Permohonan Rumah Sewa Ppr Rm124 Sebulan Untuk Golongan B40 2022


     


Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2022, anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit. Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
TEDUH merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian berkenaan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.


Salah satu modul dalam portal TEDUH ialah Sistem Pengerusan Perumahan Negara atau SPRN yang berfungsi sebagai pintu 'one-stop centre' bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Kami kongsikan kepada anda maklumat tentang permohonan rumah ini.
Pendaftaran Atas Talian SPRN1) Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
2) Klik “Daftar Akaun”
3) Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan

4) Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan







Antara skim bantuan yang boleh anda mohon di bawah SPRN termasuklah:
Skim MyHomeSkim Rumah PPRSkim Rumah TransitSkim SPP
Cara MemohonUntuk makluman semua rakyat Malaysia, semua permohonan hendaklah dibuat secara online

KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima


Proses permohonan adalah seperti berikut:A. Daftar Akaun
1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar





B. Buat Pengesahan
1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan
2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda
3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan

C. Log Masuk
Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut

D. Pilih Skim Perumahan
1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim
2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’

E. Maklumat Pemohon
1. Klik pautan maklumat pemohon
2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau

F. Pilih Projek
Klik pautan Projek untuk memohon projek

G. Dokumen Sokongan
Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan

H. Pengesahan
Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan








Syarat KelayakanSyarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon

Skim MyHomeContohnya bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah:
Warganegara MalaysiaBerumur 21 tahun ke atasPembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAKPendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Skim MyHome menyediakan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta

Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome ialah:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasanganSalinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiriSalinan surat pengesahan majikanSalinan penyata gaji terbaruSalinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatanSalinan surat pencen (Jika berkenaan)Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiranSalinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Skim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa) Sewa Serendah RM124Manakala bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat kelayakan seperti berikut:
Warganegara MalaysiaBerumur 18 tahun ke atasPendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulanPemohon belum memiliki rumahMengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan NegeriKerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak

Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkatKawasan pinggir bandar: Jenis rumah teresKeluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegiBinaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik AirTerdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Skim Rumah Transit (SPRN)Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaPemohon telah berkahwinPemohon berumur antara 18 hingga 30 tahunPemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohonPemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohonPendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawahTiada rekod jenayah
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah

Skim SPPAkhir sekali skim SPP hanya untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaBerumur 21 hingga 70 tahunBekerja dan mempunyai pendapatanBukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumahJumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulanMemiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri
Soalan LazimApakah fungsi TEDUH?Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia

Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP

Berapakah kadar sewaan rumah PPR?RM124 sebulan

Berapakah kadar sewaan rumah transit?RM250 sebulan

Berapakah had pinjaman skim SPP?RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun

Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut, anda boleh melayari portal https://teduh.kpkt.gov.myTel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200Emel: [email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2022/03/permohonan-rumah-sewa-ppr-rm124-sebulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Rumah Sewa Program Perumahan Rakyat Rm124 Sebulan Di Seluruh Malaysia

Bantuan Rumah Sewa Program Perumahan Rakyat Rm124 Sebulan Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 267 hits
Bantuan Rumah Sewa Program Perumahan Rakyat RM124 Sebulan Di Seluruh Malaysia Kerajaan Malaysia telah melancarkan Program P rum h n Rakyat iaitu tu program dibawah seliaan Kerajaan untuk n m t n mul setinggan d n m m nuh k rlu n tempat kedi...
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Tahun 2022

Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Tahun 2022

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 263 hits
Permohonan Bina Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri Tahun 2022 Syarikat Perumahan Negara Berhada merupakan sebuah syarikat dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat bagi memudahkan dan membantu r...
Permohonan Laptop Tablet Percuma Pelajar Ipt B40

Permohonan Laptop Tablet Percuma Pelajar Ipt B40

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 382 hits
PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40 Kepada mahasiswa institut pengajian tinggi bagi khusus bagi pelajar daripada golongan B40 yang berkelayakan boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia supaya dapat mengguna...
Hiburan Gaji Kalah Engineer Wanita Ini Cari Pembantu Rumah Offer Gaji Rm3 800 Sebulan

Hiburan Gaji Kalah Engineer Wanita Ini Cari Pembantu Rumah Offer Gaji Rm3 800 Sebulan

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 218 hits
Sebuah perkongsian daripada seorang individu yang sedang mencari pembantu rumah di telah berjaya mencuri perhatian warga maya apabila rata ratanya terpegun dengan gaji yang ditawarkan individu itu Dalam hantaran tersebut wanita tersebut men...
Hiburan Kisah Seram Podcast Noktah Misteri Minggu Ini Rumah Sewa Jahanam

Hiburan Kisah Seram Podcast Noktah Misteri Minggu Ini Rumah Sewa Jahanam

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 192 hits
Adat hidup menyewa pasti ada saja cerita dan kisah yang mungkin dilalui oleh penyewa tidak kiralah pengalaman suka duka ataupun yang menyeramkan Namun apa yang terjadi pada wanita ini mungkin akan membuatkan meremang bulu roma kerana dia ad...
Bkm Fasa 1 Cara Pembayaran Bkm Fasa 1 Isi Rumah Dan Individu Bujang 2022

Bkm Fasa 1 Cara Pembayaran Bkm Fasa 1 Isi Rumah Dan Individu Bujang 2022

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 926 hits
Bantuan Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 Kami kongsikan pembayaran fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia BKM yang bernilai hampir RM2 0 Bilion ya...
Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru 2022

Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru 2022

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 160 hits
Institut Pendidikan Guru atau singkatannya IPG merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi yang diselia dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan Jika sebelum ini IPG lebih dikenali sebagai maktab perguruan Namun selepas beber...
Permohonan Insis T9 2022

Permohonan Insis T9 2022

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 240 hits
Permohonan Insis T9 2022 Kepada Siswazah di Negeri Sembilan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dialu alukan untuk memohon Insentif Siswazah Tani di bawah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Apakah Objektif Insis T9 2022 Objektif p...
Gaji Rm200 000 Sehari Gaji Minima Rm1 500 Sebulan Satu Dosa Besar Kenyataan Media Ppim 23 03 2022

Gaji Rm200 000 Sehari Gaji Minima Rm1 500 Sebulan Satu Dosa Besar Kenyataan Media Ppim 23 03 2022

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 218 hits
Apakah kita harus menerima hakikat bahawa ada individu di negara ini yang mampu meraih gaji sebanyak RM200 000 sehari tetapi menjadi satu dosa yang besar bagi seorang Perdana Menteri mengumumkan gaji minima RM1 500 sebulan Amat mengejutkan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran