Perlu Ke Qadha Solat Kalau Dah Bertahun Silap Arah Kiblat Ini Penjelasan Mufti


Rata-rata daripada kita sudah mengetahui bahawa berdiri menghadap kiblat yang betul merupakan syarat sah solat.
Pun begitu, dalam sesetengah situasi, kita menghadapi kesukaran menentukan arah kiblat seperti ketika berada di dalam hutan ataupun kenderaan. Malah, mungkin ada antara kita yang selama ini tidak sedar telah tersasar arah kiblat sejak bertahun lamanya.
Oleh itu, kita boleh menyemak arah kiblat ketika peristiwa Istiwa ‘Adzam yang berlaku dua kali setahun. Selain itu, kita juga boleh mendapatkan khidmat dari petugas arah kiblat untuk memeriksa arah kiblat di rumah atau pejabat bagi memastikan ia menghala ke posisi yang tepat.
Pun begitu, bagaimana pula jika hasil semakan mendapati arah kiblat yang kita gunakan selama ini tidak tepat? Adakah sah solat atau perlu diqadha atau gantikan semula?
Berikut ialah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu ini.
Mukadimah Menghadap kiblat adalah salah satu daripada syarat sah solat, sama ada ada solat fardhu pada waktunya, solat qadha fardhu dan solat solat sunat pada waktu selain solat sunat ketika musafir dan solat khauf (keadaan sangat takut).
Sesiapa yang memulakan solat dalam keadaan tidak menghadap kiblat maka tidak sah solatnya. Manakala sesiapa yang beralih daripada kiblat ketika solat secara sengaja maka batallah solatnya. Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (1/127 & 170 ). Ini berdasarkan firman Allah Taala:
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٥٠﴾
Maksudnya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).
(Surah al-Baqarah: 150)
Kredit: Google Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang diajarnya cara-cara bersolat:
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ
Maksudnya: “Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbir.”
Riwayat al-Bukhari (5897) dan Muslim (397)
Kaedah Penentuan Arah Kiblat Dalam mazhab al-Syafie, cara-cara mengetahui kiblat mengikut susunan keutamaan itu ada empat:
Ilmu pengetahuan sendiri yang meyakinkan, seperti orang yang celik melihat ain Kaabah atau orang buta yang memegang Kaabah. Perkhabaran seorang yang terpercaya dengan pengetahuannya. Ijtihad seperti menggunakan kompas dan seumpamanya. Orang yang bertaqlid kepada ijtihad orang lain
Rujuk I`anah al-Talibin (1/145) Isu Tersalah Kiblat; Adakah Perlu Diulang Solat? Berdasarkan kaedah di atas timbul persoalan; sekiranya seseorang itu menyedari kiblatnya salah selepas menunai solat seperti diberitahu oleh seorang yang terpercaya, lalu bagaimana hukumnya?
Berkata Imam al-Nawawi: “Barangsiapa yang solat dengan ijtihad (atau bertaqlid kepada ijtihad orang lain) kemudian dia yakin berlaku kesilapan maka hendaklah dia qadha mengikut pendapat yang kuat.”
Rujuk Minhaj al-Talibin (hal.43)
Manakala pendapat yang kedua menyatakan tidak perlu qadha’ seperti yang disebut oleh Imam al-Ramli: “Pendapat kedua pula menyatakan tidak perlu qadha kerana peninggalan kiblat dengan keuzuran adalah serupa dengan keadaan ketika peperangan (yakni solat khauf).”
Rujuk Nihayah al-Muhtaj (446/1)
Begitu juga seperti kata Syeikh Taqiuddin Abu Bakar al-Hisni:
“Pendapat qil (kedua) menyatakan tidak wajib pengulangan solat kerana mengambil kira dzan (prasangka kuat) semasa tuntutan perlaksanaan perbuatan solat itu atas alasan bahasa seseorang itu diperintahkan untuk solat dengan sangkaan terbabit.
Pendapat pertama adalah mazhab ahli fiqh manakala pendapat kedua adalah mazhab ahli kalam (daripada ahli usul mazhab al-Syafie). Sekiranya dia yakin kesilapannya tetapi tidak yakin pula apa yang arah yang betul bahkan hanya prasangka sahaja, maka tidak perlu diulangi solat kerana solat yang pertama dilaksanakan atas ijtihad dan solat yang kedua juga atas ijtihad, maka ijtihad itu tidak membatalkan ijtihad yang lain.”
Rujuk Kifayah al-Akhyar (ms.96)
Kredit: Google Bagi pendapat pertama, pengulangan atau qadha’ solat hanya wajib apabila yakin kesilapan. Adapun jika dia berijtihad lagi kemudian berubah arah, maka tidak perlu mengulangi solat yang dilaksanakan mengikut ijtihad pertama.
Fakta ini ada disebut oleh Syeikh al-Nawawi al-Bantani: “Kalau seseorang berijtihad menentukan kiblat dan solat lalu dia yakin salahnya ijtihad itu, maka dia mengulangi semula solatnya.
Adapun jika dia tidak yakin salahnya ijtihad tetapi hanya hasil ijtihadnya (yang kedua) menunjukkan arah yang lain, maka ijtihad yang kedua itu adalah lebih rajih dan wajib dia beramal dengannya, sama ada semasa solat atau bukan, dan tidak wajib dia mengulangi semula solatnya yang ditunaikan mengikut ijtihad pertama kerana sesungguhnya ijtihad itu tidak dibatalkan dengan ijtihad yang lain, sehinggakan sekiranya dia solat empat rakaat dengan empat arah berbeza bagi setiap rakaat kerana empat ijtihad berbeza, sah solatnya.”
Rujuk Nihayah al-Zain (hal.52-53)
Kesimpulan Justeru, menjawab soalan di atas, kami bahagikan kepada beberapa keadaan:
Seseorang yang solat tanpa memiliki ilmu tentang kiblat, tidak mencari khabar daripada orang terpercaya, tidak berijtihad atau bertaqlid, maka solatnya adalah tidak sah kerana dia cuai. Justeru hendaklah dia mengqadhakan semula solat yang dia lakukan dalam keadaan itu.
Dia solat setelah berijtihad mengenai arah kiblat, kemudian pada waktu solat seterusnya dia berijtihad lagi, lalu arah kiblatnya berubah. Solatnya pada kedua-dua waktu adalah sah dan tidak perlu diulang.
Dia dimaklumkan oleh seseorang yang berijtihad bahawa kiblatnya salah dan menunjukkan arah kiblat yang betul mengikut ijtihadnya, maka jika dia bersetuju sekalipun, solatnya yang pertama adalah sah dan tidak perlu diulang dan wajib solat seterusnya dia mengikuti ijtihad yang baharu.
Dia dimaklumkan oleh seseorang yang yakin secara pasti tentang arah kiblat seperti pernah melihat Kaabah. Sebahagian ulama memasukkan sekali dalam kategori ini penyaksian ahli falak yang sudah membuat ukuran manakala sebahagian lain menganggap ukuran mereka ijtihad jua. Maka dia wajib mengulangi dan mengqadha solat yang dilakukan apabila datang ilmu yang meyakinkan bahawa ijtihadnya salah.
Ini seperti batalnya ijtihad seorang hakim apabila terdapat nas syarak dalam suatu isu.
Pendapat yang kedua pula tidak mewajibkan pengulangan dan qadha’. Pendapat ini sesuai sekiranya jumlah yang tertinggal itu terlalu banyak sehingga mendatangkan kesukaran.
Wallahua’lam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Perlu Ke Qadha Solat Kalau Dah Bertahun Silap Arah Kiblat? Ini Penjelasan Mufti appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/24/perlu-ke-qadha-solat-kalau-dah-bertahun-silap-arah-kiblat-ini-penjelasan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lari 1 Darjah Je Sama Nilai Dengan 122 Km Dari Kedudukan Sebenar Kaabah Peguam Kongsi Kepentingan Semak Arah Kiblat

Lari 1 Darjah Je Sama Nilai Dengan 122 Km Dari Kedudukan Sebenar Kaabah Peguam Kongsi Kepentingan Semak Arah Kiblat

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 438 hits
Solat merupakan perkara asas dan wajib bagi setiap individu Muslim Solat yang sempurna bukan sekadar cukup rakaat tapi bermula dari persiapan untuk menunaikannya dari berwuduk sehinggalah memberi salam Salah satu aspek paling penting dalam ...
Boleh Ke Beri Daging Korban Sebagai Upah Kepada Penyembelih Tukang Lapah Ini Penjelasan Mufti

Boleh Ke Beri Daging Korban Sebagai Upah Kepada Penyembelih Tukang Lapah Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 348 hits
Setiap tahun umat Islam pasti akan menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha yang sinonim dengan aktiviti ibadah korban Selain itu aktitiviti tersebut sudah tentulah melibatkan ramai pihak untuk melaksanakannya daripada peringkat pembekal lemb...
Besok Umat Islam Diminta Cek Ulang Arah Kiblat Ada Apa

Besok Umat Islam Diminta Cek Ulang Arah Kiblat Ada Apa

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 261 hits
Besok Umat Islam Diminta Cek Ulang Arah Kiblat Hal ini karena Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika mengatakan matahari akan berada tepat di atas Ka bah pada Rabu 15 Juli besok Fenomena tersebut terjadi karena pada tanggal tertentu da...
Mahkamah Tinggi Arah Najib Bayar Cukai Sebanyak Rm1 69 Bilion Selepas Dituntut Lhdn

Mahkamah Tinggi Arah Najib Bayar Cukai Sebanyak Rm1 69 Bilion Selepas Dituntut Lhdn

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 345 hits
Mari kita lihat perkembangan terbaru kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hari ini telah diminta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar semua tunggakan cukai pendapatan yang dikira berjumlah sehing...
Pemimpin Eu Menambah Keyakinan Dolar As Semakin Lemah Ke Semua Arah Gambaran Keseluruhan Mata Wang Usd Cad Dan Jpy

Pemimpin Eu Menambah Keyakinan Dolar As Semakin Lemah Ke Semua Arah Gambaran Keseluruhan Mata Wang Usd Cad Dan Jpy

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 273 hits
Pemain pasaran cenderung melihat perkembangan situasi pasaran dengan cara yang positif walaupun terdapat ancaman penyebaran coronavirus yang lebih meluas Pemacu utama pertumbuhan adalah Kesatuan Eropah di mana para pemimpinnya telah bersetu...
Skandal Terowong Sprm Arah Guan Eng Sambung Beri Keterangan Sabtu Ini

Skandal Terowong Sprm Arah Guan Eng Sambung Beri Keterangan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 362 hits
Selepas lebih enam jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM di sini Guan Eng yang tiba pada pukul 1 05 tengah hari tadi dengan ditemani Ah...
Keutamaan Ayat Seribu Dinar Dan Khasiatnya Pembuka Pintu Rezeki Melimpah Dari Arah Tak Disangka Sangka

Keutamaan Ayat Seribu Dinar Dan Khasiatnya Pembuka Pintu Rezeki Melimpah Dari Arah Tak Disangka Sangka

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 304 hits
Keutamaan Ayat Seribu Dinar dan Khasiatnya Pembuka Pintu Rezeki dari Arah Tak Disangka sangka Sebagaimana diketahui Ayat seribu dinar dikenal sebagai salah satu ayat pemanggil rezeki paling banyak diamalkan oleh banyak orang Karena cara pen...
Buasir Otak Tv Budak Tumpang Tanya Arah Jalan

Buasir Otak Tv Budak Tumpang Tanya Arah Jalan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 372 hits
Bila ada budak yang tidak dikenali tegur nak tumpang tanya arah jalan ke rumah kawan Jom tonton animasi ini
Selangor Azam Ke Arah Pembangunan Digitalisasi Mb

Selangor Azam Ke Arah Pembangunan Digitalisasi Mb

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 315 hits
SHAH ALAM 15 JULAI Kesan penularan Covid 19 membuka peluang Kerajaan Negeri untuk lebih komited membangunkan sistem pangkalan data digital selaras dengan hasrat menjadi Negeri Pintar menjelang 2025 Dato Menteri Besar berkata Selangor sudah ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco