Jom Kita Membaca Buku Buku Terbaik Untuk Jambatan Ilmu
Membaca jambatan ilmu, sebaris rangkap yang selalu kita dengar dari zaman kita sekolah, sehingga joe flizow buat lagu.
Di yakini semasa nabi besar junjungan kita Muhammad S.A.W juga disuruh menyebut iqra, Walaupun makna nya cukup besar yang munkin kita tidak fahami namun tidak sama sekali dinafikan dengan perintah membaca.
Seperti melazimi membaca Al – Quraan selepas Maghrib mahupun selepas subuh yang biasa diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita.
Memang benar untuk memulakan sesuatu kelaziman memang agak sukar seperti kelaziman untuk membaca buku. Tetapi percayalah faedah yang akan kita perolehi dengan membaca pasti akan membuat kita lebih berpengetahuan daripada orang yang kurang membaca.
Munkin boleh setkan dahulu sepuluh minit sebelum tidur untuk membaca apa jua jenis buku yang kita ada.
Lagipun kita memang suka menghadap muka buku yang mengandungi pelbagai sumber maklumat yang kita sendiri tidak pasti. Makanya dari itu apa kata kita spend masa untuk membaca buku fizikal yang tidak memancarkan cahaya yang bergitu kuat bagi kesehatan mata kita sendiri.
Nak beli buku?
Dibawah ini ada berberapa contoh buku yang munkin anda boleh dapatkan dari halaman bookcafe…
Antaranya….
Buku Amalan 24Jam Rasulullah S.A.W
Amalan 24Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W – Klik Sini
Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati kepadanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya, menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup dalam kalangan umat.
Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun perkara itu kecil.
Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah s.a.w. di sepanjang hari bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah s.a.w. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah s.a.w. bagi menambahkan rasa cinta kepada Baginda.
Nak dapatkan buku Amalan 24Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W – Klik Sini
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.
Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.
365 Tip sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau.
Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.
Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.
Nak dapatkan buku klik 365 Tip sihat Gaya Rasulullah
Biografi Muhammad bin Abdullah
Biografi Muhammad bin Abdullah
Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.
Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.
Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.
Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.
Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.
Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.
Jom dapatkan buku ini dari sini – Biografi Muhammad bin Abdullah
Semoga sedikit perkongsian untuk mendapatkan buku – buku ini memberi manfaat untuk anda semua – Untuk dapatkan lebih banyak jenis bahan bacaan anda boleh terus sahaja dapatkan dari website book cafe.com.
Semoga perkongsian Jom kita membaca Buku – buku terbaik untuk Jambatan ilmu ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
The post Jom kita membaca Buku – buku terbaik untuk Jambatan ilmu appeared first on Onlajer.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://onlajer.com/blog/jom-kita-membaca-buku-buku-terbaik-untuk-jambatan-ilmu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jom-kita-membaca-buku-buku-terbaik-untuk-jambatan-ilmu