Najib Saya Bernasib Baik Belum Didakwa Kes Liwat


Diterbitkan 25 Nov 2018, 11:47 malam


Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini secara sinis berkata, beliau "bernasib baik" kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dimansuhkan dan tidak berdepan dakwaan kes liwat.

Kenyataan melalui Facebook itu dibuat sebagai mengulas pendedahan Ketua Audit Negara Madinah Mohamad yang mendakwa Najib mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda.

"Amat ketara bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama saya biarpun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkamah.

"[...] Saya bernasib baik bahawa ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat," katanya.

Dalam kenyataan itu, Najib menegaskan bahawa maklumat yang dikeluarkan dari laporan audit 1MDB yang didakwa atas arahan setiausaha sulitnya pada 2016, bukan perkara baru.

Beliau menafikan ia sebagai percubaan untuk menutup sesuatu berhubung skandal 1MDB.

Beliau mengulangi kenyataan peguamnya bahawa maklumat mengenai kehadiran ahli perniagaan Jho Low dalam lembaga mesyuarat 1MDB sudah dilaporkan sejak 2015.

Jho Low merupakan antara individu utama yang dikaitkan dalam skandal berbilion ringgit yang didakwa melibatkan penyelewengan dana 1MDB. Najib kini sedang menunggu perbicaraan berhubung dana kerajaan Malaysia berkenaan.

Awal hari ini, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengesahkan bekas perdana menteri Najib Razak pada 22 Nov 2016 mengarahkan Ambrin Buang, yang merupakan ketua audit negara ketika itu, meminda laporan audit 1MDB.

Madinah turut mendedahkan setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh turut mengarahkan bahagian yang menyebut ahli perniagaan Jho Low dalam laporan itu dikeluarkan.

Anwar Ibrahim dipenjarakan dan berdepan kes liwat pada tempoh Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri kali pertama.

Kedua seteru politik itu akhirnya berdamai semula dan Anwar kini dijangka menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Selepas pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan kemenangan PH, Mahathir mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar yang menjalani hukuman penjara kali kedua bagi kes liwat pada 2015, ketika Najib menjadi perdana menteri.

Anwar menafikan tuduhan liwat itu dan menyifatkannya bermotifkan politik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/najib-saya-bernasib-baik-belum-didakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bernasib Baik Isa Telah Dimansuhkan Dan Saya Masih Belum Didakwa Terlibat Dalam Kes Liwat Najib

Saya Bernasib Baik Isa Telah Dimansuhkan Dan Saya Masih Belum Didakwa Terlibat Dalam Kes Liwat Najib

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 351 hits
Amat ketara bahawa kerajaan PH hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama saya biarpun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkam...
Najib Bernasib Baik

Najib Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 314 hits
Najib Bernasib Baik Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini secara sinis berkata beliau bernasib baik kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah dimansuhkan dan tidak berdepan dakwaan kes liwat Kenyataan melalui Facebook itu dibuat sebag...
Najib Rosmah Belum Tentu Dipenjara

Najib Rosmah Belum Tentu Dipenjara

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 324 hits
Najib Razak dan Rosmah Mansor berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah atas kesalahan penggubahan wang haram dan salah guna kuasa Foto ihsan Projek MMO oleh A Kadir Jasin Kemana pun saya pergi sekarang soalan yang kerap ditanya adala...
Istri Mantan Perdana Menteri Najib Razak Didakwa Menerima Suap Rp 661 Miliar

Istri Mantan Perdana Menteri Najib Razak Didakwa Menerima Suap Rp 661 Miliar

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 329 hits
Jaksa yang mendakwa Rosmah dengan dua tuduhan korupsi mengatakan uang suap itu ada kaitannya dengan proyek panel surya senilai RM 1 25 miliar atau sekitar Rp 4 3 triliun di sekolah sekolah di Negara Bagian Sarawak
Kalau Najib Boleh Didakwa Waytha Moorthy Juga Patut Disiasat Timbalan Mufti Perak

Kalau Najib Boleh Didakwa Waytha Moorthy Juga Patut Disiasat Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 681 hits
Timbalan Mufti Perak Ustaz Zamri Hashim11 Rabiulawal 1440H Isnin Kenyataan biadab Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy yang memfitnah dan memburukkan nama negara hakikatnya tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia Ti...
Permohonan Najib Irwan Pindah Kes Didengar 7 Dis

Permohonan Najib Irwan Pindah Kes Didengar 7 Dis

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Disember untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang berdepan enam pertudu...
Najib Razak Beruntung Saya Belum Dituntut Kasus Sodomi

Najib Razak Beruntung Saya Belum Dituntut Kasus Sodomi

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 249 hits
Najib Razak menuliskan pendapatnya dalam akun Facebook kemarin setelah muncul laporan dari Jenderal Auditor Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang menyebut bahwa laporan audit asli terkait 1MDB telah diubah
Najib Razak Baginda Dipanggil Sprm Kes Scorpene

Najib Razak Baginda Dipanggil Sprm Kes Scorpene

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 308 hits
Najib pada tahun 2002 mengawasi pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dan Agosta dari tentera laut Perancis DCN International bernilai hampir 1bil yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak bagi tujuan meningkatkan kebolehan p...
Najib Tolak Permintaan Polis Arah Duduk Dalam Kandang Tertuduh Ketika Kes Dibacakan

Najib Tolak Permintaan Polis Arah Duduk Dalam Kandang Tertuduh Ketika Kes Dibacakan

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 402 hits
Najib Razak yang dituduh rasuah dan menggubah wang haram berkaitan 1MDB enggan berdiri di kandang tertuduh di mahkamah Foto Bernama Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini enggan masuk ke dok semasa sebutan 25 kes rasuah d...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu