Permohonan Terkini Online Rumah Mampu Milik Golongan B40 2022 Sewa Bermula Rm124 Sebulan


   


Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2022, anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit. Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
TEDUH merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian berkenaan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Salah satu modul dalam portal TEDUH ialah Sistem Pengerusan Perumahan Negara atau SPRN yang berfungsi sebagai pintu 'one-stop centre' bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Kami kongsikan kepada anda maklumat tentang permohonan rumah ini.

Pendaftaran Atas Talian SPRN1) Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
2) Klik “Daftar Akaun”
3) Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan

4) Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan







Antara skim bantuan yang boleh anda mohon di bawah SPRN termasuklah:
Skim MyHomeSkim Rumah PPRSkim Rumah TransitSkim SPP
Cara MemohonUntuk makluman semua rakyat Malaysia, semua permohonan hendaklah dibuat secara online

KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima


Proses permohonan adalah seperti berikut:A. Daftar Akaun
1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar





B. Buat Pengesahan
1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan
2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda
3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan

C. Log Masuk
Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut

D. Pilih Skim Perumahan
1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim
2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’

E. Maklumat Pemohon
1. Klik pautan maklumat pemohon
2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau

F. Pilih Projek
Klik pautan Projek untuk memohon projek

G. Dokumen Sokongan
Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan

H. Pengesahan
Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan








Syarat KelayakanSyarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon

Skim MyHomeContohnya bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah:
Warganegara MalaysiaBerumur 21 tahun ke atasPembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAKPendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Skim MyHome menyediakan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta

Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome ialah:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasanganSalinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiriSalinan surat pengesahan majikanSalinan penyata gaji terbaruSalinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatanSalinan surat pencen (Jika berkenaan)Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiranSalinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Skim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa) Sewa Serendah RM124Manakala bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat kelayakan seperti berikut:
Warganegara MalaysiaBerumur 18 tahun ke atasPendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulanPemohon belum memiliki rumahMengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan NegeriKerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak

Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkatKawasan pinggir bandar: Jenis rumah teresKeluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegiBinaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik AirTerdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Skim Rumah Transit (SPRN)Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaPemohon telah berkahwinPemohon berumur antara 18 hingga 30 tahunPemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohonPemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohonPendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawahTiada rekod jenayah
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah

Skim SPPAkhir sekali skim SPP hanya untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaBerumur 21 hingga 70 tahunBekerja dan mempunyai pendapatanBukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumahJumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulanMemiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri
Soalan LazimApakah fungsi TEDUH?Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia

Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP

Berapakah kadar sewaan rumah PPR?RM124 sebulan

Berapakah kadar sewaan rumah transit?RM250 sebulan

Berapakah had pinjaman skim SPP?RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun

Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut, anda boleh melayari portal https://teduh.kpkt.gov.myTel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200Emel: [email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2022/02/permohonan-terkini-online-rumah-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Patut Bantu Bina Rumah Mampu Milik

Kerajaan Negeri Patut Bantu Bina Rumah Mampu Milik

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 197 hits
MENJADI impian semua untuk memiliki sendiri Namun membeli rumah bukanlah semudah yang disangka kerana harga ditawarkan kadangkala di luar jangkauan dan bank pula menetapkan pelbagai syarat yang ketat Jika lokasi berdekatan pusat bandar ruma...
Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 259 hits
PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU 2022 Sekiranya anda masih belum memiliki rumah dan ingin memilikinya kini terdapat peluang untung anda memanfaatkan iaitu insentif dari kerajaan di mana pemohon boleh dapat pinjaman 100 tanpa perlu sediakan m...
Kerajaan Komited Sediakan 500 000 Unit Rumah Mampu Milik Untuk Keluarga Malaysia

Kerajaan Komited Sediakan 500 000 Unit Rumah Mampu Milik Untuk Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 224 hits
Bagi membantu merealisasikan rakyat Malaysia memiliki kediaman sendiri Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan merangka strategi penyediaan dan pelaksanaan 500 000 unit rumah mampu milik di seluruh negara selaras dengan matlamat Satu Kelua...
Pertimbang Rumah Transit Buat Golongan Muda Kosmo 31 01 2022

Pertimbang Rumah Transit Buat Golongan Muda Kosmo 31 01 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 212 hits
PETALING JAYA Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan perumahan transit khususnya buat golongan muda yang bekerja di ibu kota dalam usaha meringankan beban kewangan mereka Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Da...
Permohonan Rumah Transit 2022

Permohonan Rumah Transit 2022

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 358 hits
PERMOHONAN RUMAH TRANSIT 2022 Kepada pasangan yang abru berumah tangga semestinya ingin mencari rumah mampu milik untuk diduduki bersama dengan kadar harga mampu milik Terkini salah satuinisiatif kerajaan ini kepada pasangan yang baru berka...
Hiburan Macam Sewa Condo Iklan Sewa Rumah Ppr Rm1 4k Sebulan Buat Netizen Terkejut

Hiburan Macam Sewa Condo Iklan Sewa Rumah Ppr Rm1 4k Sebulan Buat Netizen Terkejut

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 215 hits
Permintaan rumah atau bilik untuk disewa pastinya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana dalam ekonomi zaman sekarang tidak semua orang mampu untuk membeli rumah mereka sendiri Terbaharu iklan harga rumah sewa di Pantai Permai yang...
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Di Maybank Februari 2022

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Di Maybank Februari 2022

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 248 hits
Jawatan Kosong Terkini Malayan Banking Berhad Februari 2022 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa