Permohonan Najib Irwan Pindah Kes Didengar 7 Dis




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Disember untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang berdepan enam pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion, bagi memindahkan kes mereka ke Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di dalam kamar Timbalan Pendaftar Nurliana Ismail yang turut dihadiri peguam Rahmat Hazlan bertindak bagi pihak Najib dan Datuk K. Kumaraendran mewakili Mohd Irwan Serigar.

Loading...

Mohd Izhanudin berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Rozana Ali Yusoff pada 3.30 petang, Jumaat depan.
"Permohonan Najib untuk memindahkan kes tidak dibantah oleh peguam yang mewakili Mohd Irwan Serigar kerana kes berkenaan akan dibicarakan bersama," katanya yang turut memaklumkan pihak pendakwaan tidak membantah terhadap permohonan itu.
Kumaraendran pula berkata pihaknya tidak membantah permohonan Najib untuk memindahkan kes itu dan tiada keperluan untuk Mohd Irwan Serigar memfailkan permohonan yang sama kerana mereka telah dituduh secara bersama dan akan dibicarakan bersama.
Pada 25 Oktober lepas, Najib, 65 dan Mohd Irwan Serigar, 61, mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah berjumlah RM6,636,065,000.Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu sejumlah RM1.2 bilion milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.
Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Mohd Irwan Serigar didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang telah diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.
Bagi pertuduhan ketiga mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa  telah melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah “Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)” milik Kerajaan Malaysia.
Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersama-sama atas jawatan sama telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah “Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai”, milik kerajaan Malaysia.
Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah sejumlah CNY1,950,000,000 (bernilai RM1,261,065,000)  dan RM2 bilion milik kerajaan Malaysia.

Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 21 Dis 2016 bagi pertuduhan pertama dan kedua, pada  3 Ogos 2017 pertuduhan ketiga manakala pertuduhan keempat hingga keenam masing-masing pada 10 dan 23 Ogos serta 18 Dis 2017 .
Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama
-sinar harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/permohonan-najib-irwan-pindah-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tolak Permintaan Polis Arah Duduk Dalam Kandang Tertuduh Ketika Kes Dibacakan

Najib Tolak Permintaan Polis Arah Duduk Dalam Kandang Tertuduh Ketika Kes Dibacakan

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 362 hits
Najib Razak yang dituduh rasuah dan menggubah wang haram berkaitan 1MDB enggan berdiri di kandang tertuduh di mahkamah Foto Bernama Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini enggan masuk ke dok semasa sebutan 25 kes rasuah d...
Najib Razak Baginda Dipanggil Sprm Kes Scorpene

Najib Razak Baginda Dipanggil Sprm Kes Scorpene

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 258 hits
Najib pada tahun 2002 mengawasi pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dan Agosta dari tentera laut Perancis DCN International bernilai hampir 1bil yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak bagi tujuan meningkatkan kebolehan p...
Najib Kemuka Permohonan Gugur 25 Tuduhan

Najib Kemuka Permohonan Gugur 25 Tuduhan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak akan mengemukakan permohonan untuk membatalkan 25 tuduhan salah guna kedudukan dan kegiatan pengubahan wang haram berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad yang dihadapinya Bekas Perdana Menteri itu jug...
Saya Bernasib Baik Isa Telah Dimansuhkan Dan Saya Masih Belum Didakwa Terlibat Dalam Kes Liwat Najib

Saya Bernasib Baik Isa Telah Dimansuhkan Dan Saya Masih Belum Didakwa Terlibat Dalam Kes Liwat Najib

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 302 hits
Amat ketara bahawa kerajaan PH hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama saya biarpun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkam...
Osa Documents To Be Declassified For Najib Irwan Trial

Osa Documents To Be Declassified For Najib Irwan Trial

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 272 hits
Several documents protected under the Official Secrets Act will be declassified so that they can be used in the trial of former premier Najib Abdul Razak and former Treasury secretary general Irwan Serigar Abdullah who are both facing RM6 6...
Najib Saya Bernasib Baik Belum Didakwa Kes Liwat

Najib Saya Bernasib Baik Belum Didakwa Kes Liwat

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 237 hits
Diterbitkan 25 Nov 2018 11 47 malamBekas perdana menteri Najib Razak hari ini secara sinis berkata beliau bernasib baik kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah dimansuhkan dan tidak berdepan dakwaan kes liwat Kenyataan melalui Facebook i...
Najib Oil Palm Smallholders Losing Out With Plummeting Prices

Najib Oil Palm Smallholders Losing Out With Plummeting Prices

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 238 hits
At the rate palm oil prices are falling Najib Abdul Razak has questioned whether there would be any profit left to be made by oil palm smallholders Directing his query to the Pakatan Harapan government the former premier accused the latter ...
Najib Gagal Halang Akhbar Siar Cerita Buruk Tentangnya

Najib Gagal Halang Akhbar Siar Cerita Buruk Tentangnya

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 241 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kesnya Sebaliknya Hakim Nazlan berkata undang undang...
Seronok Anak Najib Razak Layan Final World Cup Di Rusia

Seronok Anak Najib Razak Layan Final World Cup Di Rusia

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 382 hits
Piala Dunia 2018 berlangsung meriah malam semalam dengan pasukan Perancis pulang dengan gelaran juara setelah menewaskan Croatia 4 2 Jika sebelum ini netizen tertarik dengan kehadiran warganegara Malaysia lengkap berbaju Melayu dan gadis ca...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda