Persediaan Untuk Menyampaikan Ilmu Pengetahuan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud:
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً (Shahih Al Bukhari)
“Sampaikanlah olehmu sekalian dariku meski hanya satu ayat.”
Tugas kita sebagai seorang manusia adalah untuk menyampaikan antara satu sama lain. Terutamanya ilmu yang berguna dan boleh dimanfaatkan oleh semua,walaupun sedikit. Menyampaikan ilmu ini menjadi satu kemudahan bagi yang menyampaikan dan terus diamalkan setiap orang berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]
Setiap daripada kita adalah pendakwah,yakni penyampai kearah kemudahan hidup manusia dunia dan akhirat. Bermakna kita perlu ada cara yang berkesan untuk menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan.Antaranya ialah:
1)Ilmu pengetahuan yang cukup terhadap suatu perkara
Hal ini perlu,kerana sekiranya apa yang kita sampaikan tidak cukup pengetahuannya,maka dibimbangi boleh dipertikai dan dipersoalkan apa yang cuba kita sampaikan. Persediaan boleh dilakukan melalui pelbagai rujukan yang sahih dan berguna serta penyelidikan yang baik
2)Persediaan hati dan semangat yang kuatHati kita perlu bersedia menerima pelbagai cabaran dan dugaan yang menanti kita tidak kira masa dan tempat. Semangat yang kuat juga perlu,agar kita tidak mudah putus asa. Hal ini perlu kerana, menyampaikan sesuatu perkara yang baik bukanlah suatu kerja yang mudah
3)Persediaan fizikal menghadapi serangan dan dugaanPersediaan ilmu pengetahuan dan rohani sahaja tidak cukup,maka kita perlu bersedia dari fizikal kita untuk menghadapi serangan-serangan fizikal yang bakal tiba. Hal ini kerana bukan semua mampu menerima apa yang kita sampaikan,sehingga ada juga orang yang terguris hati dan perasaan hingga sanggup untuk menggunakan serangan demi menjatuhkan seorang yang menyampaikan ilmu. Antara contoh persediaan fizikal yang boleh kita sediakan ialah mempelajari seni bela diri,terutamanya silat. Pesan daripada salah seorang tokoh beladiri suatu ketika dahulu, Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad melalui pantunnya yang berbunyi:"Wajiblah menjaga diri sendiri,menerima amanah Tuhan Rabbi,supaya menjadi Mukmin sejati,demi menegak Islam yang suci"
4)Usaha,Ikhtiar dan TawakalKita perlu berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu tersebut,setelah berusaha jangan lupa untuk berikhtiar dengan segala usaha kuat yang telah kita lakukan,dan jangan lupa,mohon pada Tuhan agar dipermudahkan segala apa yang kita ingin sampaikan untuk kemudahan sekalian manusia.
Dalam kata lain,kita perlu adakan persediaan untuk sesuatu situasi yang kita tidak pernah jangka dan aneh. Perumpaan Inggeris ada menyebut: "Preparing for the worst one".
Semoga sedikit perkongsian yang diberikan ini mampu memberi kita sedikit semangat dan persediaan yang perlu untuk kita sampaikan ilmu yang bermanfaat dalam situasi dunia yang semakin mencabar,InsyaAllah.
Sekian,wassalam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://saj23.blogspot.com/2014/02/persediaan-untuk-menyampaikan-ilmu.html