Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group


Petaling Jaya menjadi saksi kepada satu detik penting pada 15 November 2025 apabila Ford Petaling Jaya melancarkan varian baharu Ford Ranger Raptor Sport 3.0L V6 Ecoboost 4WD 10AT kepada media dan pelanggan setia. Acara ini bukan sekadar pelancaran model, ia menandakan bermulanya era baharu di bawah pengurusan Kam Lung Motor Group (KLM), selepas pengambilalihan rasmi dari Sime Darby Auto Connexion pada 1 Oktober 2025.

KLM bukan nama kecil. Dengan lebih 40 tahun pengalaman automatif sejak 1983, 36 fasiliti merentasi Hong Kong, Macau dan Taiwan, serta rangkaian jenama mewah yang kukuh, KLM kini secara rasmi menjejakkan kaki ke Malaysia melalui Ford PJ sebagai pusat pertama mereka.

Mr. Peter Goh, Managing Director Kam Lung Motor Group Sdn. Bhd semasa pelancaran Ford Ranger Raptor Sport.

Ruby sendiri sempat berbual bersama Mr. Peter Goh, Managing Director Kam Lung Motor Group Sdn. Bhd., yang berkongsi visi baharu mereka untuk menjadikan Ford PJ sebagai “destinasi automotif utama di Lembah Klang”, lengkap dengan fasiliti moden, suasana mesra pelanggan, dan standard servis premium.
Ford Ranger Raptor Sport 2 Warna Menarik Iaitu Arctic White & Meteor Grey
Ketika kain penutup ditarik, ramai tetamu bersorak kecil. Bukan sebab drama, tetapi sebab rupa paras Ford Ranger Raptor Sport memang garang, tegap dan gagah. Model ini merupakan varian khas yang menggabungkan DNA Ford Performance, dengan kemasan dan ciri sporty yang membuatkan ia lain dari yang lain. 



Antara ciri utama yang disebut dalam pelancaran: 3.0L V6 Twin-Turbo EcoBoost engine — 292PS & 583Nm 10AT 4WD dengan 7 mod pemanduan termasuk Baja Mode 17” Beadlock Style Wheels* Raptor Sport Decals* Sport Hoop* Suspensi FOX 2.5-inch Live Valve Shocks C-Clamp LED Matrix Headlights Interior dengan 12.4” Digital Cluster + 12” Touchscreen SYNC®4AKeseluruhan reka bentuknya memberikan vibe yang sangat maskulin dan menunjukkan bahawa Ford tidak bermain-main apabila mereka kata Raptor ialah “pickup yang tiada tandingannya”.



Ford Petaling Jaya: Lebih Dari Sekadar Showroom
Ramai mungkin ingat Ford PJ cuma showroom biasa. Tapi apabila masuk sendiri, Ruby boleh kata tempat ini sebenarnya adalah:

Pusat 3S (Sales, Service & Parts)Segalanya di satu tempat. Pelanggan boleh:

beli kereta hantar servis beli alat ganti originaldapatkan khidmat selepas jualan 
Dengan pengambilalihan oleh Kam Lung Motor Group (KLM), ruang servis dan ruang pelanggan akan dinaik taraf untuk suasana yang lebih moden, selesa dan efisien.

Test Drive Centre yang AktifFord PJ bukan showroom yang hanya mempamer kereta. Mereka ada laluan dan staf khusus untuk urusan test drive supaya pelanggan boleh merasai sendiri prestasi Ranger, Everest dan model lain dengan lebih meyakinkan. 


Kemudahan Mesra PelangganDi pusat servis, tersedia: 
Lounge berhawa dingin Wi-Fi percuma Minuman ringan (coffee & tea) Ruang menunggu yang selesa Ruang solat untuk pelanggan Muslim 
Kemudahan kecil begini memberi keselesaan kepada pelanggan yang perlu menunggu lama.

Pengalaman Komuniti FordSoft launch Raptor Sport baru-baru ini siap dengan: 
Kids Zone Aktiviti mewarna Games & hadiah Ford merchandise percuma 


Suasana yang mesra keluarga ini memberi petanda bahawa Ford PJ mahu menjadi hub komuniti, bukan sekadar pusat servis. Sambil ibu bapa melihat kereta, anak-anak pun terhibur. Suasana memang hidup, meriah tetapi tetap tertib. Ruang pameran Ford PJ terasa lebih terang, dan staf-stafnya mesra serta sangat membantu.

Saya sempat melihat sendiri semangat Kam Lung Motor Group untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan. Bukan sekadar jual kereta.
Harga Ford Ranger Raptor Sport di Malaysia (2025)






Harga di atas adalah Approved Selling Price. Untuk kos OTR (tanpa insurans), contohnya di Labuan ialah RM257,388.00.

Promosi Pelancaran (15–30 November 2025)
Kam Lung Motor Group menawarkan beberapa kelebihan istimewa: 
Rebate sehingga RM3,000 1 servis percuma 50% diskaun untuk existing customers (engine oil, oil filter & labour) Bank on-site untuk kelulusan pinjaman segera Ford merchandise percuma selagi stok masih ada 
Ford Ranger Raptor Sport Untuk Gaya Hidup Aktif Semua Peringkat Usia
Kerana ia bukan sekadar pickup besar, ia sebuah pengalaman. Raptor Sport memberikan vibe: 
“Saya bekerja keras, saya adventurous, dan saya suka kereta yang ada karakter.” 
Ruby sebagai pemerhati event automotif, boleh dikatakan model ini memang buat saya berhenti seketika untuk pandang kali kedua. Ford Ranger Raptor Sport memang ada aura tersendiri.


Pelancaran Ford Ranger Raptor Sport di Petaling Jaya menandakan permulaan baharu untuk Ford di Malaysia di bawah Kam Lung Motor Group (KLM). Dengan peningkatan fasiliti yang bakal dibuat, layanan pelanggan yang profesional, dan lineup Ford yang semakin kuat, Ruby percaya ramai peminat Ford akan kembali menjenguk showroom Ford PJ ini.

Bukan sahaja servis dan sokongan selepas jualan kekal seperti biasa, malah pusat ini kini bergerak ke arah pengalaman lebih moden, premium dan menyeluruh. Senang cerita, Ford PJ bukan lagi sekadar tempat beli kereta, ia sudah menjadi rumah untuk pemilik Ford di Lembah Klang.


Untuk sesiapa yang mencari kenderaan pickup yang serius berkuasa, serius bergaya, dan serius fun. Ford Ranger Raptor Sport adalah pilihan tepat.


Ford Petaling Jaya, Kam Lung Motor Group Sdn Bhd Sales,Service & Parts.Lot 3, Jalan 51a/219, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor+603-7931 4238

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/11/ford-ranger-raptor-sport-dilancarkan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 250 hits
Hi Everyone This festive season Hilton Petaling Jaya invites guests to embrace The Season to Savor a celebration of culinary indulgence and joyous togetherness from 14 November to 4 January 2026 Hilton Petaling Jaya debuts its refreshed ide...
Kini Opening G Mart Segar Kanan Bomboi Bawah

Kini Opening G Mart Segar Kanan Bomboi Bawah

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 231 hits
Opening bermula 21 November 2025 G Mart Segar Opening 21November 2025 23 November 2025 kemaskinikan blog lagi Paparan tentang satu bangunan baru di Jalan Magatang menuju ke tempat tinggal Etuza Bagunan ini agak lama terbiar tetapi kini di c...
Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 222 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua pegawai dan kakitangan masjid di negeri ini mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Langkah itu titah baginda bagi menjamin kebajikan dan ...
Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 176 hits
Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun KUALA LUMPUR 13 Nov Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3 093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun yang berlaku dalam tempoh 2023 hingga Oktob...
Bank Of England Mengekalkan Kadar Tetapi Pound Kekal Di Bawah Tekanan Kuat

Bank Of England Mengekalkan Kadar Tetapi Pound Kekal Di Bawah Tekanan Kuat

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 173 hits
Bank of England telah mengekalkan kadar faedah pada 4 00 seperti yang dijangkakan namun perpecahan undian 4 5 menunjukkan bahawa keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah Ketua BoE Bailey telah memberikan undian penentunya untuk mengekalkan...
Tiga Warga Asing Ditahan Kes Bunuh Wanita Indonesia Yang Ditemui Reput Bawah Pelepah Kelapa Sawing Di Telemong Bentong

Tiga Warga Asing Ditahan Kes Bunuh Wanita Indonesia Yang Ditemui Reput Bawah Pelepah Kelapa Sawing Di Telemong Bentong

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 259 hits
KUANTAN Polis Pahang mengesahkan bahawa wanita warga Indonesia yang ditemukan dalam keadaan mereput di bawah pelepah kelapa sawit di Telemong Bentong minggu lalu telah dibunuh hampir dua minggu lalu berdasarkan hasil bedah siasat Ketua Poli...
Singapura Bakal Laksana Hukuman Sebat Terhadap Penipu Di Bawah Undang Undang Baharu

Singapura Bakal Laksana Hukuman Sebat Terhadap Penipu Di Bawah Undang Undang Baharu

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 201 hits
Singapura Bakal Laksana Hukuman Sebat Terhadap Penipu Di Bawah Undang undang Baharu ISTANBUL Singapura akan melaksanakan hukuman sebat mandatori terhadap pesalah penipuan di bawah undang undang jenayah baharu yang diluluskan pada Selasa sel...
Untuk Umur Bawah 35

Untuk Umur Bawah 35

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 191 hits
Jual 1 unit komisen RM1 680Ya betul Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu Ramai tak tahu Ini bukan jual barang pelik pelik Kita bantu orang beli barang rumah yang memang mereka tengah cari Kita da...
Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 208 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Program Pertemuan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Bersama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan di Bawah MAIS bertempat di MAIS Shah Alam
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord