Mana Mai Duit Untuk Perkahwinan Mewah Tu Azmin


Apabila seseorang itu telah memutuskan untuk terjun ke dalam dunia politik, dia pasti hilang beberapa benda. Salah satu benda yang perlu dia lepaskan adalah – hal privasi (peribadi).

Kalau kita orang awam; orang tak nak tahu pun berapa yang ada dalam akaun bank kita (sebab memang sikit pun, HAHA), anak kita kahwin dengan siapa dan lain-lain. Sebab ia tak beri kesan pun pada orang lain.

Berbeza dengan ahli politik, lebih-lebih lagi kalau dah jadi menteri. Orang akan sentiasa memerhatikan geng-geng ni.

Sebab apa yang dia orang lakukan boleh beri kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat. Baru-baru ni ada seorang menteri terasa ‘kehangatan’ menjadi seorang menteri…

Dahulu kita anti benar dengan perkahwinan mewah keluarga ahli politik, sekarang dah boleh eh?

Dahulu, Dr Mahathir sering mempersoalkan acara perkahwinan yang mewah. Dahulu ia sering dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, NajibRazak. Pada tahun 2015, Dr Mahathir pernah bertanya – daripada mana duit untuk perkahwinan mewah tu datang?


Satu masalah yang kita hadapi hari ni; ahli politik tak nyatakan dan jelaskan aset secara terperinci dalam pengumuman harta diorang. Keadaan ni membuatkan rakyat ragu dengan kredibiliti ahli politik yang buat apa-apa acara mewah untuk ahli keluarga mereka.

Satu majlis perkahwinan anak seorang menteri secara tiga hari berturut-turut dilangsungkan di hotel lima bintang Mandarin Oriental, telah mula tersebar dalam bentuk gambar dan video di media sosial.

Ahli politik kena ingat, media sosial ni memang tempat untuk rakyat mempersoalkan tindakan ahli politik, lebih-lebih lagi kalau melibatkan wang.

Ia adalah perkahwinan ahli keluarga Azmin Ali yang kedua dalam masa kurang dari setahun dan menyebabkan orang mula bercakap tentangnya.

Dia jugak tak sebut hartanya secara spesifik dalam deklarasi harta dan ramai yang tahu dia datang daripada keluarga yang sederhana.

Bukan setakat kos perkahwinan mewah, perbelanjaan melancong pun melebihi RM300 ribu!

Azmin juga sedang menghadapi kes mahkamah yang melibatkan RM300,000 bil perjalanan peribadi dan keluarga yang tak dibayar.



Kes saman ni pun sebenarnya beri gambaran – betapa besarnya kos keluarganya ketika melancong di luar negara.
Kena ingat, dalam perisytiharan harta Azmin; dia berpendapatan hanya RM69,186.48 sebulan.

Dia kena gabungkan lebih kurang 5 bulan gajinya untuk bayar hutang tu. Dan tak boleh berbelanja melebihi RM10 ribu sebulan selama lima bulan jika benar-benar mahu ‘melangsaikan’ hutang-piutang yang makin membengkak.

Boleh jadi jugak perkahwinan anak Azmin ni mendapat tajaan atau dibayar oleh dermawan, tapi apabila seseorang tu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang bertanggungjawab terhadap keputusan kewangan awam dan tender berbilion ringgit, tajaan seperti ni harus diteliti.

Sekurang-kurangnya, sumber wang untuk perbelanjaan majlis kahwin yang mewah ini patut diisytiharkan jika merasa bertanggungjawab kepada rakyat.


Walaupun Azmin setuju untuk membayar beberapa bil yang dia berhutang, Azmin Ali dah umumkan kepada media yang dia berhasrat untuk ‘saman balas’ YHA Travel atas sebab maklumat tentang kegagalannya untuk bayar invois telah dibocorkan ke Sarawak Report.

Padahal bahan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tu boleh dimuat turun dari portal web Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Anehnya, mengapa tak saman saja pihak mahkamah yang mengeluarkan saman tersebut konon atas faktor malu?

Dakwaan keterlibatan Sarawak Report dalam menyebabkan video dan gambar perkahwinan anaknya tersebar kurang tepat, dia menteri kot – sudah tentu benda-benda macam ni rakyat akan ambik kisah dan cari maklumat.

Oleh sebab berlakunya ‘kebocoran maklumat’ yang dikaitkan dengan peredaran video perkahwinan tu, Azmin dah nyatakan keengganannya untuk membayar adalah disebabkan kemarahan atas penglibatan seorang ahli agensi pelancongan dalam peredaran video tu.

Tuduhan ni nampaknya palsu, sebab ada orang yang dah mengaku bertanggungjawab dalam menyebarkan video tu. Orang tu sebarkan video atas kapasiti peribadi. Tuntutan-tuntutan dalam ‘saman balas’ ni tunjukkan sebab sebenar di sebalik keengganan Azmin membayar YHA Travel.

Yang menariknya, dari video yang kini beredar di media sosial, para tetamu yang menyaksikan masa tu ramai orang penting. Orang-orang ni termasuklah anggota keluarga Dr Mahathir sendiri, beberapa menteri, ahli Umno yang terlibat dengan perjumapaan Azmin baru-baru ni dan Ketua Polis Malaysia, orang yang sedang melakukan siasatan ke atas kesahihan ‘pita seks Sandakan’.

Kalau tengok perkahwinan yang mewah ni, ia takde beza pun dengan perkahwinan-perkahwinan mewah yang wujud dalam kerajaan sebelum ni.

Penting untuk orang-orang dalam Pakatan Harapan sedar; ungkapan Malaysia Baharu bukan hanya pada bibir je, tapi juga perbuatan. Lebih membimbangkan apabila ramai VIP hadir dalam majlis kahwin ni.

Secara logik – mesti susah nak dakwa orang kalau kita ada hubungan baik dengan dia. Benda ni akan jadi cakap-cakap orang, dan mengguris imej dan kredibiliti kerajaan. (Artikel di atas diterjemahkan dan disunting daripada artikel yang bertajuk BN Style ‘Wealth Weddings’ Ought Surely To Be Going Out Of Fashion? terbitan Sarawak Report.)


Elaun kritikal...gomen PH dalam kritikal...
Isu elaun BIPK ditarik balik ni satu benda yang dekat dengan hati orang ramai. Terutama penjawat awam. Mereka ada keluarga seperti kita semua. 

Dua benda sering diingatkan jangan sentuh dunia kesihatan dan tak boleh sentuh geng pendidikan. Ia memang memberi penyakit kepada kita semua. 2 sektor ini merupakan bahagian terpenting dalam memajukan negara.

BIPK bermaksud Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. Ia adalah 1 elaun yang mana diperkenalkan pada tahun 1992 untuk jawatan-jawatan yang mana tak ramai orang nak masuk isi jawatan tu. Seolahnya jawatan yang SUSAH untuk diisi.



Pada tahun tersebut memang tak ramai orang kita nak pergi ke arah tersebut. Memula saya sendiri sendiri ingat BIPK ni jawatan yang kerja nya susah, kerja lebih masa. Selalu oncall macam doktor, nurse. Rupanya bukan tu saja kriterianya.

Yelah, diperkenalkan tahun 1992.

Masa tu mana ramai graduan doktor, engineer ni semua. Jadi kerajaan masa tu perkenalkanlah bayaran insentif ni.

Oleh kerana ia bukan elaun tetap maka setiap beberapa tahun dikaji sehingga lah tahun terkini, 2019. Sekarang penjawatan kurang, tapi ramai graduan menunggu. Tu yang HO sampai setahun dua lepas grad pun tak dapat kerja lagi. Bukan sebab doktor lebih tapi penjawatan tak cukup. Yelah nak wujud kan penjawatan ni bukan senang dalam gomen ni.

Korang boleh check semua tu kat gambar bawah.




Alhamdulillah. Selesai masalah.


Saya baru lepas berbincang dengan YAB PM berkenaan isu “Allowance Critical”.‬
‪Alhamdulillah. YAB PM bersetuju untuk tangguhkan pekeliling baru berkenaan allowance critical & untuk membincangkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet yang akan datang.‬ - Syed Saddiq

Ok habis bab BIPK...

Lets go to next issue, siapa yang cadang, siapa yang ada dalam meeting dan sebagainya. 
Actually jumlah penjawat awam ni sebenarnya dah tak sustain dah untuk 10 tahun akan datang. Maka, sebab tu kita dah kurangkan political appointee sampai ramai². Malah penjawatan baru pun kita kurangkan bukan bermakna buang orang tapi penjawatan dikurangkan.

Maka, ada satu jawatankuasa kabinet untuk kaji semua benda ni lah. Macam biasa dipengerusikan oleh PM sendiri. Siapa yang cadang syor syor ini? Siapa lagi kalau bukan KSN dan bekas KPPA si Borhan tu. Alaaa, yang cadang untuk hapuskan Pencen dulu. Ingat tak?


Dalam meeting tu dua orang yang bantah beberapa syor termasuk penamatan syor BIPK ni. Iaitu PM dan Lim Guan Eng.

Kata Tun "Jangan lah tarik apa apa, nanti orang marah". Memandangkan minit mesyuarat tu sulit tak boleh lah nak tunjuk.

Lepas tu masuk dalam kabinet pada Julai lepas dan memang betul paper tu masuk tapi tak dibincangkan sebab paper tu masuk last minit! Sebab tu semua Menteri tak tahu menahu. Baik Menteri Kesihatan, Menteri Belia dan Sukan. Ini taktik untuk tak nak bagi baca tapi formaliti masuk kabinet. Kelakarnya dalam paper tu tulis akan dimuktamadkan Disember 2020. Eh ni baru 2019!

Alasan kenapa nak hapuskan elaun BIPK tu oleh KSN dan bekas KPPA?

"Sebab LGE selalu kata kerajaan tak dak duit, dan kena buat penjimatan". Banyak lagi cara nak buat nak jimat lah. Buat paperless ke, kurangkan bajet stationery sampai juta juta tu ke? Atau pun buat dasar penjimatan elektrik, atau potong gaji pegawai tinggi kerajaan. Yelah gaji KSN lagi tinggi dari gaji PM kan? Turus semua tu? Elok potong je.

Happy...elaun tak dipotong...
Okay habis bab tu. Apa cara sekarang ni?

Pertama, kerajaan kena bagi elaun tak cukup tidur, elaun khas kerana beban kerja atau apa sahaja nama yang sesuai untuk elak confusing (kritikal) bagi jawatan jawatan seperti engineer, doktor selepas dah nak hapus BIPK ni selain daripada elaun elaun khas yang mereka dapat seperti elaun kerja fleksi, insentif kerja mengikut kesukaran dan sebagainya.

Kedua, naikkan gaji basic doktors atau jawatan jawatan lain yang berkenaan. Yelah kalau doktor engineer ni semua dah masuk swasta. Siapa nak gaji doktor gomen yang kurang 4k sebulan?

Walaupun pemansuhan BIPK ni memang bukan untuk penjawat sedia ada, tapi untuk bakal penjawat awam akan datang ia tetap memberi kesan pada masa akan datang. Kalau ikut underpaid, overwork, kita semua underpaid. Itu kata Bank Negara tapi kita faham tugas mereka yang mencabar dan kita harap semua ini dikaji balik. Jadi, kita kena berharap juga supaya dah kecoh begini, ada yang akan baiki semula. Seperti kata Tun, “jangan kasi orang marah.” - Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin


The year of living dangerously...
2019 was a tricky year for PH. After winning the election the previous year, the pressure was on full steam for the new government to meet the high expectations of the electorate. Perhaps a resounding success was never realistic, but when you belt out a tune that is so different from what’s written on the song sheet, then there's no choice but to face the music.

In quick succession, PH wavered on repatriation of 1MDB’s stolen cash, dithered on punishing the criminals responsible, withered in each of the parliamentary by-elections, and most importantly, haven’t delivered on economic fulfilment of the Rakyat.

The list goes on, but suffice it to say the missed opportunities have weakened the coalition’s stability, stunted foreign investment, encouraged the opposition, and discounted the government’s credibility.

This is a dangerous cocktail as we head to the mid-way point of PH’s maiden term. The same concurrence of outliers that converged to sink BN in GE14 could potentially do the same for PH in GE15.

Still, before you cork the bubbly and smother the sparklers, there is still reason to hope in 2020, which has now become a make or break year for PH -- and for Bersatu and PKR in particular.



After fumbling through much of last year, it is imperative the administration take decisive action in the coming year in order to give itself enough runway to showcase definitive results ahead of the general election in 2023.

This includes clarity on many of the big debates that fill the digital newsprint and social media, namely, those of leadership succession, economic vision, digital transformation, recouping stolen funds from the 1MDB conspirators, and hunting down, prosecuting and jailing the criminals involved.

This means direction from the top on prioritising objectives, and discipline amongst the ranks in achieving them. This isn’t the time to get sidetracked on pie-in-the-sky schemes around flying cars; rather, it means grass roots common sense policy around curbing inflation, increasing knowledge workers, enhancing food security, and most importantly setting a generational course for transforming Malaysia from a low-cost manufacturing economy to a high wages innovation one.

Indeed, this was the very objective laid out for the country in the 1990’s by the then (and now) Prime Minister in his Vision 2020 program. Let us use the year 2020 to set us on the path towards this destination, even if takes us a generation to achieve it.

We played with fire to get the chance to build a new Malaysia, and achieved what many thought was impossible. No doubt there will be critical challenges ahead, as the opposition turns up the dial on divisive identity politics and we look down the barrel of the Fourth Industrial Revolution. 2020 is the year to walk tall and carry a big stick, for, truly, fortune favours the bold. Happy New Year, Malaysia, may we enjoy the peace and prosperity we all deserve in the year ahead! - Dr. Rais Hussin Mohamed

cheers.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://alditta.blogspot.com/2019/12/mana-mai-duit-untuk-perkahwinan-mewah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkahwinan Anak Azmin Terlalu Mewah Wang Dari Mana Sr

Perkahwinan Anak Azmin Terlalu Mewah Wang Dari Mana Sr

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 420 hits
SARAWAK REPORT PERSOALKAN PERKAHWINAN ANAK AZMIN YANG TERLALU MEWAH TANYA WANG DARI MANA Apabila seseorang tu dah memutuskan untuk terjun ke dalam dunia politik dia hilang beberapa benda Salah satu benda yang perlu dia lepaskan adalah hal p...
Ke Mana Hala Tuju Dan Masa Depan Politik Azmin Ali

Ke Mana Hala Tuju Dan Masa Depan Politik Azmin Ali

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 388 hits
OLEH aBDUL rAUFAzmin Ali satu nama baru dlm kubang politik tanah air Nama beliau muncul selepas nama Ezam Md Nor Mustaffa Kamil Ayub Nurul Izzah Anwar berada dalam dokongan politik parti Keadilan yg asasnya adalah dari penderitaan seorang i...
Banjir Parah Di Mana Mana Sampai Mobil Mewah Bmw Saja Hanyut

Banjir Parah Di Mana Mana Sampai Mobil Mewah Bmw Saja Hanyut

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 311 hits
Musim hujan dengan intensitas tinggi membuat banyak wilayah di Indonesia dilanda bencana banjir
Mewah Ini 5 Potret Kamar Anak Momo Geisha Sheena Gabriella

Mewah Ini 5 Potret Kamar Anak Momo Geisha Sheena Gabriella

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 419 hits
Tinggal di sebuah hunian mewah bersama keluarganya kamar anak Momo Geisha yakni Sheena Gabriella sukses mencuri perhatian
15 Potret Rumah Super Mewah Sarita Abdul Mukti Yang Dijual Seharga Rp50 Miliar

15 Potret Rumah Super Mewah Sarita Abdul Mukti Yang Dijual Seharga Rp50 Miliar

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 344 hits
Janda cantik Sarita Abdul Mukti tengah berupaya menjual rumah mewahnya di kawasan elit di Jakarta Rumah tersebut dijual dengan harga Rp50 miliar
Hotel Mewah Khas Untuk Orang Yang Telah Mati

Hotel Mewah Khas Untuk Orang Yang Telah Mati

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 676 hits
Kadar kematian tahunan di Jepun meningkat sebanyak 0 94 peratus Pada tahun 2010 sahaja seramai 1 2 juta orang penduduk di negara matahari terbit itu dilaporkan meninggal dunia Rekod ini adalah jauh lebih tinggi daripada purata kematian duni...
5 Potret Liburan Mewah Sandra Dewi Di Hongkong Sampai Boyong Keluarga Besar

5 Potret Liburan Mewah Sandra Dewi Di Hongkong Sampai Boyong Keluarga Besar

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 428 hits
Artis cantik Sandra Dewi dan keluarga menghabiskan libur akhir tahun di luar negeri Sandra Dewi bersama suami Harvey Moeis dan kedua anaknya Raphael Moeis dan Mikhael Moeis memilih liburan di Hongkong
Menengok Rumah Mewah Gen Halilintar Yang Baru Ada Bunker Unik Untuk Simpan Makanan

Menengok Rumah Mewah Gen Halilintar Yang Baru Ada Bunker Unik Untuk Simpan Makanan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 901 hits
Punya jumlah anggota keluarga yang tak sedikit membuat keluarga Gen Halilintar membutuhkan rumah yang besar Keluarga besar ini belum lama memamerkan rumah baru mereka berikut potretnya
Ini Potret 6 Mobil Mewah Parto Yang Terendam Banjir

Ini Potret 6 Mobil Mewah Parto Yang Terendam Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 201 hits
Komedian Parto turut menjadi korban banjir yang melanda Jakarta sejak kemarin Rabu Sebanyak enam mobil mewah miliknya yang terparkir di garasi pun ikut terendam banjir
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui