Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru 2022






Institut Pendidikan Guru atau singkatannya IPG merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diselia dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Jika sebelum ini, IPG lebih dikenali sebagai maktab perguruan. Namun, selepas beberapa penambahbaikan dilakukan serta dinaiktaraf, maktab perguruan telahpun bertukar status daripada maktab kepada institut.

Program pengajian utama yang ditawarkan di institusi ini adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Namun, sebelum pelajar mengikuti Program PISMP, pelajar perlu menyelesaikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terlebih dahulu.

Pelajar yang berjaya menyelesaikan program PISMP dan PPISMP bakal menerima Ijazah Sarjana Muda ataupun lebih dikenali sebagai degree. Untuk makluman anda, program PISMP ini hanya ditawarkan bagi pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) sahaja.

Jadi, bagi anda yang merupakan lepasan SPM dan berminat untuk masuk ke mana mana cawangan IPG, di bawah kami kongsikan syarat-syarat Kelayakan Untuk Kemasukan Ke IPG yang perlu anda tahu dalam artikel ini. Anda perlulah memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan ini.



Permohonan PISMP Tahun 2022Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia dengan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Ia adalah tawaran serta peluang yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Permohonan akan dibuka bermula 15 Mac 2022 ini sehingga 15 April 2022.
Tapi sebelum itu, jom ambil tahu lebih lanjut tentang Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta syarat kelayakan dan cara permohonannya.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)Program ini bertujuan bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah sekolah rendah.
Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) untuk tempoh dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
Tarikh Permohonan PISMP 2022TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 15 MAC 2022
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 APRIL 2022 (11:59 MALAM)


Cara PermohonanPermohonan hanya dapat dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2022.
Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP.
Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2022Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:
e-UKCGe-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.TEMU DUGAHanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.UKFCalon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.PEMILIHANCalon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPMSemua keputusan adalah muktamad.PENAWARANPenawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.PERJANJIAN PENDIDIKAN GURUCalon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Tarikh-tarikh PentingSemua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut. Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
BILAKTIVITITARIKH1Permohonan15 Mac – 15 April 20222Pelaksanaan e-UKCG20 – 29 April 20223Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP20 – 22 Jun 20224Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)28 Jun – 3 Julai 20225Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 Julai 20226Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 – 8 Julai 20227Keputusan tawaran Pengajian ke IPG16 Julai 20228Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus7 – 8 Ogos 2022


Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.
Calon Yang Tidak Layak MemohonCalon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Maklumat LanjutBagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila rujuk maklumat berikut:
MAKLUMAT PROGRAMMAKLUMAT PERMOHONANMAKLUMAT PENTINGBIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKANKALENDAR AKTIVITISOALAN LAZIM (FAQ)
ATAU ajukan pertanyaan anda melalui:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 163000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760
Emel : | [email protected] |
Sumber: Ecentral

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2022/03/permohonan-kemasukan-ke-institut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengeluaran Kwsp Rm10 000 Dibenarkan Permohonan Bermula 01 April 2022 Kelulusan Dibayar Mulai 20 April 2022

Pengeluaran Kwsp Rm10 000 Dibenarkan Permohonan Bermula 01 April 2022 Kelulusan Dibayar Mulai 20 April 2022

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 436 hits
Pengeluaran KWSP RM10 000 Dibenarkan Permohonan Bermula 01 April 2022 Kelulusan Dibayar Mulai 20 April 2022 Berita baik untuk semua pencarum KWSP Pengeluaran RM10K dibenarkan Bagi pencarum yang mempunyao baki dalam KWSP bolehlah membuat per...
Mycrs Subsidi Carseat B40 Cara Claim Syarat Kelayakan Permohonan Tarikh Semakan 2022

Mycrs Subsidi Carseat B40 Cara Claim Syarat Kelayakan Permohonan Tarikh Semakan 2022

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 624 hits
MYCRS Subsidi Carseat B40 Cara Claim Syarat Kelayakan Permohonan Tarikh Semakan 2022 Semalam tengah syok slide slide phone tengok story di Facebook ada lalu satu berita terkini paling hot dan viral tentang subsidi car seat b40 yang sangat m...
Permohonan Insis T9 2022

Permohonan Insis T9 2022

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 241 hits
Permohonan Insis T9 2022 Kepada Siswazah di Negeri Sembilan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dialu alukan untuk memohon Insentif Siswazah Tani di bawah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Apakah Objektif Insis T9 2022 Objektif p...
Kenyataan Terkini Menteri Pendidikan Pengoperasian Sekolah Sesi Persekolahan 2022 2023

Kenyataan Terkini Menteri Pendidikan Pengoperasian Sekolah Sesi Persekolahan 2022 2023

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 229 hits
TARIKH 5 MAC 2022 Sekolah akan dibuka di seluruh negara mulai 21 MacMURID SEKOLAH RENDAH Murid Sekolah Rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3 4 dan 5 Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka Murid sek...
Malaysia Memasuki Fasa Endemik 1 Apil 2022

Malaysia Memasuki Fasa Endemik 1 Apil 2022

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 214 hits
Alhamdulillah pasti ramai yang teruja bila Perdana Menteri mengumumkan bahawa malaysia akan memasuki fasa Endemik dan pelbagai sekatan dan halangan akan dihapuskan pada 1 April 2022 Bagaimana kehidupan dengan Covid 19 di fasa endemik Cuba f...
Kenaikan Tarif Ppn Diperkirakan Bakal Kerek Inflasi April 2022

Kenaikan Tarif Ppn Diperkirakan Bakal Kerek Inflasi April 2022

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 149 hits
Wakil Direktur Eksekutif Institute for Development of Economics and Finance Eko Listiyanto mengatakan kenaikan ini akan mengerek inflasi di April 2022 hingga bisa melebihi 0 7 persen secara month to month
Motogp 2022 Mandalika Buktikan 4 Hal Dari Indonesia Ini Bisa Bersaing Di Panggung Dunia

Motogp 2022 Mandalika Buktikan 4 Hal Dari Indonesia Ini Bisa Bersaing Di Panggung Dunia

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 236 hits
Layak dirayakan gelaran MotoGP 2022 Mandalika yang sudah di depan mata akan membuktikan banyak hal dari Indonesia punya potensi bersaing di panggung dunia
Pinda Ruu Perluaskan Istilah Masa Tua Kwsp Wacanakini 10 02 2022

Pinda Ruu Perluaskan Istilah Masa Tua Kwsp Wacanakini 10 02 2022

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 345 hits
Kumpulan Wang Simpanan Nasional dilihat sudah gagal dalam menjawab dan memuaskan permohonan pencarum yang menuntut untuk mengeluarkan wang caruman mereka Contohnya membenarkan 80 peratus wang caruman bagi simpanan RM80 000 ke atas Semua pih...
Happy International Women S Day 8 March 2022

Happy International Women S Day 8 March 2022

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 242 hits
Happy International Women s Day 8 March 2022 to all woman in the world Gender equality today for a sustainable tomorrow empoweringwomen selfcare selfrespect selfworth selflove p s women s day The post appeared first on
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik