Pentauliahan Elak Penipuan Dalam Ilmu Agama



 
SHAH ALAM – Penceramah agama perlu mendapat pentauliahan daripada pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam negeri bagi mengelakkan penipuan dalam menyampaikan ilmu khususnya melibatkan akidah dan ibadah.
Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Dr Ishak Suliaman berkata, pada zaman teknologi maklumat ini, ramai mengaku ustaz atau disebut ustaz jadian yang muncul di media sosial.
“Kebanyakan kita gemar merujuk kepda Google dan YouTube untuk mendapatkan maklumat dengan cepat. Apakah kita melakukan semakan atau pencerahan sebelum menerima maklumat tersebut?
“Warga netizen perlu mengubah sikap bermudah-mudahan dalam menerima ilmu dan maklumat di media sosial, terutama berkaitan agama dan ibadah yang menjadi harian kita. Apabila sangsi, kita perlu bertanya kepada orang yang pakar.”
Beliau berkata demikian selepas selesai rakaman program Wacana Al-Quran bertajuk “Hadis hanya sangkaan: Benarkah?” di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, pada 13 Oktober lalu.
Wacana Al-Quran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Sinar Harian menjadi platform untuk merungkai pelbagai isu bersama pakar dan ilmuwan di bidang masing-masing dengan berpandukan al-Quran dan Hadis.
Ditanya mengenai isu hadis hanya sangkaan yang pernah diviralkan di media sosial sebelum ini, Ishak berkata, maklumat yang kurang tepat boleh menggugat kefahaman masyarakat, terutamanya mereka yang tidak belajar mengenai ilmu hadis dan sejarah para sahabat Rasulullah SAW.
“Orang yang menipu atau scammer bukan sahaja berlaku kepada golongan berduit, tetapi penipuan ilmu dan maklumat. Inilah yang membimbangkan kita. Oleh itu, kita dan keluarga jangan terlalu taksub kepada individu tertentu.
“Ada juga orang berduit menggunakan ustaz untuk kepentingan peribadi. Timbul isu apabila ditanya “ustaz kamu cakap apa?” Kesannya, Ilmu yang cacamarba menyebabkan masyarakat menjadi bingung dan kerana tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mendapatkan ilmu.”
Beliau memuji usaha pihak yang menerbitkan al-Quran terjemahan bersama hadis dan setiap pencetak bahan agama ada panelis bertauliah. Ia penting bagi pengukuhan kefahaman agama.
“Inisiatif tersebut perlu diperluaskan dan diberi penelitian supaya dapat al-Quran terjemahan yang betu. Di Malaysia ada Lajnah Tahqiq Hadith, Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Mufti di Majlis Agama Islam Negeri-negeri sebagai tempat rujukan,” katanya.
Sementara itu, rakan panelis Wacana Al-Quran, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, ilmu Hadis adalah di antara ilmu yang menjadi tunjang utama dalam pembangunan kefahaman dan Syariah Islam.
“Syariat dan perundangan dalam Islam bukan sahaja dibangunkan berdasarkan panduan dari wahyu al-Quran, tetapi melalui hadis-hadis Nabi juga. Rasulullah memberikan penerangan mengenai maksud al-Quran disamping memberikan bimbingan mengenai kefahaman yang benar mengenai al-Quran.”
Beliau yang Pengacara dan Penyelidik My #HadithTime, antara kepentingan ilmu hadis dalam al-Quran. Ketika turunnya al-Quran, sebahagian sahabat tidak jelas tentang maksud sesuatu ayat, lalu Rasulullah tampil menjelaskan maksud ayat melalui hadis Baginda.
“Ilmu Hadis adalah sebahagian elemen paling utama dalam perundangan Islam. Banyak perkara yang melibatkan hukum hakam tidak disebutkan secara terperinci dalam al-Quran, tetapi hadis datang memberikan penjelasan.
“Sebagai contoh kaedah menunaikan solat. Arahan ALLAH dalam al-Quran memerintahkan kita menunaikan solat, tetapi tidak dinyatakan bagaimana kaedah sujud dan sebagainya, Lalu perkara ini dijelaskan dalam hadis Nabi.
“Ilmu Hadis mendidik masyarakat menapis maklumat yang datang. Proses dalam penilaian status hadis yang sahih dan daif melatih penuntut membiasakan diri dengan menapis maklumat yang sampai kepada kita,” katanya.
Orang ramai dijemput menonton Wacana Al-Quran bertajuk “Hadis hanya sangkaan: Benarkah?” yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian, Wacana Al-Quran dan Sinar Online pada pukul 5.30 petang, 15 Oktober 2021.
Pentauliahan elak penipuan dalam ilmu agama
Baca Artikel Menarik :
Senator PAS dikecam lepas kaitkan bunuh diri dengan drama Korea Azhar minta Wee perjelas, kemuka bukti 10 pasangan selebriti Malaysia ini adalah sepupu Pacak tripod, rakam sedang sembahyang – Zul Ariffin Ini cubaan halang saya wakili Najib Payung terjun gagal dibuka, tentera terjunam ke tanah Ribuan dolar AS ditemui dalam tong sampah Pandora Papers: Benarkan ia dibahaskan di Parlimen – Najib Tiz Zaqyah kena kecam kerana ini…. Aneka perisa cakoi menjadi rebutan Ustaz Don pula jadi mangsa scammer Layari Laman Facebook MYKMU
PAC tak puas hati – prestasi Amanah Raya tidak memuaskan

The post Pentauliahan elak penipuan dalam ilmu agama appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/15/pentauliahan-elak-penipuan-dalam-ilmu-agama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bina Kuil Haram Gerakan Terancang Rampas Tanah Guna Sentimen Agama

Bina Kuil Haram Gerakan Terancang Rampas Tanah Guna Sentimen Agama

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Pada pandangan saya ia merupakan satu pencabulan hak kepada pemilik tanah Ia memberi gambaran seolah olah ada satu gerakan terancang berusaha untuk merampas tanah milik orang lain dengan menggunakan sentimen agama ujar Presiden...
Kunjungi Banyuwangi Panglima Tni Dan Kapolri Berdialog Dengan Tokoh Agama

Kunjungi Banyuwangi Panglima Tni Dan Kapolri Berdialog Dengan Tokoh Agama

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 178 hits
Panglima TNI Marsekal Hadi Tjahjanto dan Kapolri Jenderal Pol Listyo Sigit Prabowo melakukan kunjungan kerja di Banyuwangi Selain meninjau acara serbuan vaksinasi Covid 19 kedua tokoh utama keamanan di Indonesia ini juga melakukan silaturah...
Pacak Tripod Rakam Tengah Sembahyang Jangan Pergunakan Agama Untuk Kepentingan Diri Zul Ariffin

Pacak Tripod Rakam Tengah Sembahyang Jangan Pergunakan Agama Untuk Kepentingan Diri Zul Ariffin

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 351 hits
October 14 2021 Saya tak pernah tanya atau persoalkan Saya cuma cakap dapatkan rehat secukupnya Demikian kata pelakon Zul Ariffin 35 apabila ditebak tentang perhubungan dan perjalanan rohaninya bersama Ebit Lew terutama selepas pendakwah be...
Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 280 hits
Astro Shaw dan Skop Production telah melancarkan trailer rasmi filem sekuel seram Penunggang Agama 2 arahan Syafiq Yusof Trailer Penunggang Agama 2 menggoda ancaman baru yang bakal dihadapi keluarga ustaz Amir Trailer dimulakan dengan Anna ...
Kerajaan Digesa Salur Dana Operasi Kepada Sekolah Agama Swasta

Kerajaan Digesa Salur Dana Operasi Kepada Sekolah Agama Swasta

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 254 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia berkata bantuan kepada sekolah rendah dan menengah agama swasta perlulah lebih adil PETALING JAYA Angkatan Belia Islam Malaysia menggesa kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah rendah dan menengah ...
Dulu Puak Parti Agama Mainkan Isu Bangsa Cina Bebas Walau Buat Salah Sekarang Nama Orang Tu Pun Dah Tenggelam

Dulu Puak Parti Agama Mainkan Isu Bangsa Cina Bebas Walau Buat Salah Sekarang Nama Orang Tu Pun Dah Tenggelam

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 387 hits
ASUWADI ISMAILDulu puak parti agama main isu ni lah konon bila PH perintah bangsa cina bebas walau buat salah Hari ni mahkamah buat keputusan sama juga apa nak kata pulak Akai ada jangan simpan kat rumah lah bawa sekali Taubat lah wahai pak...
Hanya 27 13 Pelajar Sekolah Agama Tahfiz Pondok Divaksinasi Di Pulau Pinang

Hanya 27 13 Pelajar Sekolah Agama Tahfiz Pondok Divaksinasi Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 253 hits
BERNAMA 5 654 pelajar dari tiga jenis sekolah tersebut telah menerima vaksin dan jumlah tersebut disifatkan sangat rendah 85 9 atau 121 489 daripada 141 500 golongan remaja di Pulau Pinang telah menerima vaksin dos pertama dan mereka juga m...
Sajat Cetus Kontroversi Lagi Dakwa Dirinya Di Raba Pihak Berkuasa Agama Januari Lalu

Sajat Cetus Kontroversi Lagi Dakwa Dirinya Di Raba Pihak Berkuasa Agama Januari Lalu

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Kontroversi yang melanda usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat tidak berakhir di negara sendiri sebaliknya kisahnya kini mula mendapat perhatian media antarabangsa Menerusi temu bual bersama The New York Times S...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm