Boleh Ke Beri Daging Korban Sebagai Upah Kepada Penyembelih Tukang Lapah Ini Penjelasan Mufti


Setiap tahun, umat Islam pasti akan menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha yang sinonim dengan aktiviti ibadah korban.
Selain itu, aktitiviti tersebut sudah tentulah melibatkan ramai pihak untuk melaksanakannya, daripada peringkat pembekal lembu, penyumbang tajaan, tukang sembelih, tukang lapah, tukang timbang, tukang edar hinggalah ke penerima.
Menyentuh berkenaan urusan penyembelihan, isu yang sering kali berlegar setiap tahun adalah tukang lapah daging yang mengambil atau menyimpan ‘siap-siap’ sebahagian daging atau tulang untuk diri sendiri dan dianggap sebagai upah.
Persoalannya, wujudkah terma ‘upah’ bagi pelapah daging dalam Islam daripada sudut fatwa?
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah membahaskan isu ini melalui Irsyad Al-Fatwa Haji Dan Korban Siri 16: Hukum Memberikan Daging Korban Sebagai Upah Penyembelih.
Mari ikuti penjelasan mufti di bawah ini.
IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI 16: HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN SEBAGAI UPAH PENYEMBELIH Soalan: Bolehkah memberikan upah berupa daging korban kepada penyembelih dan juga pelapah daging?
Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Terdapat sebuah hadith yang sahih berkenaan persoalan di atas yang mana menunjukkan terdapat larangan untuk diberikan upah kepada penyembelih daripada bahagian daging korban itu. Ianya hadith yang telah diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA iaitu:
أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا
Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengarahkan aku untuk melakukan sembelihan terhadap unta dan mengarahkan juga kepadaku agar tidak memberi daging daripadanya sebagai upah kepada penyembelih dan juga pelapahnya.
Riwayat Al-Bukhari (1716) & Muslim (1317)
Manakala di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA yang mengatakan:
“Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.
Berkenaan hadith di atas, al-Imam al-Son’ani Rahimahullah di dalam kitabnya Subul al-Salam ada memberikan komentar terhadapnya dengan mengatakan:
“Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binatang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama seperti hukum sembelihan haji di mana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya.”
[Lihat Subul al-Salam. Dar al-Hadith, 2/537]
Seterusnya, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah juga ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Minhaj iaitu syarah kepada hadith-hadith di dalam Sahih Muslim dengan mengatakan:
“Tidak dibenarkan untuk memberikan sesuatu daripada bahagian korban kepada al-Jazzar (tukang sembelih) dan inilah mazhab kami dan dengannya juga adalah pendapat ‘Atho, al-Nakha’ie, Malik, Ahmad, Ishak dan dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Ibn Umar daripada Ahmad dan Ishak bahawa dibolehkan untuk menjual kulit sembelihan hadyu dan bersedekah dengan harganya”.
[Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 9/65]
Pendapat yang sama juga diulangi oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu Syarh al-Muhazzab.
Kesimpulan Berdasarkan perbincangan di atas dengan melihat kepada dalil dan juga pendapat para ulama’ mengenainya, maka kami katakan di sini bahawa tidak dibolehkan untuk memberikan upah berupa bahagian korban kepada tukang sembelih.
Adapun penyelesaian yang boleh difikirkan untuk diberikan kepada penyembelih adalah berdasarkan perkataan ‘Ali bin Talib RA sepertimana di dalam riwayat Muslim iaitu upah diberikan kepada penyembelih menggunakan harta dari empunya korban/organisasi dan bukannya dari bahagian korban.
Pihak masjid juga boleh menetapkan harga korban termasuk kos pengurusan yang munasabah kepada mereka yang menyertai ibadah korban di sesuatu tempat dan kos pengurusan itu boleh diperuntukkan sebahagiannya kepada tukang sembelih kerana menggunakan kepakarannya dalam urusan tersebut. Begitu juga kos-kos yang perlu ditanggung oleh penyembelih seperti kos pengangkutan dan masa yang telah diperuntukkan.
Adapun daging, maka ianya tidak boleh dijadikan upah buat tukang sembelih.
Tetapi, sekiranya tukang sembelih itu sendiri termasuk dari kalangan fakir miskin maka pemberian daging korban kepadanya dibolehkan atas dasar dirinya sebagai seorang fakir miskin di samping upah menyembelih yang diberikan bukan dari bahagian korban. Begitu juga diharuskan untuk orang yang berkorban sendiri itu memberikan daging korban kepada penyembelih dan pelapah sebagai hadiah kerana itu merupakan hak orang yang berkorban. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Muft Wilayah Persekutuan
7 September 2016 bersamaan 5 Zulhijjah 1437 H.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Boleh Ke Beri Daging Korban Sebagai Upah Kepada Penyembelih & Tukang Lapah? Ini Penjelasan Mufti appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/boleh-ke-beri-daging-korban-sebagai-upah-kepada-penyembelih-tukang-lapah-ini-penjelasan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Memberi Daging Sembelihan Sebagai Upah Kepada Pemotong Daging Korban

Hukum Memberi Daging Sembelihan Sebagai Upah Kepada Pemotong Daging Korban

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 530 hits
Hukum Memberi Daging Sembelihan Kepada Pemotong Daging KorbanSetiap tahun umat Islam seluruh dunia pasti akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban yang sinonim dengan aktiviti ibadah korban Aktitiviti tersebut sudah tentulah ...
Hukum Menjual Daging Korban

Hukum Menjual Daging Korban

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 295 hits
Ketika musim korban kadang kadang kita dapat pemberian daging yang sangat banyak Soalan saya adakah harus dijual semula kepada penjual daging atau jiran jiran kerana jika disimpan akan jadi terlalu lama untuk dimakan sedikit sedikit Hukum M...
7 Idea Masak Sup Tulang Daging Korban Paling Sedap Dihirup

7 Idea Masak Sup Tulang Daging Korban Paling Sedap Dihirup

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 491 hits
Sup antara menu paling digemari setiap kali tibanya Aidil Adha kerana anda memperolehi daging dan tulanag korban selain mudah disediakan sup juga lebih segar bila dinikmati Sesuai dipadankan dengan nasi mahu pun roti atau pelbagai jenis mi ...
Boleh Akibatkan Bakteria Ramai Yang Letakkan Ayam Daging Beku Di Singki Sebelum Masak

Boleh Akibatkan Bakteria Ramai Yang Letakkan Ayam Daging Beku Di Singki Sebelum Masak

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 244 hits
Siapa sangka selama ni letak ayam dan daging beku di luar sebelum masak boleh menyebabkan keracunan makanan Ohmedia tahu sebenarnya korang pun dah lama buat macam tu daripada dulu lagi Menurut Public Health Malaysia kaedah ini perlu dielakk...
Aidiladha 2020 Barbeque Daging Korban

Aidiladha 2020 Barbeque Daging Korban

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 442 hits
AidilAdha 2020 Raya Dalam Kerisauan Jangkitan Covid 19 Salam Aidiladha korang Hari kerja hari baru sempat nak buka blog Busy bebenor Hahaha Untuk Aidiladha kali ini CH cuma masak rendang ayam nasi beriani ayam dan dhalca sayur Ketupat pula ...
Bersalah Oleh Kerana Najib Boleh Cabar Muhyiddin Sebagai Pm Kata Satu Lagi Batu Api

Bersalah Oleh Kerana Najib Boleh Cabar Muhyiddin Sebagai Pm Kata Satu Lagi Batu Api

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu satunya individu yang mampu mencabar kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Menurutnya malah Najib juga...
Karut Tiada Dalil Kata Haram Makan Haiwan Korban Kerana Kasihan Penjelasan Pu Azman

Karut Tiada Dalil Kata Haram Makan Haiwan Korban Kerana Kasihan Penjelasan Pu Azman

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 321 hits
Hiburan Pencetus Ummah Azman mengesahkan tiada dalil dalam al Quran yang mengharamkan daging haiwan korban untuk sesiapa yang ada perasaan kasihan atau sedih ketika melihat proses penyembelihannya Menurut PU Azman kenyataan itu adalah karut
Lebih Baik Bina Rumah Orang Miskin Daripada Korban Lembu Wagyu Rm30 000 Kata Mufti

Lebih Baik Bina Rumah Orang Miskin Daripada Korban Lembu Wagyu Rm30 000 Kata Mufti

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 354 hits
Mohamad Shukri Mohamad berkata korban tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia adalah ibadah yang terikat dengan syariat Islam PETALING JAYA Ibadah korban tidak memerlukan penggunaan lembu mahal tetapi mencukupi dengan lembu biasa yang bole...
7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap Empuk Boleh Ikut Petua Ni

7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap Empuk Boleh Ikut Petua Ni

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 357 hits
Kalau anda suka masakan Minang dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas sekali cuba gerenti ketagih Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini O...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik