Permohonan Najib Kemuka Bukti Baru Adalah Taktik Lengahkan Kes Pendakwaan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 15, 2022 7:04 PM
Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd adalah taktik untuk melengahkan perjalanan dan pengakhiran kes itu, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini

Timbalan Pendakwa Raya Ad Hoc Datuk VSithambaram berhujah bahawa permohonan itu difailkan untuk memanjangkan prosiding kes SRC bagi tujuan kolateral kerana bukti kumulatif yang ingin dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu boleh didapati oleh beliau semasa perbicaraan dan dalam apa jua keadaan, adalah tidak relevan dengan rayuan di hadapan Mahkamah Persekutuan.

"Yang Amat Arif, sebelum prosiding kes itu bermula pada April 2019, semua orang tahu bahawa hakim perbicaraan (Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali) pernah berkhidmat di Maybank. Semasa kes pembelaan, ini adalah isu beban. Mereka patut membangkitkannya namun mereka tidak mengambil sebarang tindakan pada ketika itu.

“Selain itu, tiada bukti konflik kepentingan di pihak Hakim Mohd Nazlan pada perbicaraan SRC seperti yang didakwa oleh pemohon (Najib). Pemohon telah membuat dakwaan berniat jahat dan semberono terhadap hakim itu, yang tidak dapat membela dirinya secara peribadi daripada kesemua dakwaan palsu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membantah usul Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC agar ia dibicarakan semula pada pendengaran rayuan terakhir kes itu di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sithambaram juga berkata permohonan Najib adalah berdasarkan apa yang didakwa dimaklumkan oleh beberapa individu tertentu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), justeru Mahkamah Persekutuan harus menolaknya kerana afidavit sokongan Ahli Parlimen Pekan itu adalah berdasarkan keterangan dengar cakap.

“Afidavit Najib menunjukkan bahawa individu terbabit tidak memberitahu beliau secara peribadi apa yang mereka maklum kepada SPRM. Kenyataan mereka adalah semata-mata dengar cakap.
“Permohonan itu bukanlah bagi mengemukakan bukti baharu sebaliknya satu ekspedisi untuk memancing maklumat mengenai dakwaan konflik kepentingan di pihak Hakim Mohd Nazlan," katanya.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap pertuduhan pecah amanah jenayah (tiga pertuduhan) serta pengubahan wang haram (tiga pertuduhan) dan 12 tahun penjara serta denda RM210 juta bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan beliau.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.
Pendengaran rayuan kes itu bersambung esok.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/permohonan-najib-kemuka-bukti-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src International Taktik Najib Untuk Lengahkan Kes

Kes Src International Taktik Najib Untuk Lengahkan Kes

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 343 hits
Kes SRC International Taktik Najib Untuk Lengahkan Kes Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd adalah taktik untuk melengahkan perjalanan dan pengakhiran kes itu Mahkamah...
Permohonan Bukti Baru Najib Ketua Hakim Negara Ketuai Panel Lima Hakim

Permohonan Bukti Baru Najib Ketua Hakim Negara Ketuai Panel Lima Hakim

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 385 hits
malaysiakini comKetua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim mahkamah persekutuan yang akan mendengar permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International Anggota panel lain ialah H...
Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Najib Masukkan Bukti Kaitkan Hakim Nazlan

Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Najib Masukkan Bukti Kaitkan Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC Internatio...
Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

Nizar Layak Tanding Di Pekan Tatkala Najib Kemuka Rayuan Akhir Kes Src

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 356 hits
agendaily com12 08 2022Datuk Mohd Nizar bersama bapanya Datuk Seri Najib Razak Nizar kini adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan Gambar BernamaAnak sulung Datuk Seri Najib Razak dengan bekas isteri pertamanya Datuk Mohd Nizar dikatakan lay...
Mahkamah Benar Najib Pinda Notis Usul Permohonan Masuk Bukti Tambahan

Mahkamah Benar Najib Pinda Notis Usul Permohonan Masuk Bukti Tambahan

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 276 hits
August 15 2022 Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berkait dana SRC International PETALING JAYA Mahkamah Persekut...
Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Najib Kemuka Keterangan Baharu

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Najib Kemuka Keterangan Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 289 hits
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya untuk membuktikan wujud konflik kepentingan yang berat bagi hakim Nazlan Mohd Ghazali ketika mempengerusikan perbicaraan SRC Interna...
Bukti Baru Yang Dibawa Najib Hanya Hearsay Atau Khabar Angin

Bukti Baru Yang Dibawa Najib Hanya Hearsay Atau Khabar Angin

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 306 hits
DPP Dakwaan bukti baru Najib khabar anginHidir Reduan Abdul RashidTimbalan Pendakwa Raya V Sithambaram hari ini berhujah di Mahkamah Persekutuan bahawa permohonan penyerahan bukti baru Najib Razak dalam kes SRC International bernilai RM42 j...
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi