Perkahwinan Dua Alam Sejauh Manakah Perkahwinan Dengan Jin Sah Disisi Islam Mufti Beri Penjelasan


Mesti ada yang pernah mendengar kisah pernikahan antara manusia dan jin. Kebiasaannya orang Melayu menyebut sebagai bunian.
Nampak seperti tidak masuk akal bagaimana perkahwinan antara dua alam ini boleh terjadi tetapi tidak mustahil kerana ianya pernah berlaku di dalam masyarakat kita.
Namun, persoalan timbul apabila ada yang bertanya ;
Bolehkah manusia berkahwin dengan jin? Bagi merungkai segala persoalan, ikuti penjelasan oleh Mufti seperti di bawah. Moga dapat memberi fahaman yang jelas kepada semua.
Jawapan: Manusia diciptakan Allah daripada tanah sedangkan jin diciptakan Allah daripada api. Hal ini dengan jelas daripada ayat yang banyak dan nas yang banyak. Antara tujuan ciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadat kepada Allah. Firman Allah SWT:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Surah al-Zariyat: 56)
Al-Maraghi berkata: “Sebahagian ahli tafsir berpendapat, supaya mereka tunduk dan merendah diri kepada-Ku iaitu golongan jin dan manusia hendaklah patuh kepada perintah Allah dan mengikut apa yang ditakdir kepadanya.” 
Berkenaan dengan isu perkahwinan antara jin dan manusia, terdapat 3 pandangan ulama’:
Hukumnya haram. Inilah pendapat Imam Ahmad, Imam al-Zuhri, al-Hakam, Qatadah, Hasan al-Basri, Hajjaj ibn Artat, Abu Hammad dan Imam al-Ghazali
Hukumnya makruh. Inilah pendapat Malik, Qatadah, al-Hakam, al-Hasan, Uqbah al-‘Asam, Ishak bin Rahawaih.
Hukumnya harus. Ini sebahagian pendapat ulama’ Syafie. Ini juga pandangan sebahagian salaf seperti al-Tha’labi, al-A’masy, Uthman ibn Sa’id al-Dari,
Al-Imam al-Munawi dalam Syarh al-Jami’ al-Saghir berkata: “Dalam al-Fatawa al-Sirajiyyah oleh ulama’ Hanafi, tidak harus perkahwinan antara jin dan manusia kerana berlainan jenis. Begitu juga dalam Fatawa al-Barizi di kalangan ulama’ Syafiiyah tidak harus berkahwin antara keduanya. 
Begitu juga pandangan ulama’ Syafie yang mengharamkannya seperti al-Khatib al-Syarbini. Katanya, : “Pengharaman dalam perkahwinan itu ada dua; bersifat selama-lamanya atau selamanya. Antara bentuk perkahwinan yang diharamkan selama-lamanya adalah perkahwinan antara jenis yang berlainan. Contohnya, tidak dibenarnya perkahwinan antara lelaki dari kalangan manusia dan perempuan dari kalangan jin (atau sebaliknya).”  Lihat Mughni al-Muhtaj, 3/232
Tidak harus perkahwinan antara jin dan manusia Kami berpendapat, tidak harus perkahwinan antara jin dan manusia kerana ia berlainan jenis dan juga tabiatnya. Sifat jin adalah tidak berjisim dan sifat manusia adalah berjisim. Ini berasaskan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, ayat 72:
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا
Maksudnya: “Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan.”
Mafhum daripada kenyataan ini menunjukkan kepada kita bahawa manusia dikurniakan Allah isteri dan suami mereka dari jenis mereka sendiri dan ia terbeza yang amat ketara antara manusia dan jin. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
(Surah al-Rum: 21)
Al-Syeikh al-Syanqiti menyebut : “Ayat ini juga menunjukkan bahawa Allah tidak menciptakan manusia untuk pasangan-pasangan mereka kecuali untuk jenis dan diri pasangan mereka sendiri.” Lihat Adwa’ al-Bayan, 3/43.
Antara beberapa masalah yang timbul akibat membenarkan pernikahan antara manusia dan jin adalah: Boleh terjerumus kepada banyaknya perzinaan dan kemudian dinisbahkan kandungan kepada alam jin.
Nikah memberi maksud untuk memperoleh zuriat dan kehidupan keluarga serta anak-anak. Kepada siapa untuk dinisbahkan mereka dan bagaimana penciptaan mereka?
Berinteraksi dengan jin seumpama ini tidak sunyi daripada pelbagai kemudaratan sedangkan Islam menggesa untuk memelihara keselamatan manusia.
Lebih parah lagi, ia membawa kepada membuka pintu kepada banyak persoalan yang tidak berkesudahan dan sukar diselesaikan. 
Semoga dengan penjelasan ini kita memahami agama kita dengan sebaik-baiknya. Amin.
Sumber : Mufti Wilayah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/07/perkahwinan-dua-alam-sejauh-manakah-perkahwinan-dengan-jin-sah-disisi-islam-mufti-beri-penjelasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan

Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 325 hits
Jodoh merupakan salah satu perkara yang telah ditentukan Allah sejak dari mula Setiap daripada kita pasti akan dikurniakan pasangan masing masing sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hi...
Berbuka Puasa Di Bufet Ramadan 2019 Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam

Berbuka Puasa Di Bufet Ramadan 2019 Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 497 hits
Assalamualaikum Ramadhan dan Syawal telah berlalu Tapi tidak salah untuk upkan cerita berbuka puasa pada bulan Ramadhan yang lalu sebagai penghargaan buat Buffet Ramadhan Malaysia Berbuka puasa di BUFET RAMADAN 2019 CITARASA DUA SEMPADAN di...
Boleh Ke Campur Makanan Laut Dan Darat Mufti Doktor Perjelas Dari Sisi Islam Dan Sains

Boleh Ke Campur Makanan Laut Dan Darat Mufti Doktor Perjelas Dari Sisi Islam Dan Sains

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 362 hits
Mungkin ramai yang pernah mendengar mengenai pantang larang tidak boleh mencampurkan antara makanan laut dan darat bersama sama Ikan jangan dimakan dengan daging Ayam tak boleh dimakan dengan ikan dan seumpamanya lagi Larangan ini diterapka...
Cecair Hijau Sah Air Cucian Tangki Jabatan Alam Sekitar

Cecair Hijau Sah Air Cucian Tangki Jabatan Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 329 hits
Semalam Pasir Gudang gempar apabila menemui cecair hijau dikeluarkan kilang ke longkang hari ini Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh selepas mendapat aduan penduduk berhubung penemuan cecai...
Seruan Rukun Islam Kelima

Seruan Rukun Islam Kelima

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 265 hits
Assalammualaikum wbtSERUAN RUKUN ISLAM KELIMA Doakan ibu ayah saya selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur ya inshaAllah Aamiin Bukan hanya kepada ibu ayah sahabat PC sahaja malahan PC titipkan doa untuk semua bakal jamaah h...
Hanya Makan Nasi Lauk Cili Doktor Kongsi Pengalaman Ziarah Saudara Islam Rohingya Di Arakan

Hanya Makan Nasi Lauk Cili Doktor Kongsi Pengalaman Ziarah Saudara Islam Rohingya Di Arakan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 245 hits
Sedangkan kita di Malaysia ini mewah dengan makanan sehinggakan ada yang membazir Perhatikan anak anak kecil seronok bermain sambil dapat makan makanan kegemaran gula gula dan ais krim bahkan dapat makan nutrisi yang baik dalam kehidupan se...
Menjadi Orang Islam Yang Lebih Baik

Menjadi Orang Islam Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 475 hits
Menjadi Orang Islam Yang Lebih Baik Photo by it s me neosiam from Pexels Kebersihan dan Iman
Hari Ini Dalam Sejarah Tragedi Pembunuhan Umat Islam Beramai Ramai Serbia Yang Memilukan

Hari Ini Dalam Sejarah Tragedi Pembunuhan Umat Islam Beramai Ramai Serbia Yang Memilukan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 414 hits
Setiap hari pasti ada peristiwa yang berlaku Kelahiran kematian pembunuhan kehilangan orang tersayang dan peperangan merupakan peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan setiap manusia Tanggal 11 Julai 1995 mungkin merupakan...
Ngo Ngo Wanita Islam Bantah Pelantikan Rania

Ngo Ngo Wanita Islam Bantah Pelantikan Rania

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 322 hits
HARAKAHDAILY MERUJUK kepada Kenyataan Akhbar Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye kami NGO NGO Wanita Islam ingin menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism Malaysi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya