Terkini Permohonan Bantuan Bingkas E Wallet Rm300 Bulanan Diteruskan Ke Tahun Hadapan Semak Kelayakan Anda
Terkini : Permohonan Bantuan BINGKAS e-Wallet RM300 bulanan diteruskan ke tahun hadapan | Semak Kelayakan Anda!. Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha sedaya upaya dalam memberi bantuan kepada mereka-mereka yang merupakan penduduk Negeri Selangor yang tergolong dalam kumpulan yang memerlukan. Pelbagai cara bantuan dan inisiatif telah diiklankan oleh pihak Kerajaan Selangor sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan demi meringankan beban kewangan rakyat.
Kata Dato’ Seri Amirudin bin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor ada menyebutkan mengenai bantuan BINGKAS “Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik. Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.”
Ikuti Link Telegram info semasa bantuan rakyat Malaysia, anda juga boleh dapatkan maklumat terkini dan update semasa di telegram “Sistem Guru Online” :
https://t.me/officialbantuankerajaan
Terkini : Permohonan Bantuan BINGKAS e-Wallet RM300 bulanan diteruskan ke tahun hadapan | Semak Kelayakan Anda!
Apakah itu BINGKAS?
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS adalah merupakan bantuan kewangan yang memfokuskan kepada penduduk Negeri Selangor. Sewaktu dalam Belanjawan yang telah dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor telahpun mempublikasikan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.
Apakah Tujuan Wujudnya BINGKAS?
Tujuan wujudnya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS adalah berusaha untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi penduduk-penduduk berkeluarga yang menetap di Selangor dan menguatkan lagi kecekalan keluarga agar dapat mengurangkan lagi pendedahan terhadap cabaran ekonomi di masa kini, apalagi sewaktu pasca pandemik COVID-19, BINGKAS bakal menyampaikan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk di Negeri Selangor.
Sewaktu pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2023, kata Dato’ Seri Amirudin bin Shari(Dato’ Menteri Besar Selangor) “Program BINGKAS akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM 108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak…”.
Oleh demikian itu, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) akan berusaha sebaik mungkin dalam meringankan beban kewangan rakyat dan akan menolong ketua-ketua keluarga dalam membeli barangan keperluan asas termasuklah alatan pendidikan untuk pelajar supaya nilai kualiti hidup rakyat negeri Selangor terus aman damai dan makmur.
Kadar Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS)
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) telah pun ditetapkan kadar bantuan yang berbentuk e-Wallet adalah sebanyak RM 300 di mana pengguna dapat menggunakannya untuk membeli barang keperluan seharian di pasaraya-pasaraya yang telah pun berdaftar.
Oleh yang demikian itu, segala urusan perbelanjaan permbelian akan melalui cara cashless iaitu pembelian tanpa tunai dan jumlah e-Wallet akan diextrakan nilai ke tahap RM 300 pada setiap bulan secara automatik.
Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon?
Bagi anda yang berminat untuk memohon, anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan tersebut dan syarat-syarat kelayakan ini adalah ditetapkan daripada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS).
Anda mestilah merupakan warganegara Malaysia
Anda juga mestilah lahir di negeri Selangor ataupun telah bertempat tinggal di negeri Selangor melebihi 10 tahun
Anda juga merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor
Anda merupakan keluarga yang memiliki tanggungan yang mana tanggungan tersebut berusia tidak melebihi 18 tahun ke atas(tanggungan mesti berusia 18 tahun ke bawah)
Pendapatan bulanan isi rumah anda perlulah RM3,000 sebulan.
Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan BINGKAS?
Apabila anda telah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah diberikan, maka anda perlulah segera membuat permohonan dan permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) tanpa perlu membuat permohonan secara fizikal. Anda boleh merujuk di Sistem Pendaftaran BINGKAS.
Bagi pemohon untuk selanjutnya perlulah menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap seperti berikut:
Pemohon perlu menyediakan Salinan Kad Pengenalan sama ada (Pemohon dan/atau Pasangan)
Pemohon juga perlu menyediakan Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
Selain itu, pemohon juga perlu menyediakan salinan Sijil Kematian / Perceraian atau pun Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
Pemohon perlu sediakan Salinan Slip Gaji atau Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)
Salinan Penyata EA atau KWSP (bagi pekerja swasta) juga perlu bagi pemohon menyediakannya
Pemohon juga perlu beri perhatian mengenai dokumen Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (untuk yang bekerja sendiri atau tidak bekerja)
Informasi sempurna sila layari Portal Rasminya BINGKAS dan untuk pendaftaran secara online sila tekan https://bingkasselangor.com/log-masuk Pendaftaran BINGKAS
Semoga dengan usaha Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) di bawah kerajaan Negeri Selangor ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi rakyat Selangor.
Follow Telegram Sistem Guru Online untuk dapatkan maklumat dan info yang lebih banyak dan bermanfaat
LINK TELEGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/12/permohonan-bantuan-bingkas-e-wallet-rm300.html