Perkembangan Kes Ahli Politik Beri Tempias Negatif Pada Kerajaan


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan 8 Sep 2021, 10:17 am
Dikemaskini 10:17 am

Keputusan mahkamah dalam beberapa kes membabitkan pemimpin politik atau individu berprofil tinggi yang dianggap tidak memuaskan hati sesetengah pihak sebenarnya memberi imej negatif kepada kerajaan

Penganalisis politik berpendapat, walaupun keputusan berkenaan ditentukan oleh mahkamah selepas hujah kedua-dua pihak dipertimbangkan hakim, ia secara tidak langsung membawa kesan kepada parti pemerintah.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata, walaupun keputusan mahkamah itu benar, dalam situasi sekarang ia akan menjadi fokus kepada masyarakat awam yang menilainya.

"Memang menjadi hak mahkamah untuk membebaskan individu berkenaan berdasarkan prosiding, tetapi dia akan tetap menjadi satu sentimen.

"Hari ini orang boleh menilai, sesetengah masyarakat awam sendiri terdiri daripada pengamal undang-undang yang faham tentang proses yang berlaku di mahkamah.

"Jadi apabila ahli-ahli politik yang banyak kes itu dibebaskan pastilah akan timbul persoalan dalam kalangan masyarakat," katanya kepada Malaysiakini.
Mazlan AliMenurut Mazlan sekarang timbul persepsi bahawa oleh kerana Umno memerintah maka banyak pemimpin parti itu yang dikaitkan dengan rasuah akan 'terselamat' daripada hukuman.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana negatifnya reaksi rakyat terhadap kerajaan susulan keputusan mahkamah yang menyaksikan beberapa pemimpin politik dibebas atau dilepaskan daripada pertuduhan rasuah.

Untuk rekod antara kes membabitkan tokoh politik berprofil tinggi yang menarik perhatian ramai ialah bekas menteri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas anggota Parlimen Kota Tinggi Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, dan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz (dilepas tanpa dibebaskan).

Negara boleh dipandang negatif

Mazlan berkata, dengan perkembangan teknologi maklumat di hujung jari, isu persepsi tidak dapat dielakkan dan pandangan bahawa hanya kerajaan mengetahui semua perkara sudah berakhir.

"Hari ini rakyat yang boleh dapat maklumat di hujung jari, tiada siapa boleh sembunyikan apa-apa, tiada siapa boleh bersikap tidak telus. Mesti kena telus kalau tak telus rakyat akan bongkar, inilah cabaran politik hari ini.

"Ahli-ahli politik mesti mengamalkan prinsip politik baru, politik telus yang lebih terbuka, politik yang lebih toleran politik dan saksama. Tak boleh dah dengan cara lama dan tak sesuai sebab boleh menimbulkan isu-isu yang boleh menggugat parti dan kerajaan," katanya yang juga pensyarah kanan Sekolah Perdana UTM.

Sementara itu Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan, berkata pembebasan ahli politik daripada kes mahkamah pastinya memberikan kesan kepada keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Jika ini berterusan, katanya, akan ada tiga impak besar kepada kepimpinan negara iaitu tahap kebolehpercayaan rakyat terhadap pemimpin politik semakin melemah, ditambah pula dengan soal defisit kepercayaan terhadap kepimpinan sebelum ini sudah dibangkitkan khususnya dalam pengurusan negara berhadap gelombang Covid-19.

Selain itu katanya ada juga tanggapan - yang tidak semestinya benar - dalam kalangan orang ramai bahawa kerajaan atau parti mempengaruhi cabang perundangan, dan kesukaran untuk mengikis label kleptokrasi yang kuat dengan imej Umno.

"Sekiranya tidak dicegah, wujud kekhuatiran imej Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan menjunjung kedaulatan undang-undang akan dipandang negatif," katanya.

Jelas Ariff Asyrul, sekiranya kerajaan serius mahu untuk mendukung reformasi institusi seperti yang dicanangkan, perkara sedemikian harus dielakkan.

"Ketelusan, akauntabiliti dan kebebasan kehakiman adalah tunjang utama ke arah amalan politik baru di Malaysia," kata Ariff Asyrul.

Untuk rekod ketika ini ada beberapa lagi tokoh berprofil tinggi sedang dibicarakan. Selain Najib, turut dibicarakan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/perkembangan-kes-ahli-politik-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersedia Dengan 1 Lagi Gelombang Ketidaktentuan Politik Kata Ahli Parlimen

Bersedia Dengan 1 Lagi Gelombang Ketidaktentuan Politik Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 205 hits
September 7 2021 3PETALING JAYA Ketiadaan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat demi memperkukuhkan keabsahan kedudukan perdana menteri bukan petanda baik untuk kestabilan politik dan masa depan negara untuk jangka panjang Bagaimanapu...
Kes Ahmad Zahid Hamidi Sebuah Kes Persepsi Politik

Kes Ahmad Zahid Hamidi Sebuah Kes Persepsi Politik

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 280 hits
Oleh Sirajuddin AhmadRamai juga yang bertanya apa kah jika yang dipanggil mengadap Tun Mahathir adalah Hishamuddin Hussein Khairy Jamaluddin Ismail Sabri atau Annuar Musa apakah hasil atau outcome pertemuannya akan sama juga Atau mungkin in...
Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah

Rais Saran Gantung Ahli Dewan Rakyat Dewan Negara Hadapi Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 314 hits
freemalaysiatoday com September 12 2021 12 16 AMRais Yatim menyarankan kod etika penjawat awam turut dilaksanakan ke atas Ahli Dewan Negara Dewan Rakyat dan ADUN PETALING JAYA Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim menyarankan ahli Dewan Neg...
Jangan Salahkan Rakyat Jika Imej Ahli Politik Buruk Di Mata Mereka Zambry

Jangan Salahkan Rakyat Jika Imej Ahli Politik Buruk Di Mata Mereka Zambry

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 215 hits
Jangan salahkan rakyat jika imej ahli politik buruk di mata mereka Zambry Masyarakat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan ahli politik Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor Datuk Seri Zambry Abd Kad...
Kestabilan Politik Atau Kestabilan Kerajaan

Kestabilan Politik Atau Kestabilan Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 247 hits
NORMAN RADZUANPRO KON MoU Kestabilan politik atau kestabilan Kerajaan HATI2 DGN TARIKH 31 JULAI 2022 Saya beritahu hanya skeptikal dan bukan menentang mengenai MoU transformasi dan kestabilan politik Maksudnya skeptikal itu masih ragu mencu...
Noh Omar Cakap Bahasa Inggeris Speaking Guna Penterjemah Jika Tak Fasih Bahasa Inggeris Ahli Politik Diberitahu

Noh Omar Cakap Bahasa Inggeris Speaking Guna Penterjemah Jika Tak Fasih Bahasa Inggeris Ahli Politik Diberitahu

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 452 hits
September 8 2021 James Masing berkata kebanyakan menteri luar bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap di hadapan perwakilan antarabangsa dan ia bukan sesuatu yang perlu dimalukan PETALING JAYA Ahli politik yang tidak fasih berbahasa Ing...
Kes Bunuh Pak Guard Ahli Perniagaan Berdepan Hukuman Gantung

Kes Bunuh Pak Guard Ahli Perniagaan Berdepan Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 243 hits
AHMAD Noor Azhar Muhammad dibawa keluar selepas didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan tahun lalu di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini UTUSAN ZULFACHRI ZULKIFLI Ahmad Noor Azhar berdepan pertuduhan bunuh pak guard IPOH...
Panas Pemimpin Umno Bedal Muhyiddin Tiada Pendirian Politik Hanya Nak Duduk Dalam Kerajaan Saja

Panas Pemimpin Umno Bedal Muhyiddin Tiada Pendirian Politik Hanya Nak Duduk Dalam Kerajaan Saja

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 235 hits
September 12 2021 NAIB Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pendirian jelas dan tetap dalam pegangan politik Sebaliknya beliau berkata Muhyiddin selesa menukar nukar pegangan se...
Panas Ahli Parlimen Kerajaan Dakwa Akan Halang Cadangan Timbalan Menteri Pas

Panas Ahli Parlimen Kerajaan Dakwa Akan Halang Cadangan Timbalan Menteri Pas

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 198 hits
September 10 2021 Parti Bersatu Sabah tidak senada dengan pemimpin Pas yang berhasrat membentangkan Rang Undang undang yang akan menghalang kebebasan beragama di negara ini Dalam gambar tular Roadmap Pelan Pemerkasaan Undang undang Syariah ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights