Persatuan Pelancongan Sambut Baik Cadangan Perjalanan Antara Zon Hijau
 Robin Augustin

Persatuan pelancongan berkata, sekatan semasa terhadap perjalanan rentas negeri membunuh industri pelancongan. (Gambar Freepik)PETALING JAYA: Pemimpin industri pelancongan menyambut baik cadangan  untuk membenarkan perjalanan antara “zon hijau” bebas jangkitan Covid-19  kerana larangan perjalanan rentas negeri sedia ada memberi tamparan  besar buat perniagaan mereka.
Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia  (Matta), Tan Kok Liang berkata, “sepatutnya sudah lama” kerajaan  melaksanakan cadangan itu.
“Sebenarnya, selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir, kami  cukup optimis, tetapi PKP bersyarat terbaru ini, terutamanya di Lembah  Klang membunuh perniagaan kami.”
Katanya, pengusaha pelancongan menjadi mangsa sekatan menyeluruh itu  dan pihak berkuasa perlu mengkaji untuk mengelakkan dasar sedemikian  dilaksanakan.      

Tan Kok Liang.“Kita perlu belajar hidup dengan virus ini, kita tidak boleh ambil  satu pendekatan untuk semua, dan sekarang kita menanggung akibatnya.  Kita puji rancangan (zon hijau) ini dan berharap kerajaan dapat  mempercepatkan pelaksanaannya.”
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata,  Putrajaya mengkaji kemungkinan membenarkan perjalanan rentas negeri  antara zon hijau di negeri dikenakan PKPB untuk meningkatkan pelancongan  domestik.
Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya diarah bekerjasama dengan  kementerian serta agensi berkaitan untuk mengemukakan cadangan lebih  terperinci.
Satu sumber memberitahu FMT, kerajaan mungkin memberi lampu hijau kepada cadangan itu selepas butirannya diperhalusi.
Katanya, sejumlah menteri menyokong cadangan itu yang dikemukakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri.

Uzaidi Udanis.“Lebih ramai dalam Kabinet semakin sedar ini adalah penyelesaiannya  kerana tidak jelas bila vaksin boleh disediakan untuk orang ramai.  Selagi rakyat tidak dapat melancong, industri ini tidak akan pulih.”
Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (Mita), Uzaidi Udanis menantikan cadangan itu dilaksanakan.
“Selagi semua negeri dianggap seperti zon merah, ekonomi mereka tidak boleh pulih.
“Kita perlu lakukannya, semuanya sudah terhenti sekarang dan industri  sedang menderita, jadi membenarkan perjalanan bersasar akan membantu.”

Yap Lip Seng.Beliau menggesa pemain industri melaksanakan SOP secara ketat jika  cadangan itu dilaksanakan kerana punca pendapatan mereka bergantung  kepada mereka memainkan peranan untuk mengelakkan lonjakan kes Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Yap Lip Seng  menyambut baik cadangan itu, walaupun kerajaan perlu membina semula  keyakinan pelancong.
“Buat masa ini, kita melihat sentimen pasaran sensitif terhadap perubahan situasi.”
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/persatuan-pelancongan-sambut-baik.html