Gaji Rendah Macam Mana Nak Beli Rumah


KOMEN 1: “Baru cancel (batalkan) beli rumah. InsyaAllah yakin tak salah pilih. Basically (asasnya) sebab aku tak ready for such (tidak bersedia untuk) komitmen.”
Komen 2: “Aku pernah tengok satu chart (carta) majoriti orang muda bankrap sebab beli rumah terlalu awal sebab nak berlawan dengan orang sekeliling siapa yang beli rumah dahulu.”
Komen 3: “Bersepah dah orang muda bankrap sebab percaya kononnya rumah tu aset. Dulu ya aset. Sebab mampu milik dengan tanga gaji waktu tu

“Sekarang ni lebih pada liabiliti dah pun. Harga rumah makin naik, tangga gaji takat tu juga. Saving (simpanan) takda, investment (pelaburan) takda. Last-last (Akhirnya) ikat perut..”
Itu sebahagian reaksi warganet mengenai pemilikan hartanah atau membeli rumah dalam kalangan rakyat Malaysia

Rata-rata menyatakan kecewa dan terkilan kerana masih tidak dapat membeli rumah disebabkan tidak mampu. Tidak mampu kerana harga hartanah semakin meningkat dan terus meningkat. Gaji Pula rata-rata tidak berubah, masih ditakat lama. Jika berubah pun, kenaikan masih tidak mencukupi untuk komitmen besar dan dalam jangka panjang

Dulu, orang tua-tua kata, beli rumah untuk harta. Namun, mengambil kira komen-komen di atas, benarkah ia menjadi harta? Atau kini menjadi beban atau liabiliti sehingga nama kena senarai hitam dan rumah kena lelong

Dalam sidang akhbar semasa pembentangan prestasi ekonomi suku tahun keempat 2021 Jumaat lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus mengakui harga kediaman masih mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia

Jika ada yang kata bank tak lulus pinjaman, tidak benar. Gabenor ada berkongsi, lebih RM60 bilion pembiayaan perumahan pertama diluluskan oleh institusi kewangan pada tahun lalu. Menariknya, lebih 60 peratus pembiayaan untuk hartanah bernilai RM500,000 dan ke atas

Persoalannya, berapa banyak unit rumah yang dibeli jika harganya RM500,000 dan ke atas? Bertambahkah pemilikan hartanah dalam kalangan rakyat Malaysia terutama B40 dan M40? B40 mungkin ada rumah mampu milik dibina kerajaan untuk mereka, yang jumlahnya pun masih jauh daripada mencukupi. Bagaimana pula dengan M40, golongan yang kerap tercicir daripada radar kerajaan

Baru-baru ini, pemaju hartanah ada menyuarakan kos pembinaan rumah bertingkat meningkat disebabkan kos bahan seperti simen, besi dan lain-lain naik. Bukan setakat nak bina, nak baiki rumah pun meningkat. Impaknya, rumah akan terus tinggi harganya terutama di bandar utama seperti Kuala Lumpur

Apa penyelesaiannya? Pada penulis, kerajaan perlu lebih serius membantu pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Kerajaan perlu membina lebih banyak rumah mampu milik berharga di bawah RM250,000 misalnya. Rumah kategori ini permintaannya sangat tinggi. Buktinya, Rumah Selangorku, yang ‘laku keras’ di pasaran. Rumah harga mampu milik, reka bentuk semakin menarik dan saiz pula agak selesa

Berbeza dengan Residensi Wilayah yang berharga RM300,000 seunit. Syarat beli gaji bersih RM3,000. Bayaran ansuran bulanan pula hampir RM1,000 untuk tempoh hampir 30 tahun? Jika anak muda baru tamat pengajian dan baru bekerja tiga empat tahun, agak-agak berapa gaji bersih mereka

Di peringkat pusat, kita ada Syarikat Perumahan Negara dan pelbagai agensi kerajaan termasuk majlis agama yang boleh terlibat dalam pembinaan rumah untuk rakyat. Di peringkat negeri, ada kerajaan negeri dan agensi di bawahnya. Malaysia ada 14 buah negeri dan andainya setiap negeri membina 100 buah rumah setahun, bertuahnya rakyat Malaysia

Dan jika setahun Kerajaan Pusat memperuntukan RM1 bilion daripada belajawan untuk membina rumah, bayangkan berapa banyak rumah yang dapat dibina dalam tempoh rancangan Malaysia. Setiap rakyat Malaysia akan ada rumah yang selesa. Tidak perlu bergantung kepada pemaju dan bank yang lebih memikirkan untung daripada membantu pemilikan kediaman untuk rakyat Malaysia

Namun, hakikatnya, sekarang, Malaysia sudah memasuki Rancangan Malaysia Ke-12, dan isu perumahan dalam kalangan rakyat masih terus menjadi isu dan akan menjadi isu yang lebih kompleks jika tiada kesungguhan untuk menanganinya

Begitu juga soal gaji. Dalam Malaysia memasuki abad 21, masih ada rakyat bergaji di bawah garis kemiskinan kebangsaan. Kerajaan pula mengambil masa terlalu lama untuk mengatasi masalah ini. Sangat menyedihkan. Jika dahulu kita melihat kelibat orang berniaga menghampiri kenderaan berhenti di lampu isyarat hanya di negara jiran, suasana itu sudah ada di negara kita

Peluang kerja yang terhad dan tekanan hidup memaksa rakyat untuk melakukan apa sahaja untuk hidup. Asalkan halal, tidak mengapa. Namun, adakah itu yang kita banggakan ketika bangunan pencakar langit semakin bertambah di Malaysia

Untuk itu, dalam pemimpin negara melaungkan slogan Keluarga Malaysia, keluarga Malaysia perlukan kediaman untuk tinggal dan gaji yang stabil untuk hidup. Keluarga Malaysia perlukan kehidupan lebih selesa untuk masa depan mereka dan Malaysia yang lebih gemilang. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/gaji-rendah-macam-mana-nak-beli-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Bagi Anak Cepat Bercakap

Macam Mana Nak Bagi Anak Cepat Bercakap

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 276 hits
Bila nak tolong anak banyakkan kosa kata dalam otak dia kita ibu ayah yang perlu banyak bagi dan bagi perkataan pada diorang dengan cara bersembang dan bercerita Kalau korang ada anak yang berat mulut korang boleh cuba teknik yang aku gunap...
Panduan Bagi Anda Yang Mahu Beli Rumah Idaman Pertama

Panduan Bagi Anda Yang Mahu Beli Rumah Idaman Pertama

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 252 hits
Panduan Bagi Anda Yang Mahu Beli Rumah Idaman Pertama Memiliki rumah hasil titik peluk sendiri adalah impian setiap orang termasuk saya Seperti saya selalu menanam impian untuk memiliki rumah yang luas dan mempunyai tanah disekeliling keran...
Macam Nak Pengsan Tahan Contraction Ezzaty Abdullah Rasa Syukur Dapat Rasa Nikmat Sakit Bersalin

Macam Nak Pengsan Tahan Contraction Ezzaty Abdullah Rasa Syukur Dapat Rasa Nikmat Sakit Bersalin

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 146 hits
Pengalaman melahirkan anak sememangnya satu pengalaman yang begitu memberi kesan pada diri semua wanita Kelahiran anak anak yang berbeza lebih membuatkan seribu pengalaman paling bermakna buat seorang ibu Pelakon Ezzaty Abdullah yang baru s...
Hiburan Macam Sewa Condo Iklan Sewa Rumah Ppr Rm1 4k Sebulan Buat Netizen Terkejut

Hiburan Macam Sewa Condo Iklan Sewa Rumah Ppr Rm1 4k Sebulan Buat Netizen Terkejut

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 215 hits
Permintaan rumah atau bilik untuk disewa pastinya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana dalam ekonomi zaman sekarang tidak semua orang mampu untuk membeli rumah mereka sendiri Terbaharu iklan harga rumah sewa di Pantai Permai yang...
Vide0 Nak Cikgu Beli Pelik Pelajar Sering Tak Pakai Baju Pj Sebabnya Buat Ramai Seb4k

Vide0 Nak Cikgu Beli Pelik Pelajar Sering Tak Pakai Baju Pj Sebabnya Buat Ramai Seb4k

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 313 hits
Tolong menolong merupakan amalan mulia yang patut ada pada semua insan Semua orang tidak dilahirkan dengan kekayaan dan kemewahan depan mata tetapi ramai yang dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan Sejak viral oleh beberapa video y...
Simak 4 Hal Ini Untuk Pastikan Listrik Aman Sebelum Beli Rumah

Simak 4 Hal Ini Untuk Pastikan Listrik Aman Sebelum Beli Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 181 hits
Mengingat energi listrik sudah menjadi bagian kehidupan sehari hari kondisi kelistrikan juga harus diperhatikan agar terhindar dari masalah di kemudian hari
Tom Holland Zendaya Beli Rumah Pertama Mereka Bernilai Rm17 1 Juta

Tom Holland Zendaya Beli Rumah Pertama Mereka Bernilai Rm17 1 Juta

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 192 hits
Pasangan selebriti Hollywood Tom Holland dan Zendaya dilaporkan baru membeli sebuah rumah mewah di London Berdasarkan laporan portal hiburan antarabangsa rumah pertama pelakon utama filem Spider Man No Way Home itu berada berdekatan dengan ...
Buat Kenduri Punya Besar Sampai Halang Laluan Jiran Nak Masuk Rumah

Buat Kenduri Punya Besar Sampai Halang Laluan Jiran Nak Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 232 hits
Sebuah video dikongsi seorang wanita dari wilayah Jakarta Timur Indonesia menerusi laman TikTok memperoleh hampir 9 juta tontonan memaparkan majlis perkahwinan jirannya yang diadakan secara besar besaran Bagaimanapun khemah khemah yang dipa...
Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik

Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 280 hits
Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik Kalau tengok pada perumahan perumahan yang sedang giat dibangunkan sekarang terfikir jugak samada ada ke orang mampu untuk membeli rumah di zaman Pendemik ni Syukur umi dah memiliki sebuah ruma...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul