Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan



Jodoh merupakan salah satu perkara yang telah ditentukan Allah sejak dari mula. Setiap daripada kita pasti akan dikurniakan pasangan masing-masing sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan
Credit Pic : SUMBER

Seringkali kita mendengar ucapan :

“Ajal maut, rezeki dan jodoh itu merupakan rahsia Allah S.W.T”

Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan
Dari situ, kita yakin bahawa jodoh kita pasti ada cuma masanya saja yang belum tiba. Setiap manusia mempunyai watak yang berbeza-beza. Begitu juga pasangannya.

Bertunang sebenarnya salah satu kaedah untuk mengenali pasangan dengan lebih teliti. Ia merupakan fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Dalam kemanisan bertunang, kita berisiko untuk melakukan perkara diluar jangkaan. Misalnya seperti bergaduh, syak wasangka buruk, cemburu buta dan yang lebih buruk ada sehingga ke tahap berzina.

Kadang kala apabila merasakan hubungan tidak lagi sehaluan, Akhirnya masing-masing mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan.

Oleh sebab itu, dinasihatkan kepada pasangan yang sudah bertunang agar tempoh pertunangan hendaklah disingkatkan. bertunang merupakan jalan terdekat kepada perkahwinan. Di mana, seorang lelaki dan seorang perempuan sudah bertekad dan bersedia untuk membina keluarga sendiri.

Namun, ramai yang kecundang serta tidak mampu untuk meneruskan perjalanan panjang tersebut. Dalam islam, bertunang bukanlah asbab yang membolehkan sesuatu hubungan yang haram menjadi halal.

7 tips bagi pasangan bertunang mengekalkan hubungan mereka hingga ke alam perkahwinan: 

1. Menjaga Batas Pergaulan

Walaupun sudah bertunang, masih ada batasan antara kita dan pasangan. Masing-masing perlu faham tentang agama, adab dan akhlak dalam pergaulan. Tidak semestinya sudah bertunang maka segalanya boleh dilakukan.

Pasangan bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan, kecuali jika ada bersama mereka mahram. Tidak boleh berpegangan tangan dan tidak boleh menayangkan aurat kepada pasangan.

Dalam proses bertunang, seharusnya kita dan pasangan perlu sehabis daya mengelakkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat hatta berbalas pesanan ringkas sekalipun. Setiap batasan agama perlu dijaga, agar kita dan pasangan tidak terjebak dengan fitnah atau berzina yang boleh membinasakan.


2. Mengeratkan Hubungan Dengan Keluarga Pasangan

Kadangkala kita dan pasangan terlupa dek kerana terlalu sibuk bekerja dan sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Ya! terlupa tentang keluarga pasangan.

Barangkali kita pernah dengar tentang ayat ini :

“Apabila seseorang itu berkahwin, dia bukan sahaja mengahwini pasangannya malah mengahwini seluruh isi keluarganya.”

Oleh sebab itu, ketika bertunang, seharusnya kita mengambil peluang untuk mengenali keluarga pasangan dengan lebih dekat dan cuba mengeratkan hubungan silaturahim dengan mereka sebelum mendirikan rumahtangga.

Sama ada menelefon bertanya khabar ibu bapanya ataupun pergi sendiri menziarahi mereka dengan membawa buah tangan. Sekurang-kurangnya nanti apabila sudah berkahwin, tidaklah berasa janggal atau kekok dengan keluarga mertua.


3. Berbincang Ketika Berselisih Faham

Apabila kita dan pasangan berjauhan, maka muncul lah bisikan syaitan untuk memporak-perandakan hubungan. Ketika inilah saat paling getir dalam proses pertunangan.

Kadangkala timbul khabar angin yang memperkatakan perihal buruk pasangan. Baik dari percakapan langsung mahupun dari media sosial. Lantas, fikiran menjadi celaru dan buntu dalam membuat keputusan. Malah, mungkin juga terlintas dibenak fikiran;

“Apakah aku tersalah memilih pasangan?”

Seeloknya, bertemu mukalah dengan pasangan sambil ditemani mahram. Berbincang dengan cara baik dan sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian. Boleh juga meminta nasihat dan pandangan dari keluarga kedua belah pihak.

Bersikap rasional, banyakkan bertenang. Jangan bermain dengan emosi kerana ia boleh mewujudkan perasaan gelisah dalam hati dan terburu-buru dalam membuat keputusan.


4. Mengamalkan Sikap Bertolak Ansur

Setelah mengikat tali pertunangan, sesetengah orang sukar untuk bersabar dan bertolak ansur dengan pasangan. Jangan begitu. Rintangan dan cabaran dalam pertunangan tidaklah sehebat cabaran dalam perkahwinan.

Masing-masing perlu bijak menangani masalah dan menunjukkan sikap bertolak ansur dengan pasangan. Jika pasangan tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, maka dengarlah pula pendapatnya.

Walaupun kita berasa keputusan kita sudah tepat namun jangan pula berasa pandangan pasangan langsung tidak penting.


5. Memahami Situasi Pasangan

Banyak kes pasangan bertunang memutuskan ikatan pertunangan dengan sebab dan alasan tidak lagi sehaluan. Jika diamati, kebanyakan dari mereka adalah pasangan yang sudah pun mengenali antara satu sama lain mungkin sudah bertahun lamanya.

Sebenarnya, bukan tidak sehaluan tetapi kita yang tidak mampu untuk memahami situasi pasangan. Mana tidaknya, pasangan bekerja siang dan malam hanya untuk mengumpul wang hantaran tidak termasuk lagi yang lain-lain.

Tetapi kita pula menyangka pasangan tidak ada masa untuk kita. Kadangkala, kita marah atau cemburu tak tentu pasal apabila melihat pasangan kita berjalan dengan kenalannya ataupun rakan sekerjanya.

Kita selalu berfikiran negatif terhadap pasangan kita sedangkan pasangan kita langsung tidak seperti yang kita bayangkan. Cubalah untuk memahami situasi pasangan. Bertanyalah dahulu sebelum membuat sebarang andaian yang merugikan.


6. Menerima Kelebihan Dan Kekurangan

Setelah bertunang, kita hanya memerlukan masa beberapa bulan atau setahun saja lagi untuk mengenali pasangan. Kadangkala, kita belum masak dengan perangainya atau belum melihat sifat tersembunyinya.

Namun, perlu kita setkan dalam hati kita bahawa setiap manusia pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Ketika bercinta, komitmennya berbeza dan pasti berubah setelah berumahtangga.

Percayalah, apabila kita sentiasa bersyukur dan menerima pasangan apa adanya, pasti Allah tambahkan lagi nikmat yang tak disangka-sangka. Kata ustaz Hasrizal abd jamil dalam salah satu bukunya yang berjudul, Aku Terima Nikahnya;

“Dalam soal berumah tangga jangan terlalu memilih dan hanya mencari yang sempurna. Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredai.”


7. Perancangan Selepas Berkahwin

Sebelum menginjak ke alam rumahtangga, pastikan kita dan pasangan terlebih dahulu berbincang tentang perancangan setelah berkahwin. Misalnya, tentang tempat tinggal.

Setelah berkahwin, kebanyakannya si isteri perlu mengikut suaminya sama ada berpindah ke rumah mertua ataupun berpindah ke rumah sendiri.

Kalau perkara sebegini tidak dibincangkan terlebih dahulu, takut nanti apabila sudah berkahwin, perkara ini menjadi asbab kepada pergaduhan atau lebih teruk lagi jika ada campur tangan mertua.

Walaupun kelihatan biasa, namun jangan memandang remeh. Perincikan setiap perkara atau buat keputusan dan persetujuan awal kedua belah pihak ketika dalam fasa pertunangan lagi. Jadi, mudahlah bagi kita dan pasangan untuk membayangkan masa depan setelah berumahtangga nanti.

Hakikat pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Dalam usia pertunangan, kita dan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai perkara baru dan sentiasa mencuba untuk menyesuaikan diri menghadapi episod rumahtangga yang akan datang.

Kekuatan iman juga bakal teruji ketika di alam pertunangan. Sama ada kita mampu untuk menghadapinya atau kita mengalah sebelum berjuang, jawapannya bergantung kepada diri kita sendiri.

Benarlah, berkahwin itu bukanlah satu penamat bahkan merupakan satu permulaan !! 


SUMBER

Baca Juga : Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau memilih?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dakcaii.blogspot.com/2019/07/tips-buat-pasangan-bertunang-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartakan Bersatu Ini Hak Milik Kekal Seumur Hidup Hingga Kiamat Kepada Mahathir Mukhriz Muhyiddin

Wartakan Bersatu Ini Hak Milik Kekal Seumur Hidup Hingga Kiamat Kepada Mahathir Mukhriz Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 329 hits
Itu pun satu cadangan yang BAIK Dan ini pun satu cadangan yang bermutu Perhimpunan agung juga perlu diwartakan SEBAGAI majlis ANGGUK Dan yes man Pinda Dan tambahan Diwariskan kepada anak menantu cucu Sekian terima kasih
Hari Ini Saya Sangat Bahagia Joy Revfa Bakal Bertunang Dengan Fahmy Reza

Hari Ini Saya Sangat Bahagia Joy Revfa Bakal Bertunang Dengan Fahmy Reza

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 854 hits
Bekas isteri penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa mendakwa dirinya berada dalam fasa bahagia pada masa ini dan mereka masih di dalam proses mengenal hati budi Hari ini saya sangat bahagia Dari segi persediaan tak ada lah sang...
Perkahwinan Dua Alam Sejauh Manakah Perkahwinan Dengan Jin Sah Disisi Islam Mufti Beri Penjelasan

Perkahwinan Dua Alam Sejauh Manakah Perkahwinan Dengan Jin Sah Disisi Islam Mufti Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 410 hits
Mesti ada yang pernah mendengar kisah pernikahan antara manusia dan jin Kebiasaannya orang Melayu menyebut sebagai bunian Nampak seperti tidak masuk akal bagaimana perkahwinan antara dua alam ini boleh terjadi tetapi tidak mustahil kerana i...
7 Tips Untuk Kekal Fokus

7 Tips Untuk Kekal Fokus

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 243 hits
7 TIPS FOKUS 1 LIHAT KEKUATAN DIRI Bila nak buat sesuatu kerja pastikan perkara tu kena dengan jiwa Jangan try hard untuk buat sesuatu yang bukan dalam kepakaran atau minat kau Setiap orang ada kekuatan tersendiri Jangan tengok orang lain b...
Umur Belia Johor Kekal 15 Hingga 40 Tahun Dr Sahruddin

Umur Belia Johor Kekal 15 Hingga 40 Tahun Dr Sahruddin

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 693 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri Johor mengambil keputusan mengekalkan had umur belia di negeri antara 15 tahun hingga 40 tahun bagi memastikan pelan perancangan yang telah dirangka khususnya melibatkan belia tidak terbantut Menteri Besar Johor ...
Cerita Mantan Karyawan Swasta Bangun Waralaba Kuliner Hingga Punya Cabang Di 26 Kota

Cerita Mantan Karyawan Swasta Bangun Waralaba Kuliner Hingga Punya Cabang Di 26 Kota

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 167 hits
Membangun dan memiliki usaha sendiri bisa jadi merupakan cita cita banyak orang Termasuk bagi Agung Prasetyo Utomo pendiri dan pemilik sebuah brand waralaba kuliner lokal bernama Ayam Geprek Juara
Penerapan E Tilang Dinilai Bisa Turunkan Jumlah Pelanggar Lalu Lintas Hingga 40

Penerapan E Tilang Dinilai Bisa Turunkan Jumlah Pelanggar Lalu Lintas Hingga 40

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 159 hits
Dalam waktu dekat Direktorat Lalu Lintas Polda Metro Jaya berencana menambah 81 unit kamera tilang elektronik pada September 2019 mendatang
Domino S Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50

Domino S Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 290 hits
Domino s Perkenalkan Kad Ekspres TerbaruPemegang Kad Jimat Hingga 50 Shah Alam 5 Julai 2019 Berpegang teguh kepada slogan It s All About You Domino s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan Exclusiv...
Drama Pelarian Bandar Sabu Jaringan Internasional Pukul Polisi Hingga Tertabrak Truk

Drama Pelarian Bandar Sabu Jaringan Internasional Pukul Polisi Hingga Tertabrak Truk

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 227 hits
Pieter Kristiono bandar sabu 10 kg jaringan international yang dibekuk polisi rupanya sempat berusaha melarikan diri saat digiring ke Mapolda Jatim Untuk mengelabuhi petugas ia pun berpura pura hendak kencing saat berada di rest area tol SP...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord