Kpm Kurang Proaktif Laksana Pdpr Menteri Hanya Jadi Tukang Sampai Kata Pakar


 
Nora Mahpar -June 6, 2021 Pakar berpendapat sidang media Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin pagi tadi lebih bersifat taklimat pengurusan semata-mata.PETALING JAYA: Seorang pakar pendidikan berkata kemunculan Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin pada sidang media maya pagi tadi mengenai pengoperasian sekolah hanya menyerlahkan lagi kementeriannya yang kurang proaktif dalam melindungi warga pendidik berdepan Covid-19.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, berkata sesi taklimat yang sepatutnya dipenuhi jawapan kepada persoalan warga pendidik mengenai isu semasa hanya berkisar kepada penjadualan dan tarikh persekolahan.
“Tidak banyak agenda baru khususnya apakah perancangan dan program Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan keciciran pembelajaran anak-anak kita. Bagaimana usaha KPM untuk membantu guru?
“Sidang media itu nampaknya lebih bersifat taklimat pengurusan saja. Persoalan lebih besar nampaknya masih tergantung,” katanya kepada FMT.
Pagi tadi, Radzi mengumumkan semua pelajar akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 25 hari selepas cuti pertengahan tahun berakhir.
Katanya, sesi PdPR itu akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.
Kumpulan A terdiri daripada sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala kumpulan B adalah sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Manakala, tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 ditunda kepada Februari 2022 bagi ujian lisan dan amali sains, sementara bagi peperiksaan bertulis akan diadakan pada Mac 2022.Mengenai peranti pintar bawah projek perintis pembelajaran digital CERDIK, Radzi menjelaskan KPM menerusi Yayasan Hasanah sudah mengagihkan 12,887 daripada 150,000 unit yang dijanjikan, kepada murid keluarga B40.
Anuar berkata, selaku menteri bertanggungjawab terhadap isu pendidikan negara, Radzi seharusnya segera bertindak untuk menyalurkan peranti pintar kepada seberapa ramai murid B40 memandangkan inisiatif itu sudah lama dilaksanakan.
“Sudah hampir dua tahun murid perlu menjalani PdPR, semakin ramai pelajar khususnya dari keluarga B40 yang keciciran pembelajaran. Apakah ada skim pinjaman mudah, baucar atau subsidi untuk ibu bapa beli komputer?,” katanya.
Malah, kegagalan Radzi untuk segera mewujudkan Pusat Inovasi dan Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran untuk PdPR juga menjadi persoalan warga pendidik.
“Mengapa tidak dikongsikan kejayaan sekolah contoh PdPR? PIBG contoh PdPR? Guru contoh PdPR? Pengetua contoh PdPR? PPD contoh PdPR? Ibu bapa contoh PdPR?
“Mengapa KPM tidak kongsi dan angkat contoh-contoh yang telah berjaya laksanakan PdPR untuk dicontohi oleh guru-guru lain dan diraikan oleh masyarakat?,” soalnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/kpm-kurang-proaktif-laksana-pdpr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Penting Diketepikan Dalam Mesyuarat Mkn Kata Laporan

Menteri Penting Diketepikan Dalam Mesyuarat Mkn Kata Laporan

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 235 hits
Menteri penting diketepikan dalam mesyuarat MKN kata laporan Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 Jun 2021 7 1
Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar Ini Kata Pakar

Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar Ini Kata Pakar

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 376 hits
Parut hipertrofik parut apa pula ini tak pernah dengar pun Sebenarnya parut hipertrofik merupakan tindak balas yang tidak normal yang berlaku semasa proses penyembuhan akibat trauma atau kecederaan yang teruk pada kulit parut hipertrofik da...
Minyak Masak Paket Plastik Sebagai Alternatif Kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Minyak Masak Paket Plastik Sebagai Alternatif Kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 391 hits
nbsp Pengguna boleh mendapatkan minyak masak bersubsidi dalam paket plastik sebagai alternatif susulan kenaikan mendadak harga minyak masak dalam botol lima kilogram ketika ini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggun...
Menteri Hargi Jasa Anggota Tentera Laksana Ops Penawar

Menteri Hargi Jasa Anggota Tentera Laksana Ops Penawar

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 294 hits
Sokongan dan penghargaan adalah azimat yang tidak ternilai untuk menaikkan semangat anggota tentera dalam melaksanakan apa apa penugasan Apatah lagi ia diberikan oleh menteri sendiri Atas maksud itulah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail ...
Zahid Sengaja Lupa Menteri Umno Main Peranan Penting Dalam Kerajaan Kata Pemuda Dap

Zahid Sengaja Lupa Menteri Umno Main Peranan Penting Dalam Kerajaan Kata Pemuda Dap

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 362 hits
May 24 2021 6 15 PMIsmail Sabri Yaakob Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin tiga menteri Umno yang bertanggungjawab bagi dasar berkaitan SOP kesihatan awam serta vaksin PETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda DAP menyelar dakwaan Ahmad Zahid H...
Vaksin Segera Anggota Badan Kehakiman Kata Bekas Timbalan Menteri

Vaksin Segera Anggota Badan Kehakiman Kata Bekas Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 222 hits
FMT Reporters May 24 2021Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata anggota badan kehakiman harus diberikan layanan sama rata seperti badan eksekutif dan perundangan PETALING JAYA Anggota badan kehakiman perlu divaksin segera dalam fasa ke ...
1 052 145 Individu Lengkap Dos Kedua Vaksin Kata Menteri Kesihatan

1 052 145 Individu Lengkap Dos Kedua Vaksin Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 310 hits
Setakat semalam Selangor mencatatkan pendaftaran vaksinasi tertinggi sebanyak 3 223 832 Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Gambar Bernama Seramai 1 052 145 individu telah menerima dos kedua vaksin Covid 19 setakat semalam kata Menteri Kesihata...
Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 222 hits
May 29 2021 Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali perkhidmatan perlu dan sektor ekonomi tertentu selama dua minggu mulai Selasa depan PETALING JAYA Pelbagai pihak mendesak kerajaan menyediakan bantuan sara di...
Beri Bantuan Tunai Susulan Lanjutan Pkp Kata Pakar

Beri Bantuan Tunai Susulan Lanjutan Pkp Kata Pakar

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 254 hits
June 12 2021 Ahli ekonomi mencadangkan pemberian bantuan tunai RM1 500 kepada setiap isi rumah B40 dan M40 PETALING JAYA Kerajaan perlu menyalurkan bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40 susulan lanjutan perintah kawalan pergerakan 3 0 s...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord