Permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Rm100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 Semak Kelayakan Permohonan Anda
Permohonan : Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 | Semak Kelayakan Permohonan Anda! Makluman terkini, berita baik untuk seluruh rakyat malaysia, terutama bagi rakyat negeri Selangor. Terdapat satu bantuan yang dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor bagi melegakan dan meringankan bebanan ibu bapa di mana mereka(ibu bapa) memasukkan anak mereka ke dalam Taska. Bantuan yang disebutkan ini dikenali sebagai Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar.
Negeri Selangor merupakan antara negeri yang sentiasa menolong rakyat Negeri Selangor dengan pelbagai cara serta usaha dalam memajukan dan membantu golongan yang memerlukan terutama mereka yang sudah berkeluarga. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2023 dengan bertemakan #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan.
Bagi anda yang ingin mengetahui info dan maklumat bantuan yang lain di mana ia disediakan sama ada dari pihak kerajaan mahupun persekutuan, sila layari laman portal telegram dengan klik link di bawah
https://t.me/officialbantuankerajaan
Permohonan : Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 | Semak Kelayakan Permohonan Anda!
Dengan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar yang baru ini, bagi ibu bapa yang mempunyai kelayakan serta telah memenuhi syarat-syarat kelayakan akan menerima Bantuan Asuhan Anakku Pintar ini dengan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang masih berusia 4 tahun dan ke bawah adalah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran ini akan terus dibayar secara langsung kepada TASKA atau Nurseri.
Info tambahan, Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR).
Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Asuhan Anakku Pintar?
Kepada ibu bapa yang benar-benar berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu diikuti bagi bantuan asuh pintar yang telah ditetapkan seperti di bawah :
Pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia sahaja terutama penduduk Negeri Selangor atau
Tidak dilahirkan di Negeri Selangor akan tetapi telah menetap secara sah di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 5 Tahun (perlu mendapatkan pengesahan dari ketua kampung / pengerusi taman perumahan tempat di mana pemohon menetap)
Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM 5000 ke bawah
Suami dan isteri yang bekerja
Ibu bapa yang mempunyai tanggungan anak berumur 4 tahun dan ke bawah
Terhad kepada 2 orang anak sahaja untuk setiap keluarga
Ibu Bapa daftarkan anak bersekolah di taska yang berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
Bagi anda yang ingin menyemak syarat kelayakan dengan lebih detail, anda boleh layari laman web Asuh Pintar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) pada link yang disediakan ini Link Asuh Pintar YAWAS
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 | Semak Kelayakan Permohonan Anda!
Bilakah tarikh permohonan Skim Bantuan Asuh Pintar Ditutup?
Untuk makluman anda para ibu bapa, tarikh tutup permohonan bagi Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar ini adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2022.
Seandainya anda musykil atau mempunyai sebarang pertanyaan atau anda ingin mengetahui maklumat dan info yang lebih details, sila ke laman rasmi YAWAS Link Asuh Pintar YAWAS atau hubungi talian khas di 03-5481 8800
Alamat : Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023
Bagaimanakah cara untuk ibu bapa membuat permohonan?
Bagi ibu bapa yang berminat dengan Skim Bantuan Asuhan Anakku ini, anda boleh buat permohonan secara atas talian (online) tanpa perlu bersemuka. Berikut adalah cara untuk ibu bapa membuat permohonan secara online :
Bagi ibu bapa yang sekiranya anda merupakan mereka yang belum melakukan sebarang pendaftaran dengan Skim Bantuan Asuhan Anakku ini, anda perlulah daftar terlebih dahulu dengan menekan link di laman web yang disediakan di sini Permohonan Kali Pertama Asuh Pintar
Bagi ibu bapa yang ingin membuat sebarang semakan status permohonan bagi anak anda, sila klik link yang telah diletakkan di sini Semakan Permohonan Asuh Pintar
Untuk ibu bapa yang ingin melihat senarai taska yang berdaftar atau bagi ibu bapa yang baru hendak mendaftar taska sila klik di sini Semak Senarai Daftar Taska
Bagi ibu bapa yang ingin mengajukan sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh ke email
[email protected] atau boleh terus hubungi talian khas ini 03-5481 8800
Semoga dengan Skim Bantuan Asuhan Anakku RM100 setiap bulan yang disediakan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi ibu bapa yang mendaftar anak-anak bersekolah.
Sila layari telegram rasmi Sistem Guru Online bagi mendapatkan info dan maklumat yang lebih banyak dan bermanfaat
https://telegram.me/sistemguruonline
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/12/permohonan-skim-bantuan-asuhan-anakku-pintar-rm100-setiap-bulan-dilanjutkan-2023.html