Enam Perkara Ibu Lupa Buat Selepas Dapat Baby No 5 Dan 6 Paling Penting


Penjagaan ibu selepas bersalin, terutamanya untuk beberapa minggu pertama adalah penting. Ia harus menitikberatkan aspek fizikal dan juga mental.

Pun begitu terdapat beberapa rutin harian yang ada kalanya ibu terlupa untuk melakukannya selepas bayi dilahirkan.
Kalau ingin tahu apakah perkara tersebut, pastikan anda membaca perkongsian artikel ini.
Rutin harian sering diabaikan
Berikut adalah 6 perkara penting yang perlu diberikan keutamaan oleh wanita selepas beranak:

1. Pemakanan harian
Terlupa untuk makan adalah perkara biasa apabila anda sibuk melayani kerenah si kecil, tetapi ia adalah perkara yang tidak seharusnya terjadi. Kekurangan nutrisi boleh melemahkan tenaga anda yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu.
Pengambilan cecair harian juga perlu diperbanyakkan jika anda menyusu badan. Proses penyusuan menghasilkan tindak balas hormon yang boleh meningkatkan rasa dahaga, jadi pastikan anda menyediakan botol air di sebelah semasa menyusukan si kecil.
2. Pengambilan vitamin pranatal, rutin harian yang dilupakan
Jika anda melakukan penyusuan eksklusif, badan memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral berbanding semasa kehamilan.
3. Dapatkan tidur mencukupi, penting dalam penjagaan ibu selepas bersalin
Jika perlu, dapatkan rundingan bersama pakar laktasi untuk mendapatkan bantuan.
4. Usah berlebihan
Rutin harian baharu dengan kehadiran si kecil pastinya memenatkan. Namun dalam apa juga keadaan, anda masih tetap perlu menjaga diri sendiri.
Ada kalanya jika anda melakukan terlalu banyak perkara semasa sedang berpantang, pendarahan lochia atau nifas mungkin meningkat kembali. Dengarkan isyarat tubuh, berehatlah apabila memerlukannya. Berlebihan selepas beranak cenderung menyebabkan kecederaan, ketegangan otot serta rasa terharu dan kegelisahan.
5. Mengabaikan kesakitan
Tahap kesakitan setiap wanita selepas bersalin berbeza – sama ada dalam aspek jenis dan tempoh.
Contohnya, kesakitan akan berbeza mengikut prosedur kelahiran – secara normal atau czer, mahupun jika anda mengalami sebarang komplikasi semasa bersalin atau selepasnya. Tempoh kesakitan mungkin berlarutan selama berhari-hari atau berminggu-minggu. Ia berbeza bagi setiap individu dan dari 1 kehamilan ke kehamilan lain.
Jenis kesakitan normal selepas kelahiran termasuklah:
Kekejangan kerana rahim anda mengecut kembali Sakit di kawasan antara faraj dan dubur Rasa sakit di dalam atau di sekitar hirisan dan jahitan Ketidakselesaan leher, belakang dan sendi Kesakitan disebabkan payudara membengkak Semasa tempoh penjagaan ibu selepas bersalin, kesakitan yang dialami berikut perlu mendapatkan pemeriksaan doktor:
Sakit kepala teruk dan tidak baik walaupun selepas pengambilan ubat atau yang menjejaskan penglihatan Sakit bersama demam melebihi 38°C Sakit semasa kencing dan bertambah teruk dari hari ke hari Pendarahan berat Sakit pada bahagian tertentu payudara – terutamanya jika disertai demam atau kemerahan Lelehan faraj berbau busuk Sakit dan bengkak pada kaki Sakit dada dan kesukaran bernafas Sekiranya kesakitan yang dialami disertai dengan sebarang gejala luar biasa atau jika kesakitan bertambah teruk, berjumpalah doktor dengan segera.

 
6. Menyembunyikan kesukaran
Ibu selepas bersalin yang berdepan kesukaran secara mental – anda tidak bersendirian. Baby blues melanda hampir 80% wanita selepas bersalin. Ia boleh menyebabkan anda mengalami perasaan sedih, kebimbangan atau tekanan mendalam antara 10 hingga 14 hari pertama selepas melahirkan anak.
Jika selepas 2 minggu pertama, anda masih terasa tidak seperti diri sendiri, anda disaran melakukan penilaian doktor untuk keadaan kemurungan selepas bersalin – 1 daripada 5 individu mengalaminya.
Gejala kemurungan selepas bersalin termasuklah:
Kerap menangis Mudah marah Rasa tersisih daripada keluarga atau rakan Tidak menikmati perkara yang anda sukai Meragui diri sendiri dalam hal berkaitan penjagaan asas bayi Rasa terputus hubungan dengan bayi Bimbang berlebihan bahawa anda mungkin akan mencederakan bayi Penjagaan ibu selepas bersalin
Kemurungan ini boleh berlaku kepada sesiapa tetapi risikonya lebih tinggi jika anda:
Tidak mendapat banyak sokongan selepas melahirkan Kemurungan sebelum hamil Sejarah keluarga kemurungan Mengalami komplikasi semasa bersalin Masalah kesihatan dengan bayi Melahirkan anak kembar Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai keadaan diri. Ibu & anak sama penting
Menjalani kehidupan dengan bayi baru lahir adalah perkara yang mencabar. Pun begitu, penjagaan ibu selepas bersalin tidak boleh diabaikan. Jika mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang kesihatan diri atau bayi, doktor adalah sumber terbaik anda untuk mendapatkan nasihat.


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Enam Perkara Ibu LUPA Buat Selepas Dapat Baby, No 5 Dan 6 Paling Penting! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/enam-perkara-ibu-lupa-buat-selepas-dapat-baby-no-5-dan-6-paling-penting/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Ibu Wajib Lakukan Perkara Ini Pada Anak Anak Selepas Mereka Bermain Di Luar

Setiap Ibu Wajib Lakukan Perkara Ini Pada Anak Anak Selepas Mereka Bermain Di Luar

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 188 hits
Zaman kanak kanak ni adalah zaman yang paling dirindui sebab ia merupakan waktu untuk mereka meneroka dunia Masa inilah mereka akan berlari bebas di padang atau melompat dalam lopak air dan macam macam lagi Sebagai ibu bapa janganlah anda h...
Paling Penting Tak Nak Stres Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

Paling Penting Tak Nak Stres Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 208 hits
Selepas hampir dua minggu melahirkan bayi kesungguhan pelakon popular Mira Filzah ingin memberikan bayinya susu ibu sama seperti ibu ibu lain juga Sejak bergelar ibu kepada Wan Khair Amir Mira dilihat bersungguh sungguh memberikan bayi sulu...
Tak Sabar Nak Jumpa Baby Dah Nak Jadi Ibu Elisya Sandha Tunggu Hari Bersalin

Tak Sabar Nak Jumpa Baby Dah Nak Jadi Ibu Elisya Sandha Tunggu Hari Bersalin

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 184 hits
Selepas mengumumkan kehamilan sulungnya pada April lalu diam tak diam kini Elisya Sandha sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi sulungnya Menerusi Instagram bakal ibu cantik manis ini turut memuat naik kapsyen ringkas namun memberi ba...
8 Perkara Ini Mungkin Punca Anak Alami Sembelit Ibu Cuba Semak

8 Perkara Ini Mungkin Punca Anak Alami Sembelit Ibu Cuba Semak

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 309 hits
Masalah anak sembelit adalah perkara biasa terutamanya ketika dalam proses latihan tandas sekitar usia 2 hingga 3 tahun Apakah tanda tanda sembelit yang boleh ibu kenal pasti ya Jom baca lebih lanjut dalam perkongsian artikel ini Masalah an...
Pengsan Selepas Cabut Pisau Di Dada Ibu Parah Ditikam Anak Ketika Tidur

Pengsan Selepas Cabut Pisau Di Dada Ibu Parah Ditikam Anak Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 281 hits
Seorang wanita berusia 41 tahun parah ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya dalam kejadian di Bukit Yong Pasir Puteh Kelantan malam tadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan SAC Mohd Nor Yazhid Idris berkata pihaknya menerima maklumat...
Selain Demam Ini Kesan Sampingan Selepas Vaksin Anak Setiap Ibu Bapa Perlu Tahu

Selain Demam Ini Kesan Sampingan Selepas Vaksin Anak Setiap Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 203 hits
Ada kalanya kesan selepas vaksin itu tidak terjadi sejurus sahaja suntikan diberikan Ia mungkin akan muncul selepas beberapa jam atau hari juga dianggap sebagai tanda vaksin berfungsi dengan baik Jadi selepas vaksin apa perlu buat jika si k...
Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 529 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Walaupun sudah masuk minggu kedua bulan Syawal masih belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Ampun Maaf dipinta dari segi percakapan dan juga dari segi penulisan yang menguris hati ...
Tak Percaya Ibu Pergi Secepat Ini Isteri Meninggal 2 Hari Selepas Bersalin

Tak Percaya Ibu Pergi Secepat Ini Isteri Meninggal 2 Hari Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 205 hits
Bagi pasangan yang berkahwin saat dapat tahu bakal menjadi ibu bapa pastinya ia momen yang tak akan dilupakan Keterujaan menanti kehadiran cahaya mata dan membesarkan anak bersama sama antara impian suami isteri Selepas dua hari bersalin is...
Apa Yang Paling Penting Jung Haein Kongsi Pandangan Soal Lakonan

Apa Yang Paling Penting Jung Haein Kongsi Pandangan Soal Lakonan

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 278 hits
Jung Hae in ialah salah seorang pelakon yang serba boleh kan BACA Semasa penggambaran bagi majalah Dazed yang dilakukan di Hawaii Jung Hae in telah memancarkan daya tarikannya dalam suasana semula jadi Disebabkan COVID 19 sudah agak lama di...
Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

Intellectual Property Protecting Ideas

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Uruhime Momoko Suplemen Kecantikan Perisa Pic Dari Jepun

Hada Labo Cipta Malaysia Book Of Records Penyertaan Paling Ramai Dalam Acara Penanggalan Solekan

Makan Buah Guna Baby Food Feeder

Cipta Raya Sifu M Nasir Cetak Sejarah

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming

Mee Kari