Ngo Ngo Wanita Islam Bantah Pelantikan Rania


HARAKAHDAILY

 

MERUJUK kepada Kenyataan Akhbar Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye, kami NGO-NGO Wanita Islam ingin menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia untuk penggal 2019-2021
 Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the federation” yang jelas menunjukkan identiti Malaysia sebagai negara Islam
 Apabila Islam diletakkan dalam kedudukan yang tinggi dalam perlembagaan, Islam bukan sekadar menjadi agama untuk upacara keraian atau acara rasmi sahaja bahkan Islam adalah agama negara yang hendaklah diambil berat keberadaannya dalam membentuk polisi pentadbiran dan hala tuju negara
 Oleh itu, pelantikan Rania yang merupakan seorang aktivitis transgender tegar memperjuangkan cara hidup LGBT dan songsang serta menyimpang dari ajaran Al-Quran serta Sunnah Rasulullah S.A.W adalah satu tindakan seolah-oleh memberi pengiktirafan kepada cara hidup yang haram ini secara terang-terangan
 Sebagai contoh, di dalam FB beliau, Rania tanpa segan silu dan penuh kebanggaan menyatakan sokongan terhadap cara hidup LGBT seperti perkahwinan sesama jantina (same  sex  marriage).  Kedua, Rania secara konsistem memberi pandangan bahawa transgender adalah satu simptom yang timbul secara semulajadi sejak kelahiran, iaitu transgender mempunyai masalah Gender  Identity  Disorder (GID) yang sering dijadikan alasan oleh golongan transgender tersebut supaya tidak dikenakan tindakan dan hukuman.  Baik di bawah undang-undang Syariah, peruntukan undang-undang yang diguna pakai di Malaysia terhadap golongan ini menerusi Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan juga hukum syarak bersandarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah serta fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berkenaan isu pertukaran jantina ini
 Walaubagaimanapun, merujuk kepada Diagnostic  and  Statistical  Manual  Mental  Disorder, versi DSM III GID diklasifikasikan sebagai psychosexual  disorder, malah homosexual juga turut termasuk dibawah katergori ini. Manakala versi DSM IV, GID telah diklasifikasikan semula sebagai mental disorder yang tersendiri, dan homosexual telah terkeluar dari klasifikasi disorder.  Namun, istilah GID tidak lagi wujud dan dikeluarkan dari senarai mental  disorder di dalam versi DSM V. Sebaliknya istilah Gender Dysphoria diperkenalkan didalam versi DSM V. Dysphoria bukan lagi disorder, perasaan tidak puas hati dan bukan lagi kecelaruan mental.  Oleh itu, sebarang hujah yang mengatakan golongan mak nyah dan transgender ini mengalami kecelaruan mental dan mereka haruslah dikecualikan dari tindakan undang-undang Syariah adalah merupakan hujah yang tidak tepat dan tidak kukuh sama sekali
 Menurut S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam agama Islam perlakuan transgender atau tasyabbuh (penyerupaan) adalah tetap haram bahkan salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie bahawa Allah S.W.T melaknat orang yang melakukannya
 Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW: ال ِّنَساِء ِمَنَواْلُمَتَر ِّجلاَ ِتال ِّرَجاِل، ِمَناْلُمَخ َّنِثیَنوسلمعليهاللهصلىال َّنِب ُّيَلَعَن Maksudnya: "Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki." Ibn al-Athir berkata: Al-Mutarajjilat ialah perempuan yang menyerupai lelaki dari segi pakaian dan keadaannya. Al-Mukhannath pula ialah lelaki yang menyerupai perempuan. [Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, Dar al-Fikr, 2/203] Di sini kami ingin menyebut beberapa Fatwa dan Akta berkaitan LGBT iaitu:•    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 memutuskan bahawa seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syara’.•    Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menjadikan liwat suatu kesalahan yang boleh didenda sehingga RM5,000, dipenjarakan sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan. Seksyen 26 akta sama pula menghukum perempuan yang melakukan musahaqah dengan hukuman sama apabila disabitkan.•    Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menjadikannya suatu kesalahan perbuatan lelaki berlagak atau berpakaian seperti perempuan tujuan yang tidak bermoral.•    Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, bagaimanapun, melarang terus perbuatan ini dilakukan di tempat awam untuk apa sahaja tujuan. Perlis menamakan kesalahan ini sebagai kesalahan pondan dan mengenakan hukuman bukan sahaja terhadap lelaki berlagak perempuan, tetapi juga perempuan yang berlagak seperti lelaki. Sebagai kesimpulan, kami dengan tegas mencadangkan agar pihak kerajaan secara amnya serta KKM secara khususnya lebih prihatin tentang individu yang dilantik sebagai wakil kumpulan sasaran dalam CCM. Sebaik-baiknya wakil yang dilantik perlulah seseorang yang dapat mengimbangi pandangan dari kedua-dua perspektif, iaitu dari sudut pandang golongan transgender yang mengamalkan cara hidup songsang, dari juga dari sudut pandang transgender yang telah berhijrah dan kembali ke pangkal jalan
 Pelantikan Rania adalah berat sebelah kepada sudut pandang golongan pertama, dan ianya tidak adil pada mereka yang ingin berhijrah dan sedang berusaha memperbaiki diri. Ini adalah sangat penting kerana wakil tersebut tentunya pernah mengalami kesan perbuatannya di masa lampau, dan dalam masa yang sama mempunyai pengetahuan mengenai bagaimana golongan tersebut dapat dibantu kembali ke cara hidup yang sihat dan berdasarkan fitrah Illahi. Kriteria lain yang perlu diambil kira untuk melantik wakil dari kalangan kumpulan sasaran adalah: 1. Peka dalam isu yang dihadapi komuniti dari pelbagai sudut pandangan – bukan sahaja satu pandangan sahaja,2. Faham tentang Kebajikan dan Rawatan yang diperlukan oleh komuniti,3. Faham serta mempunyai ilmu tentang kedua-dua hukum Syarie dan Sivil; dan4. Faham serta mempunyai ilmu tentang perundangan yang berkaitan komuniti
 Sekian. Terima kasih Daripada: Gabungan NGO-NGO Wanita Islam1. Association of Muslima for Nurture and Advocacy2. Pertubuhan My Hawa Malaysia (My Hawa)3. Pertubuhan Nur Fitrah (Nur Fitrah)4. Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)5. Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) 6. Pertubuhan Kebajikan Wanita Erat Perak (ERAT)7. Pertubuhan Kebajikan Wanita Kuala Lumpur (PERKAWATI CARE) 8. Persatuan Wanita Berdaya Hulu Selangor (PERWADAH)9. Persatuan Kebajikan Khadijah Malaysia (Khadimah Care) 10.Persatuan Prihatin Pandan Selangor (Prihatin Pandan) 11.Pertubuhan Isteri-Isteri Hulu Langat (PENYERI)12.Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)13.Pertubuhan Nisa’ Malaysia (Nisa’ Malaysia)14.Pertubuhan Kebajikan Warisan Feldawati Malaysia (Feldawati) - HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/ngo-ngo-wanita-islam-bantah-pelantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Terkejut Pelantikan Transgender Rania Zara Medina

Pm Terkejut Pelantikan Transgender Rania Zara Medina

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 485 hits
Gambar HiasanKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut apabila dimaklumkan Kementerian Kesihatan melantik seorang lelaki dengan penampilan wanita Rania Zara Medina sebagai ahli jawatankuasa pertubuhan Country Coordinatin...
Wanita Bantah Lantik Bapok K Jaan Ph Celaru Fatwa Mufti

Wanita Bantah Lantik Bapok K Jaan Ph Celaru Fatwa Mufti

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 420 hits
NGO NGO Wanita Islam bantah pelantikan RaniaMERUJUK kepada Kenyataan Akhbar Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye kami NGO NGO Wanita Islam ingin menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country...
52 Ngo Pulau Pinang Hantar Memorandum Bantah Projek Tambakan Laut Kepada Pm

52 Ngo Pulau Pinang Hantar Memorandum Bantah Projek Tambakan Laut Kepada Pm

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 328 hits
Persatuan Melayu Pulau Pinang Ikatan Kelab Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang dan 49 Persatuan serta NGO Melayu Negeri Pulau Pinang membantah projek tambakan laut di Selatan Negeri Pulau Pinang Se...
Sukan Sebagai Ibadah Patuh Syariah Wajib Ikut K Tan T Ganu Dan Bangun Bersama Islam

Sukan Sebagai Ibadah Patuh Syariah Wajib Ikut K Tan T Ganu Dan Bangun Bersama Islam

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 368 hits
KOTA BHARU Majlis Sukan Negeri Kelantan akan mempromosi sukan sebagai ibadah pada Karnival Sukan Kelantan 2019 1 Ogos hadapan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata sukan patuh syariah itu meliputi pem...
Saudi Serukan Umat Islam Hindari Politisasi Dalam Ibadah Haji

Saudi Serukan Umat Islam Hindari Politisasi Dalam Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 333 hits
Pernyataan Saudi ini muncul setelah pekan lalu Pemimpin Spiritual Tertinggi Iran Ayatullah Ali Khamenei menulis di akun Twitternya menyinggung soal politik dalam berhaji
Bukan Budaya Kita Dan Adab Islam Yana Ajar Anak Jangan Cium Mulut Itu Bukan Adab Islam

Bukan Budaya Kita Dan Adab Islam Yana Ajar Anak Jangan Cium Mulut Itu Bukan Adab Islam

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 406 hits
Masalah seksual dalam kalangan kanak kanak kini telah menjadi barah di dalam masyarakat kita Perkara ini berikutan kerana kanak kanak terdedah dengan unsur unsur berkenaan tidak kiralah di rumah dan juga di dalam komuniti masyarakat kita Ra...
Syiah Bebas Diamal Jika Hormati Fahaman Islam Majoriti Rakyat Kata Pm

Syiah Bebas Diamal Jika Hormati Fahaman Islam Majoriti Rakyat Kata Pm

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 254 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir MohamadKUALA LUMPUR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata mana mana pihak bebas mengamalkan fahaman Islam lain selagi menghormati fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di M...
Hari Ini Dalam Sejarah Tragedi Pembunuhan Umat Islam Beramai Ramai Serbia Yang Memilukan

Hari Ini Dalam Sejarah Tragedi Pembunuhan Umat Islam Beramai Ramai Serbia Yang Memilukan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 414 hits
Setiap hari pasti ada peristiwa yang berlaku Kelahiran kematian pembunuhan kehilangan orang tersayang dan peperangan merupakan peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan setiap manusia Tanggal 11 Julai 1995 mungkin merupakan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord