Permohonan Bpr 2021 Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat
PERMOHONAN BPR 2021:CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Kepada yang layak menerima BANTUAN PRIHATIN RAKYAT,anda boleh buat PERMOHONAN BPR 2021.
Berdasarkan bantuan tunai keraaan sebelum ini, pemohon perlu buat permohonan melalui portal yang disediakan oleh kerajaan.
Contohnya portal BPN,GKP dan akan datang adalah portal BPR.
Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat bermula Januari 2021, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.
Nak tahu berapa jumlah BPR yang bakal diterima,rujuk SEMAKAN JUMLAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
ADAKAH PEMOHON PERLU PERMOHONAN BPR 2021?
Kita sedia maklum bahawa,pihak LHDNM telah mempunyai data pemohon melalui portal BSH dan BPN,ia boleh diserap dan dirujuk berdasarkan data portal tersebut.
Bagi memudahkan urusan permohonan,LHDNM akan melancarkan portal BPR dalam masa terdekat.
CARA PERMOHONAN BPR 2021
Setakat ini, belum dilancarkan lagi portal BPR.Berikut adalah persediaan dari segi maklumat untuk membantu anda membuat permohonan baru BPR 2021.
Berikut adalah maklumat yang diperlukan:
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Status perkahwinan
Bilangan anak
Nama dan nombor akaun bank
Pastikan maklumat yang dilengkapkan tepat dan betul.
SENARAI KATEGORI BPR 2021
Berikut adalah senarai kategori BPR 2021:
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM4,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM4,001 HINGGA RM5,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 ringgit. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.
BUJANG BERPENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH
Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.
Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
SOALAN LAZIM BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Apakah itu BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH.
Bilakah BPR diperkenalkan?
Semasa pembentangan bajet 2021
Adakah perlu membuat permohonan baharu?
Dirujuk menggunakan databse BSH sebelum ini.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar BPR?
Bersabar dan tunggu tarikh buka pendaftaran BPR
Apakah portal untuk daftar BPR?
Akan dilancarkan dalam masa terdekat.
The post PERMOHONAN BPR 2021:CARA MOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/permohonan-bpr-2021cara-mohon-bantuan-prihatin-rakyat.html