Kawasan parkir yang cukup luas. Dari sudut ini kita boleh nampak bumbung bangunan - dewan acara dan deretan vila
Tempat ini luas dengan bentuk muka bumi berbukit. Memang terasa penat jugalah kalau berjalan kaki di sini. Tapi jangan risau, pihak resort menyediakan kemudahan buggy bagi membawa pengunjung ke tempat makan atau ke vila penginapan
Surau cantik yang terletak berhampiran kawasan parkir. Hasil foto zoom-out.
Dah ada dusun durian, mestilah ada tempat jualan durian. Lokasi tempat makan durian ini juga berhampiran dengan kawasan parkir
Pilih, timbang dan bayar. Boleh terus makan durian di sini, tempatnya bersih dan cukup selesa
Dari kawasan parkir, kita perlu turun ke bawah untuk mendaftar masuk penginapan. Begitu juga kalau nak ke tempat makan, dewan acara dan vila penginapan. Kalau tak larat nak berjalan, boleh naik buggy. Kami berdua jalan kaki jelah
Bangunan di sebelah kanan ni tempat pendaftaran dan pejabat. Deretan pondok tu pula tempat makan. Bangunan dengan dinding kaca tu pula dewan acara yang memuatkan 500 orang tetamu. Memang menarik kalau dapat buat majlis perkahwinan di tempat begini
Deretan pondok dan gazebo mengelilingi sebuah kolam. Tempat makan dibuka kepada semua pengunjung, walau tidak menginap di sini kita masih boleh datang untuk makan sambil menikmati suasana resort
Klik foto untuk paparan lebih jelas.Antara pilihan hidangan yang ditawarkan. Walaupun resort ini milik orang bukan Islam, tetapi bahagian masakan (restoran) diuruskan sepenuhnya oleh orang Islam. Bolehlah kita makan dengan yakin
Kami masih rasa kenyang sebab tadi singgah makan sebelum tiba di resort. Jadinya Encik Suami cuma memesan minuman, saya pula makan aiskrim - Avocado Stick Gelato. Unik bentuknya seperti potongan buah avocado. Rasanya juga sedap
Suasana pada waktu malam. Masa ni kami sedang menunggu makan malam disiapkan
Binaan bangunan kayu dua tingkat di hujung kolam ini khas untuk acara tertentu. Semasa kami di sini, nampaknya ada syarikat yang sedang menganjurkan acara - mungkin Hari Keluarga. Siang tadi riuh rendah mereka beraktiviti di satu sudut resort, malam ini pula kelihatan masing-masing menggayakan baju tradisional menuju ke bangunan di hujung kolam. Suasana malam jadi hidup dengan bunyi riuh mereka
Sekitar pukul 8.40 malam, saya selesai makan. Saya duduk makan di pondok dalam foto di atas bersama dua buah keluarga lain yang baru saya kenali. Encik Suami pula duduk makan di pondok lain bersama kawan-kawan lelaki
Ini saja foto hidangan makan malam yang sempat saya rakam. Segan saya nak beria merakam foto bila bersama dengan orang-orang yang baru saja dikenali
Dekorasi lampu berbentuk bumi menjadi penghias malam|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |