Persatuan Majikan Gesa Kerajaan Henti Skim Pengeluaran Kwsp Sewaktu Pandemik


MALAYSIA NOW
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia berkata kerajaan perlu memikirkan cara lain dalam usaha membantu rakyat di tengah kebimbangan kemiskinan hari tua.

Pencarum KWSP hadir di cawangan Bandar Baru Nilai untuk membuat urusan pengesahan online pada sistem aplikasi i-akaun KWSP yang didaftar mereka pada Disember lalu. Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa supaya skim yang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan caruman dihentikan, mengatakan kerajaan sebaliknya harus memikirkan cara lain bagi membantu kewangan mereka yang terjejas akibat Covid-19.
Dalam satu kenyataan, MEF menyuarakan kebimbangan pengeluaran yang dibuat melalui inisiatif i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang dibenarkan kerajaan sepanjang pandemik itu boleh menyebabkan ramai orang berdepan risiko kemiskinan di hari tua.
“Kerajaan mesti memikirkan skim lain bagi membantu mereka daripada benarkan pengeluaran simpanan KWSP yang merupakan keperluan di hari tua,” kata Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman.
“Tanggungjawab ini tidak boleh dikenakan kepada pekerja. Sebagai rakyat, mereka banyak menyumbang kepada negara dengan kerja yang mereka lakukan. Ia menjadi tanggungjawab negara bagi menjaga mereka apabila mereka bersara.”
Kumpulan itu juga menggesa kajian semula dasar ketika ini yang membenarkan pencarum mengeluarkan satu pertiga daripada simpanan mereka apabila mencapai umur 50 tahun dan boleh mengeluarkan keseluruhan caruman ketika usia 55 tahun.
Memetik keputusan untuk menaikkan usia persaraan dari 55 kepada 60 tahun, MEF turut berkata sudah tidak relevan lagi bagi KWSP untuk benarkan pencarumnya mengeluarkan simpanan apabila mereka mencapai usia 55 tahun.
Kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra adalah sebahagian daripada pelbagai pakej bantuan yang diumumkan Putrajaya bagi mengurangkan impak kewangan akibat Covid-19.
Bulan lalu, bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan menaikkan jumlah maksimum pengeluaran di bawah i-Citra dari RM5,000 kepada RM10,000.
Beliau berkata ia bukan satu langkah populis, sambil menambah ia berpunca daripada keperluan mendesak yang ditanggung rakyat selepas pandemik.
Menurut Najib, wujud dalam kalangan pencarum yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan kecil selain menyelesaikan tunggakan hutang.
“Mereka bukan suka-suka mahu keluarkan wang caruman mereka. Justeru, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikan ke RM10,000,” katanya semasa perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022 di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, MEF berkata penting untuk kerajaan berikan perhatian terhadap fakta bahawa hanya 3% rakyat Malaysia yang memiliki cukup simpanan untuk bersara dengan selesa.
“Jelas sekali terdapat keperluan mendesak untuk penyelesaian yang lebih luas meliputi program jaringan keselamatan sosial yang berkesan, dasar pasaran buruh yang kukuh, pertumbuhan ekonomi yang mampan, latihan semula kemahiran dan peningkatan kemahiran tenaga buruh.
“Selain dasar yang menggalakkan automasi dan digitalisasi untuk membantu meningkatkan produktiviti dan menjadikan kek ekonomi lebih besar supaya pekerja mempunyai peluang yang lebih baik bagi memperoleh pendapatan lebih, sekali gus meningkatkan caruman mereka dalam KWSP,” kata Syed Hussain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/persatuan-majikan-gesa-kerajaan-henti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tidak Seharusnya Membenarkan Lagi Pengeluaran Kwsp Mef

Kerajaan Tidak Seharusnya Membenarkan Lagi Pengeluaran Kwsp Mef

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 238 hits
Persekutuan Majikan majikan Malaysia berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi D...
Hentikan Skim Pengeluaran Kwsp Bagi Bawah 60 Kata Mef

Hentikan Skim Pengeluaran Kwsp Bagi Bawah 60 Kata Mef

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 216 hits
December 15 2021Menurut MEF kerajaan mesti mewujudkan skim lain untuk membantu pekerja berbanding mengeluarkan wang simpanan KWSP yang sepatutnya digunakan di usia tua PETALING JAYA Persekutuan Majikan Malaysia menggesa kerajaan menghentika...
Kerajaan Tak Patut Benarkan Rakyat Keluarkan Wang Simpanan Kwsp Elak Jadi Miskin Di Hari Tua

Kerajaan Tak Patut Benarkan Rakyat Keluarkan Wang Simpanan Kwsp Elak Jadi Miskin Di Hari Tua

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 417 hits
The ReporterPersekutuan Majikan majikan Malaysia berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang...
6059 Kawal Harga Bukan Beri Alasan Kata Persatuan Pengguna Kepada Kerajaan Malaysia Dateline 03 12 2021

6059 Kawal Harga Bukan Beri Alasan Kata Persatuan Pengguna Kepada Kerajaan Malaysia Dateline 03 12 2021

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 336 hits
Kerajaan diminta bertindak untuk menurunkan kembali harga ayam dan berhenti dari memberikan pelbagai alasan kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pengerusi PPIM Nadzim Johan berkata harga ayam mentah di negara ini mula dikesan melonjak nai...
Kerajaan Laksana Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Kawal Kenaikan Harga Barangan

Kerajaan Laksana Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Kawal Kenaikan Harga Barangan

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 483 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanyakan sesuatu kepada peniaga sayur sayuran ketika mengadakan tinjauan harga barang di Myfarm Outlet Kasih Putrajaya GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN akan melaksanakan Skim Harga Maksimu...
Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 303 hits
KUANTAN Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat yang bertindak sebagai jawatankuasa khusus mempertimbangkan pemberimilikan tanah secara berperancangan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Sekat Jual Arak Guan Eng Dakwa Kerajaan Persekutuan Campur Tangan Gaya Hidup Bukan Islam

Sekat Jual Arak Guan Eng Dakwa Kerajaan Persekutuan Campur Tangan Gaya Hidup Bukan Islam

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 270 hits
Ketetapan baharu kerajaan sekarang dipengaruhi dasar ekstremis PAS KUCHING Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa Kerajaan Persekutuan masuk campur gaya hidup dan amalan perniagaan orang bukan Islam di negara ini Dakwanya ini dapat dili...
Kalau Bela Melayu Kerajaan Bn Mesti Runding Semula Harga Tanah Kg Baru

Kalau Bela Melayu Kerajaan Bn Mesti Runding Semula Harga Tanah Kg Baru

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 302 hits
Kerajaan 90 Melayu Islam yang sedang memerintah Malaysia digesa merundingkan semula harga tanah penduduk Kampung Sungai baru Kampung Baru Kuala Lumpur yang akan diambil bagi tujuan pembangunan Menurut Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan...
Bahaya Dap Di Belakang Mana Kerajaan

Bahaya Dap Di Belakang Mana Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 249 hits
No wonder Anwar sudah mula menjarakan diri dari DAP Tak pasti AMANAH sudah sedar atau masih berkhayal
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao