Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat




KUANTAN - Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat (JKPSTR) yang bertindak sebagai jawatankuasa khusus mempertimbangkan pemberimilikan tanah secara berperancangan di negeri ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penubuhan JKPSTR itu dipersetujui pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), 4 Ogos lalu.
Menurutnya, langkah itu susulan daripada pelaksanaan keputusan mewujudkan Skim Tanah Rakyat (STR) di Pahang sejak pelaksanaan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) sebelum ini.
"Jawatankuasa khas itu dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu wilayah timur (daerah Kuantan, Pekan dan Rompin), wilayah tengah (Maran, Temerloh, Bera dan Jerantut) dan wilayah barat (Bentong, Raub, Lipis dan Cameron Highlands)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Datin Samsiah Arshad berhubung jumlah RTK yang diluluskan di negeri ini pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini pada Isnin.
Wan Rosdy berkata, sebanyak 228 RTK telah diluluskan bagi tujuan pertanian dan bangunan (kediaman) di negeri ini dalam tempoh 2011 hingga Julai tahun ini.
"Bagi membantu memenuhi hasrat rakyat memiliki tanah sama ada bagi tujuan membina kediaman atau aktiviti pertanian kerajaan negeri turut meluluskan 24 STR dalam tempoh Ogos hingga November tahun ini.
"STR merupakan suatu bentuk pembangunan tanah menggunakan konsep dan pendekatan RTK untuk membantu memenuhi hasrat rakyat memiliki tanah sama ada bagi tujuan membina kediaman atau aktiviti pertanian.
"Kita juga mengambil maklum cadangan supaya keluasan tanah yang boleh diluluskan kepada pemohon dapat ditambah daripada tiga ekar kepada lima ekar (1.21 hektar kepada 2.02 hektar).
"Bagaimanapun, setelah cadangan itu diperhalusi, penetapan keluasan tanah yang boleh dipertimbangkan untuk diluluskan adalah wajar dikekalkan antara satu hingga tiga ekar sahaja (0.4 hingga 1.21 hektar)," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengambil kira beberapa faktor terutamanya dari aspek kekangan keluasan tanah kerajaan sedia ada yang boleh dibangunkan yang mana kini telah menjadi semakin terhad.
Tambah beliau, keluasan tanah untuk diluluskan perlu dikekalkan bagi memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai rakyat memiliki tanah sama ada bagi tujuan kediaman atau pertanian.
"Sekiranya ramai rakyat berjaya dibantu dengan permohonan pemberimilikan tanah melalui pelaksanaan skim tanah berperancangan seperti STR itu, sudah tentunya ramai yang akan menerima faedahnya sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/kerajaan-negeri-pahang-wujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Akan Berikan Insentif Rm1 200 Seorang Kepada 8 000 Penjawat Awam

Kerajaan Negeri Pahang Akan Berikan Insentif Rm1 200 Seorang Kepada 8 000 Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 280 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang akan memberi insentif RM1 200 seorang kepada 8 000 penjawat awam membabitkan semua gred di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata insentif dengan peruntukan sebanyak RM9 6 juta...
Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan Rm5 79 Juta

Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan Rm5 79 Juta

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 242 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang pada Isnin membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama Rakyat Sejahtera dengan anggaran lebihan RM5 79 juta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata melalui B...
Kerajaan Negeri Pahang Mengambil Tiga Langkah Proaktif Elak Krisis Bekalan Air Di Negeri Ini

Kerajaan Negeri Pahang Mengambil Tiga Langkah Proaktif Elak Krisis Bekalan Air Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 291 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mengambil tiga langkah proaktif bagi mengelak berlaku krisis bekalan air di negeri ini Antara langkah diambil melibatkan jaminan sumber air mentah menaik taraf loji rawatan air dan penggantian paip paip lama s...
Hubungan Baik Kerajaan Pusat Negeri Penting Untuk Kelangsungan Projek Rakyat Pm

Hubungan Baik Kerajaan Pusat Negeri Penting Untuk Kelangsungan Projek Rakyat Pm

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 236 hits
Hubungan Baik Kerajaan Pusat Negeri Penting Untuk Kelangsungan Projek Rakyat PM SERIAN Perubahan sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri akan memberi kesan besar kepada agenda pembangunan Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ...
Kerajaan Pahang Merasa Kecewa Lagi Kes Buli Babitkan Pelajar Sekolah Berlaku Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Merasa Kecewa Lagi Kes Buli Babitkan Pelajar Sekolah Berlaku Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 271 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang kecewa dengan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah di negeri ini yang masih terus berlaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pelajaran dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata ke...
Kerajaan Negeri Pahang Bersetuju Meluaskan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini Di Pekan

Kerajaan Negeri Pahang Bersetuju Meluaskan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini Di Pekan

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 239 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk meluaskan kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini di Pekan daripada 6 922 96 hektar kepada 9 147 18 hektar bagi pemuliharaan kawasan berkenaan Exco Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar Perladangan da...
Agensi Kerajaan Negeri Turut Berkempen Dalam Prn Sarawak

Agensi Kerajaan Negeri Turut Berkempen Dalam Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 250 hits
Kempen pilihan raya menurut undang undang pilihan raya hanya dibenarkan kepada parti parti politik yang bertanding Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kunjungan beliau ke DUN Telang Usan...
Tengku Hassanal Kesal Dukacita Kes Buli Di Sekolah Yang Juga Berlaku Di Negeri Pahang

Tengku Hassanal Kesal Dukacita Kes Buli Di Sekolah Yang Juga Berlaku Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 334 hits
PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian buli yang di sekolah di negeri itu baru baru ini Baginda bertit...
Hiburan Kerajaan Tekad Bantu Rakyat Urus Kewangan

Hiburan Kerajaan Tekad Bantu Rakyat Urus Kewangan

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 322 hits
Peralihan pandemik kepada endemik menyaksikan ekonomi negara mula menunjukkan perubahan yang positif Namun begitu hampir dua tahun penutupan ekonomi memberikan impak yang besar kepada sebahagian besar masyarakat Ini jelas melalui pengkelasa...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metal Slug Advance

Creamy Pasta Mudah Dan Sedap Di London

Mau Urus Sertifikat Tanah Ini Dia Cara Daftar Sertifikat Elektronik

Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kisah Sedih Si Gajah Di Hukum Gantung Kerana Membunuh