Kerajaan Tak Patut Benarkan Rakyat Keluarkan Wang Simpanan Kwsp Elak Jadi Miskin Di Hari Tua


The Reporter



Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.


Dalam kenyataan semalam, MEF berkata pihaknya amat bimbang bahawa pengeluaran daripada simpanan ahli KWSP baru-baru ini melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.1 bilion mendedahkan ahli kepada risiko tergolong dalam kemiskinan hari tua.


Pada masa ini, sebanyak 48 peratus daripada ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan yang amat rendah.


"Kerajaan tidak seharusnya membenarkan lagi pengeluaran. Bagi menambah simpanan KWSP, ahli yang membuat pengeluaran daripada simpanan KWSP mereka perlu bekerja selama empat hingga enam tahun hanya untuk menampung jumlah yang mereka keluarkan sepanjang tempoh COVID-19," kata Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.


Beliau berkata berdasarkan umur persaraan yang dijangka tidak dinaikkan, pekerja tersebut tidak akan mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi untuk persaraan mereka.


"Dengan Malaysia mencapai jumlah penduduk yang semakin berusia menjelang 2030 dan dalam semangat sebenar Keluarga Malaysia, kerajaan turut bertanggungjawab untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang normal.


"Kerajaan perlu memikirkan skim lain untuk membantu mereka daripada mengeluarkan simpanan KWSP yang bertujuan untuk keperluan hari tua.


"Tanggungjawab ini tidak boleh diserahkan kepada pekerja individu. Sebagai warganegara, sepanjang hayat dan kerjaya mereka, mereka telah banyak menyumbang kepada negara. Ia adalah peranan negara untuk menjaga mereka apabila mereka bersara," katanya.


MEF turut mencadangkan dasar semasa yang membenarkan satu pertiga pengeluaran selepas 50 tahun dan pengeluaran semua simpanan KWSP pada umur 55 tahun dikaji semula.


"Berdasarkan umur persaraan dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun, tidak lagi relevan untuk KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP apabila mencapai umur 55 tahun," katanya.


Beliau berkata berdasarkan situasi semasa amat membimbangkan apabila mendapati bahawa hanya tiga peratus daripada rakyat Malaysia mampu bersara dengan selesa.


"Ini jelas bahawa terdapat keperluan segera untuk penyelesaian yang meluas meliputi program jaringan keselamatan sosial yang berkesan, dasar pasaran buruh yang kukuh, pertumbuhan ekonomi yang mampan, kemahiran semula dan peningkatan kemahiran tenaga kerja serta dasar untuk menggalakkan automasi dan pendigitalan untuk membantu meningkatkan produktiviti dan menjadikan penguasaan ekonomi lebih besar supaya pekerja mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperoleh lebih pendapatan, seterusnya meningkatkan caruman mereka kepada KWSP," katanya.


Sumber: Bernama


December 15, 2021 at 01:11AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/12/kerajaan-tak-patut-benarkan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rizab Simpanan Tunai Tertinggi Mengapa Sarawak Paling Banyak Rakyat Miskin

Rizab Simpanan Tunai Tertinggi Mengapa Sarawak Paling Banyak Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 289 hits
Rakyat Sarawak seharusnya menjadi antara yang paling makmur di Malaysia kerana hasil bumi yang banyak termasuk gas asli petroleum dan kayu balak Bagaimanapun dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini kerajaan mengesahkan Sarawak mempunyai insi...
Pm Jamin Usaha Bantu Rakyat Kemampanan Kewangan Kerajaan Diteruskan

Pm Jamin Usaha Bantu Rakyat Kemampanan Kewangan Kerajaan Diteruskan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR Abd Razak Aid DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan usaha membantu seluruh Keluarga Malaysia di samping memastikan kemampanan kedudukan kewangan Kerajaan akan diteruskan Ka...
Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 345 hits
KUANTAN Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat yang bertindak sebagai jawatankuasa khusus mempertimbangkan pemberimilikan tanah secara berperancangan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Kerajaan Tidak Seharusnya Membenarkan Lagi Pengeluaran Kwsp Mef

Kerajaan Tidak Seharusnya Membenarkan Lagi Pengeluaran Kwsp Mef

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 257 hits
Persekutuan Majikan majikan Malaysia berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi D...
Kerajaan Perlu Lakukan Sesuatu Supaya Rakyat Bangga Guna Bahasa Kebangsaan

Kerajaan Perlu Lakukan Sesuatu Supaya Rakyat Bangga Guna Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 273 hits
Pemimpin perlu ada komitmen barulah dikatakan kepimpinan melalui tauladan BANGI Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan dengan membina psikologi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia seluruhnya perlu dilakukan demi memahami bahawa kita mempunya...
Persatuan Majikan Gesa Kerajaan Henti Skim Pengeluaran Kwsp Sewaktu Pandemik

Persatuan Majikan Gesa Kerajaan Henti Skim Pengeluaran Kwsp Sewaktu Pandemik

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 261 hits
MALAYSIA NOW Persekutuan Majikan Majikan Malaysia berkata kerajaan perlu memikirkan cara lain dalam usaha membantu rakyat di tengah kebimbangan kemiskinan hari tua Pencarum KWSP hadir di cawangan Bandar Baru Nilai untuk membuat urusan penge...
Isu Projek Hsr Kl Johor Bahru Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Projek Hsr Kl Johor Bahru Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 391 hits
BH ONLINE Dewan Rakyat di Parlimen Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Isu mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Johor Bahru dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam ...
Simpanan Kwsp Patut Guna Ringankan Beban Tak Makan Sekarang Atau Tak Makan 10 Tahun Lagi

Simpanan Kwsp Patut Guna Ringankan Beban Tak Makan Sekarang Atau Tak Makan 10 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh Nurul Aisyah DUIT simpanan KWSP itu adalah milik kita sendiri namun kita tidak diberi hak yang sepatutnya untuk menggunakan sebahagian kecil wang tersebut untuk kegunaan keperluan mendesak ketika pendemik Covid 19 sedang berleluasa dil...
Meneliti Prestasi Kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Meneliti Prestasi Kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 391 hits
Meneliti prestasi kerajaan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia SEBAIK sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan penghujung Ogos lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menunggu lama memperkenal penggunaan frasa Keluarga Malaysia ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B