru dapat dibendung dan dielakkan.
“Kebimbangan itu termasuk risiko para pelajar tidak lagi memiliki matlamat akademik yang jelas sementara kualiti pengajaran akan terjejas tanpa keputusan UPSR sebagai KPI, atau penilaian berdasarkan sekolah tidak dapat dilaksanakan sementara ibu bapa pula tidak dapat memantau kemajuan anak-anak mereka,” katanya kepada MalaysiaNow.
Tinjauan yang dilaksanakan MYReaders dari 11 hingga 27 Mei itu melibatkan 772 responden terdiri daripada ibu bapa dan guru di seluruh negara.
Respons termasuk daripada 594 ibu bapa yang memiliki seorang anak atau lebih yang berada di sekolah rendah.
Sejumlah 403 orang tidak bersetuju pemansuhan UPSR sementera 253 orang lagi bersetuju dan 116 bersikap berkecuali atau berbelah bahagi.
Daripada 403 yang tidak bersetuju, 49% berkata UPSR adalah indikator yang penting bagi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.
Ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka ketika ini tidak mengetahui apakah penanda aras kemajuan pembelajaran anak-anak selepas enam tahun di sekolah rendah.
Sebahagian daripada mereka berkata tiada “ketelusan dalam menilai pencapaian anak-anak dalam pembelajaran” sementara yang lain menyuarakan kebimbangan penilaian berdasarkan sekolah mungkin berat sebelah.
23% lagi berkata tanpa UPSR, kanak-kanak akan kehilangan motivasi untuk belajar.
UPSR menjadi kaedah utama penilaian sekolah rendah sejak 30 tahun lalu yang menilai kemahiran: membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Pengkritik bagaimanapun berkata penilaian tersebut menyebabkan obsesi bagi mendapatkan gred yang tinggi selain sumber kewangan dan usaha banyak digunakan bagi memastikan murid-murid mendapat keputusan yang baik.
Pengamal pendidikan awal kanak-kanak Putri Afzan Maria Zulkifli yang mengalu-alukan langkah tersebut menyifatkan pemansuhan itu sebagai “revolusi yang diperlukan dalam sistem pendidikan Malaysia”.
Beliau berkata ia akan membolehkan pelaksanaan pendekatan holistik bagi menyiapkan kanak-kanak berdepan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi di tempat kerja.
Beliau mencadangkan beberapa pendekatan dalam penilaian kemajuan murid tanpa peperiksaan besar termasuk meningkatkan pemerhatian dan mengurangkan subjek-subjek yang terlibat selain melaksanakan penilaian berdasarkan projek dengan mengintegrasikan beberapa subjek dalam satu mata pelajaran.
“Perhatikan kekuatan murid-murid berdasarkan beberapa jenis kemahiran,” katanya.
“Tumpu kepada perancangan pendidikan yang terfokus kepada sifat individu murid.”
Bagaimanapun, beliau mengakui risiko membenarkan autonomi kepada sekolah bagi meneliti murid-murid tanpa UPSR dengan mengatakan ketelusan dan kepercayaan menjadi kunci utama dalam melaksanakan sitem pendidikan selepas pemansuhannya.
“Saya percaya para ibu bapa boleh mempercayai penilaian berdasarkan sekolah jika hubungan mereka dengan sekolah dan guru-guru terbina dengan baik. Rasa saling percaya akan wujud.”
Ding bersetuju komunikasi yang jelas sangat diperlukan antara ibu bapa dan guru.
“Ibu bapa perlukan peluang untuk turut serta dalam perkembangan anak mereka dan apa yang mereka perlu lakukan adalah menyokong pembelajaran anak mereka sepanjang sesi persekolahan.
“Ketelusan antara sekolah, guru dan ibu bapa perlu. Ia perlu menjangkaui lebih daripada hanya mesyuarat PIBG dan ambil kad laporan pelajar,” katanya.
Beliau turut menambah langkah-langkah juga harus diambil untuk menyokong guru, sekolah dan ibu bapa bagi memastikan murid-murid mendapat sokongan yang mereka perlukan.
Beliau turut menggesa kementerian pendidikan untuk melengkapkan dan memperkasa guru bagi menjalankan penilaian berdasarkan sekolah yang penuh bermakna dalam menilai murid sepanjang tahun akademik mereka.
Namun beliau menolak idea pemansuhan UPSR akan menjejaskan kemahiran membaca anak-anak dengan mengatakan kekurangan saringan awal dan berterusan mengenai tahap rendah celik huruf selain kurangkan intervensi awal adalah punca sebenar masalah tersebut.
Dalam pada itu Putri menggalakkan ibu bapa untuk menerapkan pendekatan holistik dalam menilai kemajuan anak-anak.
“Bagaimana anda tahu seorang kanak-kanak sepenuhnya membesar sempurna secara fizikal, mental, emosi dan sosial dengan hanya menerusi penilaian akademik?
“Kita perlu lihat kepada apakah tujuan peperiksaan. Untuk apa sebenarnya? Adakah anda yakin menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk pantau apa yang dipelajari anak-anak setakat ini?”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/apa-langkah-perlu-diambil-sekarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntut Penjelasan Kilang Arak Bukan Essential Services Sepanjang Pkp

Tuntut Penjelasan Kilang Arak Bukan Essential Services Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 210 hits
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri digesa menjelaskan mengenai status surat kebenaran operasi kilang arak yang kini tersebar di media sosial Jika surat ini benar maka MITI digesa menarik kembali kelulusan tersebut kerana arak...
Hiburan 93 Pengguna Setuju Liang Pori Mengecil Selepas Gunakan Produk Ni Dengan 3 Langkah Mudah Semua Settle

Hiburan 93 Pengguna Setuju Liang Pori Mengecil Selepas Gunakan Produk Ni Dengan 3 Langkah Mudah Semua Settle

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 442 hits
Memiliki kulit wajah yang sihat berseri dan tak kusam merupakan impian semua tanpa mengira jantina dan usia Namun begitu masalah seperti kulit berminyak dan liang pori besar sering menjadi penghalang Jadi kali ni team BeautifulNara nak kong...
2 Peguam Ini Kongsi Langkah Wajar Diambil Mangsa Gangguan Seksual Online

2 Peguam Ini Kongsi Langkah Wajar Diambil Mangsa Gangguan Seksual Online

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 229 hits
BERITAmediacorp Bukti itu ibarat senjata bagi para mangsa semasa melaporkan gangguan seksual online Ini kerana tanpa bukti yang secukupnya pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan dengan itu tidak dapat menjatuhkan ...
Pakar Hospital Putrajaya Suruh Media Tak Payah Cerita Artis Langgar Sop Tumpu Kebaikan Vaksin Kkm Mahu Penjelasan

Pakar Hospital Putrajaya Suruh Media Tak Payah Cerita Artis Langgar Sop Tumpu Kebaikan Vaksin Kkm Mahu Penjelasan

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 201 hits
FMT Reporters May 25 2021 Kenyataan Dr Rafidah mendapat kritikan pengamal media yang menegaskan mereka tidak meminggirkan laporan mengenai program pemberian vaksin kerajaan PETALING JAYA Kementerian Kesihatan tampil menegur kenyataan Pakar ...
Trend Isteri Seronok Jaja Foto Sebelum Amp Selepas Nikah Para Suami Buat Ramai Kesal

Trend Isteri Seronok Jaja Foto Sebelum Amp Selepas Nikah Para Suami Buat Ramai Kesal

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 260 hits
Seakan menjadi trend pula di aplikasi TikTok apabila ada segelintir isteri yang memuat naik gambar suami masing masing dengan menggunakan kapsyen before kahwin dan after kahwin sebagai satu bentuk hiburan sesama mereka Walaupun niat asal mu...
Kelompok Mindsville Meningkat Kepada 30 Kes Selepas 3 Lagi Diuji Positif

Kelompok Mindsville Meningkat Kepada 30 Kes Selepas 3 Lagi Diuji Positif

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 125 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 13 jangkitan baru COVID 19 dalam masyarakat setakat 12 00 tengah hari Sabtu Kesemua jangkitan dalam masyarakat itu terkait dengan kes kes lalu dan sudah dikuarantin menurut Kementerian Kesihatan dalam kem
Selepas Wanita Perwakilan Amk Pula Gesa Pkr Henti Kerjasama Dengan Dr Mahathir

Selepas Wanita Perwakilan Amk Pula Gesa Pkr Henti Kerjasama Dengan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat terus didesak supaya menghentikan sebarang bentuk kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Pada Jumaat gesaan itu datang dari...
Hiburan Neeta Buat Laporan Polis Selepas Tular Video Dirinya Salah Parking

Hiburan Neeta Buat Laporan Polis Selepas Tular Video Dirinya Salah Parking

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 594 hits
Penyanyi dan pengacara Neeta Manis dan syarikat rakamannya iaitu Nar Records Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung satu video TikTok yang dikatakan menjatuhkan maruah dirinya Apa kes ni Video yang tular itu mendakwa Neeta sedang membetulk...
Maut Selepas Masuk Rumah Janda

Maut Selepas Masuk Rumah Janda

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 363 hits
Seorang lelaki ditemui maut dengan kesan kecederaan pada rusuk kiri dan jari dalam satu kejadian di parkir Flat Taman Idaman Simpang Ampat SPS hari ini MalaysiaGazette difahamkan sebelum ditemui maut lelaki terbabit dikatakan memasuki rumah...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat