Persatuan Kartografi Jejaki Laluan Purba Kota Melaka Ke Pantai Timur


Persatuan Kartografi Jejaki Laluan Purba Kota Melaka Ke Pantai Timur
Setiap negara yang kita jejaki di dunia ini mempunyai pelbagai sejarah yang tersendiri. Pun begitu, ada sesetengah sejarah yang sudah tidak lagi disebut dan mungkin sudah dilupakan kewujudannya dek ditelan arus pemodenan.
Di Malaysia sendiri, kita mempunyai pelbagai sejarah sejak dahulu kala dan masih dikenang oleh generasi masa kini.
Disebabkan itu juga wujudnya pakar dan penyelidik yang sentiasa mengkaji sejarah di Malaysia ini. Ia termasuk Persatuan Kartografi Melaka yang telah menjejaki pelbagai lokasi purba berdasarkan peta lama.
Kali ini, persatuan itu telah menemui laluan purba Kota Melaka ke Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Ketua penyelidik dan pengerusinya, Shahrul Azzim Abd Aziz berkongsi perkara itu di laman Facebook miliknya. Ikuti perkongsian di bawah ini.
Laluan Purba Kota Melaka ke Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Pada hari ini, Encik Kartografi berkesempatan membedah dan menganalisis sebuah naskah kartografi lama yang berusia lebih 400 tahun yang dihasilkan oleh Manuel Godinho de Eredia di dalam naskah terbitannya yang bertajuk Declaracam de Malaca e India meridional o Cathay em III tract ordenada por Emanuel Godinho de Eredia dirigido A.S.C.R.M. de D Phel Reydelspa N.S tahun 1613. Naskah kartografi yang dimaksudkan ialah sebuah peta lama yang memaparkan Melaka dan kawasan sekitarnya.
Di dalam peta ini juga memaparkan lakaran beberapa sungai utama di Melaka, nama kawasan penempatan atau perkampungan dan jaringan laluan yang wujud dalam menghubungkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Sebahagian lokasi yang tercatat di dalam peta lama ini juga ada namanya yang masih kekal sehingga ke hari ini antaranya ialah Batu Berendam, Sungai Putat, Cheng, Belimbing & Telok Mas. Analisis diteruskan dengan melihat jaringan laluan yang menghubungkan kota Melaka dengan kawasan pedalamannya dan apa menarik kelihatan terdapat sambungan jaringan yang menghubungkan kota Melaka dengan Laluan Penarikan seterusnya menuju ke Sungai Pahang yang akan membawa ke bahagian timur Semenanjung Tanah Melayu. Berdasarkan naskah kartografi lama tersebut, dapat dilihat terdapat beberapa buah lokasi yang jaringan laluannya dapat menghubungkan Melaka dengan Laluan Penarikan antaranya ialah Belimbing yang kini merupakan sebahagian kampung dan mukim di Alor Gajah, Melaka.
Kredit: Encik Kartografi Jika memudiki Sungai Melaka sehingga ke Belimbing, terdapat laluan yang menghubungkan lokasi tersebut dengan Laluan Penarikan seterusnya membawa ke Sungai Pahang.
Dari Belimbing (Di dalam peta lama dihasilkan Eredia ditulis sebagai Bilimbin), kelihatan terdapat laluan yang menghubungkan kawasan ini dengan Bukit Dalong (Buquet Dolon) seterusnya menuju ke Repah (Rapath), Johol (Jol) dan Laluan Penarikan (Panarican).
Penulis juga membuat perbandingan dengan merekod kawasan-kawasan laluan seperti yang tercatat di dalam peta lama yang dihasilkan oleh Eredia dengan menggunakan Google Earth dalam melihat keseluruhan laluan purba tersebut antara negeri Melaka dengan Pahang pada waktu kini (Seperti imej satelit Google Earth yang dipaparkan).
BACA JUGA: Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Bekas Kubu Tengkera Terdapat sebuah lagi peta yang juga dihasilkan oleh Eredia pada tahun 1602 yang memaparkan laluan dari kawasan Melaka yang menghubungkan dengan laluan penarikan dan laluan ini melalui kawasan Naning (Kini Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka).
Peta yang bertajuk Nova tavoa geographica da tera do sertam de Malaca itu menunjukkan Naning (Naning ditulis sebagai Nani) dapat dihubungkan ke laluan penarikan dengan melalui Rembau (Rombo).
Kredit: Encik Kartografi Berdasarkan petikan daripada Johole and Its Former Dependencies of Jompole Gominchi By Lieut. Newbold, A. D. C. to Brigr. General Wilson, C. B. di dalam buku bertajuk Notices of Indian Archipelago, and Adjacent Countries, 1837, terdapat satu-satunya orang Eropah yang telah melalui laluan ini dari Melaka menuju ke Pahang. Petikan tersebut adalah:
An Englishman of the name of GRAY (whose information is to be taken, however, with caution) is said to have been the only European who has penetrated into the interior of this state. He passed through part of it in 1827, on his return to Malacca from Pahang, where he had performed a journey overland, across the Peninsula, to barter opium for the gold dust of the latter place.
His route lay through Naning, part of Rumbowe, Sriminanti, Jompole, Ulu Seru-ting, Ulu Braugh, and Ulu Pahang. The journey was performed in 14 days.
Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu: Seorang lelaki Inggeris bernama GRAY (yang maklumatnya diambil, bagaimanapun dengan berhati-hati) dikatakan sebagai satu-satunya orang Eropah yang telah menembusi ke pedalaman negeri ini.
Dia melalui sebahagian daripadanya pada tahun 1827, sekembalinya ke Melaka dari Pahang, di mana dia telah melakukan perjalanan darat merentasi Semenanjung untuk menukar candu dengan habuk emas di tempat yang terakhir itu.
Kredit: Encik Kartografi Laluan beliau adalah dengan melalui Naning, kemudian melalui sebahagian daripada Rembau, Seri Menanti, Jempol , Ulu Serting, Ulu Bera dan Ulu Pahang. Perjalanan itu dilakukan dalam masa 14 hari.
Berdasarkan dua naskah kartografi lama yang berusia lebih 400 tahun ini, kita dapat melihat terdapat pelbagai jaringan laluan yang menghubungkan antara kawasan Kota Melaka pada waktu dahulu dengan kawasan timur Semenanjung Tanah Melayu dengan melalui Laluan Penarikan.
Mungkin pada suatu masa nanti, penjelajahan secara fizikal untuk laluan seperti yang tercatat di dalam naskah kartografi lama ini dapat dilakukan dalam usaha menyelami sejarah hebat Laluan Penarikan yang menghubungkan antara pantai barat dengan pantai timur Semenananjung Tanah Melayu.
Sumber: Encik Kartografi
The post Persatuan Kartografi Jejaki Laluan Purba Kota Melaka Ke Pantai Timur appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/23/persatuan-kartografi-jejaki-laluan-purba-kota-melaka-ke-pantai-timur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Regalo Hotel Kota Laksamana Melaka

Pengalaman Menginap Di Regalo Hotel Kota Laksamana Melaka

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 844 hits
AssalamualaikumBismillahTahun ini tidak dapat balik Sabah untuk beraya maka kami pun beraya di Melaka Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki ke Bandar Bersejarah Suami dah banyak kali ke sini Perjalanan dari Pontian Johor ke Melaka mengam...
Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2143 hits
Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 selama t...
Lepak Di Pantai Resort Waktu Petang

Lepak Di Pantai Resort Waktu Petang

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 216 hits
Tak dapat nak ke Pantai Tanjung Balau sebab dah nak hampir waktu Maghrib sebab lama habiskan masa di yang cantik tu Jadinya kami balik hotel terus Sebelum naik bilik lepak kejap di pantai depan bilik kejap Sepanjang pantai ni rasanya Pantai...
Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 203 hits
Agar agar pandan gula Melaka tiga lapis ini sesuai sangat bila tekak teringin makan pencuci mulut yang lembut harum dan manis berlemak Kombinasi aroma pandan yang wangi lemak santan dan manis gula melaka menjadikan setiap suapan cukup memua...
Bawa Kereta Melalui Pantai Tanjung Lompat

Bawa Kereta Melalui Pantai Tanjung Lompat

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1387 hits
Ikut perancangan nak pergi ke Pantai Tanjung Balau Masa kami lalu pos pengawal tu dia kata tutup sebab renovate ada jambatan runtuh Sayangnya lah tak dapat pergi situ Dia macam dekat Pantai Cahaya Negeri Port Dickson tu Tak ada rezeki kamil...
Menginap 2 Hari 1 Malam Di Duta Riang Villa Selandar Melaka

Menginap 2 Hari 1 Malam Di Duta Riang Villa Selandar Melaka

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 892 hits
Cerita hujung minggu bulan lalu Sabtu Ahad 19 20 Julai 2025 Saya dan Encik Suami dapat jemputan untuk menginap di Duta Riang Villa yang terletak di Selandar Melaka Selain kami pemiliknya yang juga kenalan Encik Suami turut menjemput beberap...
Melaka Tengah Cops Probe Alleged Kidnap Bid Of Boy By Masked Man In Van

Melaka Tengah Cops Probe Alleged Kidnap Bid Of Boy By Masked Man In Van

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 786 hits
Police are investigating allegations that a boy was nearly abducted by a man in a white van while cycling home in Kampung Paya Ikan on Aug 15 Melaka Tengah police chief Christopher Patit said the report was made by the 12 year old victim wh...
Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka

Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 586 hits
Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka MELAKA 24 Ogos Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului senarai penerima darjah bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke...
Tremors From Segamat Quake Felt In Melaka Other States

Tremors From Segamat Quake Felt In Melaka Other States

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 695 hits
KUALA LUMPUR Tremors from the 4 1 magnitude quake that struck Segamat Johor at 6 13am on Sunday were also felt in Melaka Negri Sembilan and southern Pahang Malaysian Meteorological Department director general Dr Mohd Hisham Mohd Anip said t...
Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Misi Kemanusiaan Zizi Kirana Jarang Buat Video Call Tak Mahu Keluarga Menangis

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Recognised International Medical Degree Study Options Pathways

Barisan Peserta Coach The Chosen One Xtra

Sepanyol Ugut Boikot Piala Dunia 2026 Jika Israel Layak

Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

Drama Takdir Cinta Terlarang

Pertandingan Teh Tarik King Queen Gegarkan Rasa Layan Curry Fiesta 2025