Permohonan Rumah Kos Rendah Setiap Negeri
PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SETIAP NEGERI (Senarai Projek Terkini)
Bagi individu yang ingin membuat permohonan pembelian rumah kos rendah, terkini permohonan boleh dibuat secara atas talian mengikut tatacara dan syarat yang telah ditetapkan oleh SUK Negeri masing-masing.
Bagaimana cara untuk membuat permohonan rumah kos rendah setiap negeri? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU RUMAH KOS RENDAH
Program perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta bertujuan untuk menyediakan kemudahan kediaman kepada golongan yang berpendapatan rendah supaya matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan membasmi kemisikinan.
SYARAT ASAS KELAYAKAN RUMAH KOS RENDAH
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan Asas bagi permohonan:
Seorang warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas.
Individu atau pasangan tidak pernah membeli rumah atau ianya mestilah rumah pertama mereka.
Itu adalah merupakan syarat asas, manakala syarat lain yang ditetapkan mempunyai sedikit perbezaan mengikut negeri. Ini adalah kerana projek ini telah dipertanggungjawabkan kepada kerajaan negeri.
CARA PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH
Cara untuk membuat permohonan di setiap negeri adalah berbeza. Pastikan pemohon meneliti maklumat atau arahan yang dinyatakan di dalam borang permohonan atau manual pengguna yang disediakan agar dapat melengkapkan proses permohonan dengan lancar. Berikut adalah merupakan cara permohonan:
NEGERI
LINK PAUTAN
Selangor
Layari pautan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPSH)
Rujukan Manual Pengguna DI SINI
WP Kuala Lumpur
Layari pautan ePerumahan DBKL
Hantar maklumat permohonan ke:
Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 4-9, Menara Dbkl Iii, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur
TEL.: 03-2617 6000/2617 6014/2617 6087/6085/6093
Johor
Layari portal sistem perumahan Johor
Rujukan Manual Pengguna DI SINI
Melaka
Layari portal Lembaga Perumahan Melaka
Hantar maklumat permohonan ke:
LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA, No. 9 – 1, Jalan TU 49A, Kompleks Komersial Boulevard, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Perak
Layari pautan LPHP
Hantar maklumat permohonan ke:
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK, Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh,
Tel : 05-209 5000
Fax : 05-253 0001
Pahang
Layari pautan ePerumahan Pahang
Lengkapkan permohonan anda dan klik hantar
Terangganu
Layari pautan ePerumahan Terangganu
Lengkapkan permohonan anda dan klik hantar
Pulau Pinang
Layari pautan eRumah Penang
Rujuk Manual penggunan DI SINI
Sabah
Layari pautan LPPB Sabah
Lengkapkan permohonan anda dan klik hantar
Sarawak
pemohon perlu hadir ke kaunter pejabat Perbadanan Pembangunan Perumahan/Housing Development Corporation (HDC) untuk mendapatkan borang permohonan dengan bayaran RM1
Hantarkan maklumat permohonan ke:
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN, Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma, Petrajaya, P.O Box 1504, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Tel : 082-444381
Fax : 082-448133
Email :
[email protected]
CONTOH PROJEK & LOKASI RUMAH KOS RENDAH SETIAP NEGERI
Bagi contoh projek dan lokasi di setiap negeri boleh rujuk pautan berikut:
Pahang
WP Kuala Lumpur
Selangor
Perak
Johor
Melaka
Terangganu
Pulau Pinang
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) 2022
The post PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SETIAP NEGERI (Senarai Projek Terkini) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/rumah-kos-rendah.html