Perkara Yang Perlu Dilakukan Andai Ada Kematian Dirumah Kita
Urusan untuk mendapat permit,perkebumian.
Call Ambulans. Doktor akan sahkan kematian. Mereka akan bagi beberapa surat atau borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.Call orang surau atau jiran yang terdekatBawa document yang diberi doktor tadi. IC simati, sijil lahir. Segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan.(jangan lupa surat polis ini PENTING untuk di bawa ke kubur serah kepada pengali kubur sebagai permit untuk pengkebumian)Ingat, bahagikan tugasan. Apabila disahkan oleh doktor tentang kematian. Sebelum hadirnya jiran-jiran. Urusan dirumah.
letak jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat. Muka mengadap kiblat.Chek seluar atau pampers jika ada terkeluar najis, terkencing. Jika ada cuci dulu. Salin/ tukar seluar dan baju yg mudah di buka oleh tukang mandi jenazah..pakaikan arwah serkup atau tutup kepala jika perempuan( jangan biarkan rambutnye free hair)Cari perca kain bersih. Buat beberapa tali.( jika tak ada kain perca .. ambil saja baju t-shirt berwarna putih.. gunting bahagian bawah nye jadikan tali)sedia kan minyak zaitun atau baby oil. mulakan dari muka. Urut pelan-pelan muka, rapatkan mulut dan ikat dari dagu ke kepala. Urut mata pelan-pelan, rapatkan. Jika tak rapat. letak duit syiling 50sen dikelopak. boleh dah rapat, keluarkan duit tu..Tangan, siku urut pelan-pelan. Qiamkan tangannya seperti org yg sedang solat elok-elok, ikatkan kemas-kemas. Punggung, peha rapat kan elok-elok. Urut pelan-pelan.Lutut rapatkan elok-elok. ikat tali. betis rapatkan. ikat tali.Penggelangan kaki urut, dengan minyak rapatkan dan ikat kemas-kemas. 2 ibu jari kaki dirapatkan dan ikatkan. Ambik kain tudung bawal putih jarang, tutup bahagian muka..(jangan guna kain yang tebal )Ambik kain batik panjang, tutup keseluruhannya.Untuk persiapan yang lain-lain
Siapkan dalam beg. Kain batik panjang 3helai. Towel 3helai (yang sederhana besar)kalau ada telekung simati juga bagus .. telekung lama yang bersih .. tak perlu telekung baru..membazir..Daun pandan sepokok, dibersihkan dan kerat-kerat. Simpan dalam plastik..Sebelum kedatangan jiran-jiran. anak-anak yang lain mesti tutup aib. Dengan cepat-cepat bersihkan rumah. Bila jenazah dirumah dah ready semua. sementara tunggu urusan yang seterusnya. Cuba ambik kesempatan membaca surah. Note,Tujuan urut tadi. supaya segala sendi-sendi tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi atau kapan. Buat pelan-pelan, sambil itu sedekah Al-Fatihah. Ni kerana jenazah yang tercabut nyawanya, didalam keadaan perit dan sakit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sedapnya-makan.com/2022/06/perkara-yang-perlu-dilakukan-andai-ada-kematian-dirumah-kita.html