Gaduh Tikam Menikam Perkara Biasa Dalam Umno Akui Zahid
- Tak hairan Zahid sendiri sedang catas orang-orang 'baik' dalam UMNO. Yang tinggal nanti hanya perompak wang rakyat
PETALING JAYA: “Tak ada masalah apa-apa,” kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, menafikan timbul spekulasi bagi menyingkirkan Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, selepas bertemu sekumpulan ketua Umno bahagian, baru-baru ini.
Zahid berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan ketua bahagian Umno Melaka, termasuk mengesahkan turut bertemu Rauf.
Namun, presiden Umno itu menegaskan ia bukanlah kemelut yang luar biasa.
Menurut laporan Malaysiakini, Zahid sekadar ketawa sebagai reaksi terhadap desakan untuk mengetepikan Rauf yang juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, untuk mengetuai Umno negeri.
“Biasalah… laki bini pun bergaduh.”
Pada 8 Mei lalu, Pemangku Ketua Umno Bahagian Alor Gajah Rospandi Leman, berkata beliau tidak menafikan ada paksaan pihak tertentu supaya Sulaiman Md Ali, menandatangani surat peletakan jawatan, dalam masa terdekat.
Katanya, semua mengetahui “siapa” dalang yang cuba menjatuhkan ketua menteri itu.
Pada 15 Mei, memetik laporan Utusan, Timbalan Ketua Umno Melaka Ali Mohamad, mengakui Sulaiman wajar menggantian Ab Rauf Yusoh, sebagai ketua Umno negeri.
Orang nombor dua Umno negeri itu, berkata Sulaiman paling layak dilantik menerajui Umno Melaka dan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, sebagai mana kelaziman tradisi dalam Umno sendiri.
“Rakyat Melaka sudah tahu tentang seorang individu yang bercita-cita tinggi hendak menjadi ketua menteri selepas BN (Barisan Nasional) menang pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Nov tahun lalu.
“Semua orang tahu siapa individu yang mengingkari keputusan pucuk pimpinan parti memilih Sulaiman sebagai ketua menteri dan individu yang sama juga menimbulkan onar dengan segala ugutan serta paksaan terhadap Sulaiman.
“Rakyat Melaka juga tahu punca kekecohan majlis angkat sumpah jawatan Sulaiman dilakukan sehingga pukul 1 pagi, sejurus BN diumumkan memenangi PRN Melaka,” katanya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2022/05/gaduh-tikam-menikam-perkara-biasa-dalam.html