Perkahwinan Anak Azmin Terlalu Mewah Wang Dari Mana Sr



SARAWAK REPORT PERSOALKAN PERKAHWINAN ANAK AZMIN YANG TERLALU MEWAH, TANYA WANG DARI MANA?


Apabila seseorang tu dah memutuskan untuk terjun ke dalam dunia politik, dia hilang beberapa benda. Salah satu benda yang perlu dia lepaskan adalah – hal privasi (kebersendirian). Kalau kita orang awam; orang tak nak tahu pun berapa yang ada dalam akaun bank kita (sebab memang sikit pun, HAHA), anak kita kahwin dengan siapa etc. Sebab ia tak beri kesan pun pada orang lain.Berbeza dengan ahli politik, lebih-lebih lagi kalau dah jadi menteri. Orang akan sentiasa memerhatikan geng-geng ni. Sebab apa yang diorang lakukan boleh beri kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat. Baru-baru ni ada seorang menteri rasa ‘kehangatan’ jadi seorang menteri…Dahulu kita anti benar dengan perkahwinan mewah keluar ahli politik, sekarang dah boleh eh?Tun Mahathir sering mempersoalkan acara perkahwinan yang mewah. Dahulu ia sering dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Pada tahun 2015, Tun Mahathir pernah tanya – daripada mana duit untuk perkahwinan mewah tu datang?Satu masalah yang kita hadapi hari ni; ahli politik tak nyatakan dan jelaskan aset secara terperinci dalam pengumuman harta diorang. Keadaan ni buatkan ramai ragu dengan kredibiliti ahli politik yang buat apa-apa acara mewah untuk ahli keluarga diorang.Satu majlis perkahwinan anak seorang menteri secara tiga hari berturut-turut kat hotel lima bintang Mandarin Oriental, telah mula tersebar dalam bentuk gambar dan video kat media sosial. Ahli politik kena ingat, media sosial ni memang tempat untuk rakyat persoalkan tindakan ahli politik, lebih-lebih lagi kalau melibatkan wang.Ia adalah perkahwinan ahli keluarga Azmin Ali yang kedua dalam masa kurang dari setahun dan menyebabkan orang mula bercakap tentangnya. Dia jugak tak sebut hartanya secara spesifik dalam deklarasi harta dan ramai yang tahu dia datang daripada keluarga yang sederhana.Bukan setakat kos perkahwinan mewah, perbelanjaan melancong pun cecah RM300K…Azmin juga tengah hadap kes mahkamah yang libatkan RM300,000 bil perjalanan peribadi dan keluarga yang tak dibayar. Kes saman ni pun sebenarnya beri gambaran – betapa besarnya kos keluarganya ketika melancong di luar negara. Kena ingat, dalam perisytiharan harta Azmin; dia berpendapatan RM69,186.48 sebulan. Dia kena gabungkan lebih kurang 5 bulan gajinya untuk bayar hutang tu.


Kes saman Azmin. Via Mahkamah
Boleh jadi jugak perkahwinan anak Azmin ni dapat tajaan atau dibayar oleh dermawan, tapi apabila seseorang tu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang bertanggungjawab terhadap keputusan kewangan awam dan tender berbilion ringgit, tajaan seperti ni harus diteliti. Sekurang-kurangnya, sumber wang untuk perbelanjaan majlis kahwin yang mewah ni patut diisytiharkan. Walaupun Azmin setuju untuk bayar beberapa bil yang dia berhutang, Azmin Ali dah umumkan kepada media yang dia berhasrat untuk ‘saman balas’ YHA Travel atas sebab maklumat tentang kegagalannya untuk bayar invois telah dibocorkan ke Sarawak Report. Padahal bahan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tu boleh dimuat turun dari portal web Mahkamah Tinggi KL.Dakwaan keterlibatan Sarawak Report dalam menyebabkan video dan gambar perkahwinan anaknya tersebar kurang tepat, dia menteri kot – sudah tentu benda-benda macam ni rakyat akan ambik kisah dan cari maklumat.Oleh sebab berlakunya ‘kebocoran maklumat’ yang dikaitkan dengan peredaran video perkahwinan tu, Azmin dah nyatakan keengganannya untuk bayar adalah disebabkan kemarahan atas penglibatan seorang ahli agensi pelancongan dalam peredaran video tu.Tuduhan ni nampaknya palsu, sebab ada orang yang dah mengaku bertanggungjawab dalam menyebarkan video tu. Orang tu sebarkan video atas kapasiti peribadi. Tuntutan-tuntutan dalam ‘saman balas’ ni tunjukkan sebab sebenar di sebalik keengganan Azmin membayar YHA Travel.Yang menariknya, dari video yang kini beredar di media sosial, para tetamu yang menyaksikan masa tu ramai orang penting. Orang-orang ni termasuklah anggota keluarga Tun Mahathir, beberapa menteri, ahli UMNO yang terlibat dengan perjumapaan Azmin baru-baru ni dan Ketua Polis Malaysia, orang yang sedang melakukan siasatan ke atas kesahihan ‘pita seks Sandakan’.Malaysia Baharu tak boleh setakat slogan, tapi ia perlu direalisasikan melalui perbuatanKalau tengok perkahwinan yang mewah ni, ia takde beza pun dengan perkahwinan-perkahwinan mewah yang wujud dalam kerajaan sebelum ni. Penting untuk orang-orang dalam Pakatan Harapan sedar; ungkapan Malaysia Baharu bukan hanya pada bibir je, tapi juga perbuatan. Lebih membimbangkan apabila ramai VIP hadir dalam majlis kahwin ni.Secara logik – mesti susah nak dakwa orang kalau kita ada hubungan baik dengan dia. Benda ni akan jadi cakap-cakap orang, dan menguris imej dan kredibiliti kerajaan.Artikel ni diterjemahkan dan disunting daripada artikel yang bertajuk BN Style ‘Wealth Weddings’ Ought Surely To Be Going Out Of Fashion? Terbitan Sarawak Report.


Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/perkahwinan-anak-azmin-terlalu-mewah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Mai Duit Untuk Perkahwinan Mewah Tu Azmin

Mana Mai Duit Untuk Perkahwinan Mewah Tu Azmin

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 664 hits
Apabila seseorang itu telah memutuskan untuk terjun ke dalam dunia politik dia pasti hilang beberapa benda Salah satu benda yang perlu dia lepaskan adalah hal privasi Kalau kita orang awam orang tak nak tahu pun berapa yang ada dalam akaun ...
Elaun Kritikal Dimansuhkan Mana Syed Saddiq Pejuang Anak Muda

Elaun Kritikal Dimansuhkan Mana Syed Saddiq Pejuang Anak Muda

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 522 hits
Penjawat awam yang menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal sedia ada tidak akan terjejas dengan pemansuhan elaun itu kerana perlaksanaannya hanya melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020 Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pe...
Mewah Ini 5 Potret Kamar Anak Momo Geisha Sheena Gabriella

Mewah Ini 5 Potret Kamar Anak Momo Geisha Sheena Gabriella

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 430 hits
Tinggal di sebuah hunian mewah bersama keluarganya kamar anak Momo Geisha yakni Sheena Gabriella sukses mencuri perhatian
9 Potret Kamar Mewah Anak Nia Ramadhani Koleksi Mainannya Bikin Melongo

9 Potret Kamar Mewah Anak Nia Ramadhani Koleksi Mainannya Bikin Melongo

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 327 hits
Memiliki rumah mewah di Kawasan Menteng setiap sudut ruangan rumah Nia Ramadhani selalu sukses mencuri perhatian Termasuk kamar mewah anak anaknya
15 Potret Rumah Mewah Anak Gen Halilintar Perempuan Ada Sauna Hingga Tempat Karaoke

15 Potret Rumah Mewah Anak Gen Halilintar Perempuan Ada Sauna Hingga Tempat Karaoke

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 1629 hits
Setelah sebelumnya menunjukan kan rumah anak Gen Halilintar laki laki kini giliran rumah anak Gen Halilintar perempuan Rumah anak laki laki dan perempuan di keluarga Gen Halilintar berada di dua rumah yang berbeda
Ke Mana Hala Tuju Dan Masa Depan Politik Azmin Ali

Ke Mana Hala Tuju Dan Masa Depan Politik Azmin Ali

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 400 hits
OLEH aBDUL rAUFAzmin Ali satu nama baru dlm kubang politik tanah air Nama beliau muncul selepas nama Ezam Md Nor Mustaffa Kamil Ayub Nurul Izzah Anwar berada dalam dokongan politik parti Keadilan yg asasnya adalah dari penderitaan seorang i...
Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula

Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 355 hits
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan Tetapi tidak semua ibu mempunyai keupayaan untuk men...
Banjir Parah Di Mana Mana Sampai Mobil Mewah Bmw Saja Hanyut

Banjir Parah Di Mana Mana Sampai Mobil Mewah Bmw Saja Hanyut

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 319 hits
Musim hujan dengan intensitas tinggi membuat banyak wilayah di Indonesia dilanda bencana banjir
5 Pertimbangan Sekolah Negeri Dan Swasta Untuk Anak Mana Nih Yang Paling Oke Sebenarnya

5 Pertimbangan Sekolah Negeri Dan Swasta Untuk Anak Mana Nih Yang Paling Oke Sebenarnya

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 320 hits
Hati hati mengambil keputusan Salah langkah masa depan anak dan finansial keluargamu yang jadi taruhan
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida