Ahli Umno Jangan Bermain Persepsi Ada Perkara Diluar Pengetahuan Kita



Saya mengajak rakan-rakan terutama kita ahli-ahli UMNO untuk tidak mencipta persepsi perkara diluar pengetahuan sebenar kita. Amat mudah mengherdik pemimpin dengan kata-kata dan hamuan jelik di dalam whatsapp group dan media sosial tanpa kita rugi apa-apa atau dapat apa-apa.
Tetapi harus diingat bahawa orang yang membaca ada pandangan mereka dan menilai dimana tahap pemikiran kita. Kekadang kita lantang memaki hamun pemimpin tetapi orang lain tahu bahawa diri kita tak menyumbang apa pun kepada kekuatan parti sendiri.
Kita gah mengkritik tanpa ada ilmu didada kita tetapi dicawangan atau keliling kita sendiri gagal kita fahamkan atau tarik sokongan kepada parti kita. Muhasabah diri sebelum kita hanya pandai dan mahu melihat salah orang lain.
Dalam kontek PRN Melaka, MKT UMNO dengan jelas memberikan mandat besar kepada 3 pimpinan tertinggi iaitu Presiden DS Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Tok Mat Hasan dan Naib Presiden YAB PM DS Ismail Sabri untuk membuat keputusan-keputusan penting dalam merancang strategi dan menggerakkan jentera BN seluruh Melaka. Ianya jelas dinyatakan dalam kenyataan rasmi Setiausaha Agung UMNO di para ke 4 sejurus mesyuarat MKT selesai.
Sudah pasti ianya bukan keputusan individu-individu tertentu tetapi pasti dibincangkan dengan lumat antara mereka. Pandangan ahli MKT telah ada dalam pertimbangan mereka. Akhirnya ialah pandangan “Orang Melaka” yang menjadi ramuan utama kepada setiap resepi keputusan yang bakal ditetapkan.
……………………………..
Terkini, sudah ada tohmahan dan penulisan yang amat kasar dari kalangan ahli-ahli UMNO menuduh YAB PM akan membuat keputusan yang akan memihak kepada PPBM atau parti lain dalam kerajaan. Sudah ada tuduhan menuduh YAB PM akan melanggar ketetapan PAU 2020 dan macam-macam lagi.
Sehingga hari ini tiada apa-apa keputusan yang jelas tetapi kenyataan YAB PM ialah untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti dalam kerajaan supaya PH tidak akan mendapat kelebihan apabila parti-parti melayu yang ada dalam kerajaan bertarung dan berentap sesama sendiri.
Berkali-kali saya cuba jelaskan bahawa sememangnya PH atau Pembangkang mencuba sedaya upaya untuk memastikan parti-parti dalam kerajaan bertembung dalam setiap DUN. Ini kerana mereka tahu dan praktikalnya sudah terbukti dalam PRU14 dimana PH mendapat banyak kelebihan apabila berlaku pertembungan 3 penjuru.
Cuba untuk memastikan tidak berlaku pertembungan 3 penjuru bukan bermakna kerjasama antara parti tetapi hanya sekadar persefahaman sepertimana pernah berlaku di PRN Sabah dan ianya telah berjaya menumbangkan wakil PH di Sabah yang diketuai WARISAN. Apakah UMNO bergabung di Sabah?
Apakah salah kenyataan YAB PM DS Ismail Sabri dengan menyatakan harapan beliau yang telah mendapat mandat MKT UMNO dan sudah pasti itu semua dalam pengetahuan Presiden dan Timbalan Presiden.
Percayalah bahawa kekuatan parti kita bergantung sejauh mana kesatuan dan rasa hormat setiap ahli kepada kepimpinan kita. Lihat bagaimana ahli PAS menghormati Majlis Syura mereka apabila sesuatu keputusan dibuat. Lihat bagaimana kesatuan dan jatidiri ahli PKR untuk memperjuangkan kredibiliti pemimpin mereka seperti Anwar walau semua mahkamah dan kesemua hakim mendapati Anwar telah bersalah melakukan perbuatan pelik tersebut.
Tetapi saya amat hairan dengan komen dan luahan rasa ahli-ahli UMNO yang kekadang terlebih dan terpesong dengan alasan kebebasan bersuara. Ya, kita akur dengan hak kebebasan bersuara setiap dari kita tapi apakah dengan kebebasan yang ada itu kita dengan sewenangnya boleh membuat persepsi tanpa kita tahu apa keadaan dan situasi sebenar khususnya di Melaka.
Presiden telah berkali-kali bertemu dan berjumpa secara tertutup untuk mendapatkan gambaran sebenar politik di Melaka. Tok Mat pasti mengumpul segala keperluan data sebelum membuat sebarang keputusan sebagai Pengarah Pilihanraya. Naib Presiden atau YAB PM juga menjadi tempat rujukan utama pemimpin-pemimpin UMNO Melaka seawal bermula krisis dan kegawatan politik Melaka.
Justeru kita yang tidak pernah walau sekali pun ke Melaka membuat persepsi dan andaian negatif hanya dari bahan bacaan di whatsapp yang belum tentu akan kesahihan dan kebenarannya yang akhirnya menyukarkan kepimpinan kita untuk membuat keputusan terbaik kepada UMNO dan politik negara khususnya.
“Orang Melaka” yang nak bertarung. “Orang Melaka” yang nak berperang dalam PRN. Kita sebagai penyokong dan pendokong parti perlu menghormati kehendak dan keputusan yang “Orang Melaka” yakin untuk kebaikan politik anak negeri mereka.
Sama-sama kita berubah dan bermuhasabah untuk kebaikan parti dan perjuangan kita. Sama-sama kita kuatkan kesatuan dalaman kita dari kita menjadi asbab kepada keberantakan dan krisis dalaman parti yang telah dan pernah menghancurkan UMNO dengan perpecahan demi perpecahan sehingga menenggelamkan sebuah bahtera yang dibina puluhan tahun untuk bangsa Melayu dan Agama Islam.
Ayuh!!! kita menangkan UMNO di PRN MELAKA.
#UMNOMemimpin
#KeluargaMalaysia
WKI
The post AHLI UMNO JANGAN BERMAIN PERSEPSI, ADA PERKARA DILUAR PENGETAHUAN KITA appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/01/ahli-umno-jangan-bermain-persepsi-ada-perkara-diluar-pengetahuan-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Maslan Warning Idris Haron Jangan Kacau Mesyuarat Umno

Mat Maslan Warning Idris Haron Jangan Kacau Mesyuarat Umno

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 245 hits
October 24 2021 Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengingatkan Adun Sungai Udang Idris Haron untuk tidak mengacau mesyuarat parti itu Reaksi Ahmad itu susulan dakwaan bahawa Idris dikatakan hadir mesyuarat Umno Cawangan Klebang Kechil seka...
Sembilan Daripada Sepuluh Ahli Akar Umbi Tidak Mahu Umno Bersama Dengan Bersatu

Sembilan Daripada Sepuluh Ahli Akar Umbi Tidak Mahu Umno Bersama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Majoriti akar umbi UMNO tidak mahu parti itu mengadakan kerjasama dengan parti BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka bulan depan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata itu adalah ukuran yang dilihatnya membab...
Jangan Ganggu Mesyuarat Umno Kata Ahmad Maslan Pada Idris Haron

Jangan Ganggu Mesyuarat Umno Kata Ahmad Maslan Pada Idris Haron

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 277 hits
FAZLI RADZISetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengingatkan Adun Sungai Udang Idris Haron untuk tidak mengacau mesyuarat parti itu Reaksi Ahmad itu susulan dakwaan bahawa Idris dikatakan hadir mesyuarat Umno Cawangan Klebang Kechil sekaligus...
Gegak Gempita Konon No Bersatu Realitinya 3 Juta Ahli Umno Hidup Hidup Kena Tipu

Gegak Gempita Konon No Bersatu Realitinya 3 Juta Ahli Umno Hidup Hidup Kena Tipu

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 234 hits
Cissss sembang kari dan gebang lebih saja UMNO selama ini rupanya Konon tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan sedia berlawan dengan parti itu dalam PRN Melaka hakikatnya semua itu hanya tipu dan propa saja Realiti yang tersembunyi UMNO ...
Jangan Tunjuk Lekeh Bersatu Dan Pas Kini Mesti Berhenti Merayu Kerjasama Umno

Jangan Tunjuk Lekeh Bersatu Dan Pas Kini Mesti Berhenti Merayu Kerjasama Umno

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 318 hits
Sudah sah kini Perikatan Nasional atau PN akan masuk menyertai PRN Melaka atas nama gabungan itu sendiri tanpa bekerjasama dengan mana mana parti lain Dalam kenyataan medianya Mahiaddin Md Yasin berkata Bersatu Pas dan Gerakan akan bertandi...
Umno Jangan Tunggu Pru15 Ketetapan Pau Putus Hubungan Dengan Bersatu Mesti Dimulakan Di Prn Melaka

Umno Jangan Tunggu Pru15 Ketetapan Pau Putus Hubungan Dengan Bersatu Mesti Dimulakan Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 215 hits
Sebagaimana kita sedia maklum dan sedar UMNO telah menetapkan keputusan untuk tidak mahu bekerjasama dan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang Ketetapan tersebut dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bermakna ia ad...
Dato Zaharin Jangan Serah Tanah Kat Dap Walau Seinci Umno Kah Kah Cakap Pakai Perut Tak Pakai Otak

Dato Zaharin Jangan Serah Tanah Kat Dap Walau Seinci Umno Kah Kah Cakap Pakai Perut Tak Pakai Otak

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 253 hits
DATO ZAHARIN JANGAN SERAH TANAH KAT DAP WALAU SEINCI UMNO MULA LANCAR ISU PERKAUMAN SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH KREDIT TO FB ZAHARIN MOHD YASSIN
Jangan Sedih Umno Sepatutnya Berterima Kasih Kepada Pas

Jangan Sedih Umno Sepatutnya Berterima Kasih Kepada Pas

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 212 hits
Rasa kecewa UMNO berikutan pendirian Pas yang mengumumkan akan menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka sekaligus menolak bekerjasama dengan BN mungkin boleh difahami tetapi adalah dinasihatkan mereka tidak mengecam atau mengutuk parti Islam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba