Ikut Keserasian Anak Bukan Pilih Asalkan Yang Mana Famous Waktu Beli Susu Formula


Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan. Tetapi tidak semua ibu mempunyai keupayaan untuk menyusukan bayi mereka jadi perlu diberikan susu formula.Dalam kes lain, mungkin ketika sudah ‘berpisah’ susu badan, ibu ayah akan mencarikan susu formula untuk anak.

Jika dilihat di pasaran, ada banyak jenis susu formula yang boleh kita jumpa. Sekiranya anak-anak perlu minum susu formula, pasti ibu ayah menjadi keliru untuk memilih yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, setiap susu kelihatan sama dan khasiatnya juga tidak jauh berbeza. Pun begitu, terdapat banyak kriteria yang perlu dilihat oleh ibu ayah sebelum membeli susu formula buat si manja.
Artikel Menarik: [Bila Baring Menangis, Telinga Pun Berbau. Mungkin Bayi Terkena Jangkitan Kuman]
1. Kenali jenis-jenis susu formula Susu formula memang ada banyak jenama tetapi ada empat jenis susu formula di pasaran iaitu susu formula berasaskan susu lembu, susu formula protein dihidrolisis, susu formula berasaskan soya dan susu kambing.
Susu formula berasaskan susu lembu
Biasanya jika anak anda tiada sebarang masalah alahan maka susu formula ini boleh menjadi pilihan. Susu lembu tidak disyorkan sebagai minuman bagi bayi di bawah umur setahun kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang rendah.
Susu formula dihidrolisis
Ia direka khas untuk bayi yang mempunyai masalah alahan atau intoleransi terhadap susu lembu. Bayi yang alah terhadap susu lembu, protein dalam susu akan menyebabkan reaksi alahan. Dia akan sukar menghadam laktosa atau gula yang terkandung dalam susu lembu. Susu ini berasaskan susu lembu tetapi protein dalam susu telah dihidrolisis menjadikan ia bebas laktosa dan bayi yang ada intoleransi terhadap susu lembu boleh menghadamnya dengan mudah.
Susu formula berasaskan soya
Sementera susu berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia diubah suai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula. Susu formula jenis ini hanya boleh diberi kepada bayi selepas mendapat nasihat daripada doktor yang memeriksa anak tersebut. Susu formula soya tidak digalakkan diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana biasanya mereka juga akan alah terhadap soya. Susu formula soya juga berisiko merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa.

 
Susu formula berasaskan susu kambing
Kini lebih banyak pengeluar susu telah mengkomerisialkan susu kambing kerana khasiatnya yang dipercayai lebih baik untuk tumbesaran anak.
2. Kenali khasiat tambahan dalam susu formula Jika anda membaca label pada tin susu formula tentu anda akan terbaca beberapa khasiat tambahan yang ada dalam kandungan susu iaitu DHA, ARA, prebiotik dan probiotik. Tetapi anda sendiri tak tahu apa fungsi khasiat tersebut kepada si kecil.
Asid lemak omega 3 (DHA dan ARA)
Nutrien asid lemak omega 3 (Docosahaexaenoic Acid – DHA dan Arachidonic Acid – ARA) dikatakan penting untuk perkembangan kognitif memberangsangkan pada bayi dan penglihatan yang baik. Bayi menyerap nutrien ini sama ada melalui plasenta atau susu ibu (sebab itu susu ibu makanan terbaik untuk bayi!) mengumpulkan zat-zat ini dalam mata dan otak mereka dalam trimester ketiga (dalam kandungan ibu) dan semasa dua tahun pertama hidup mereka. Tetapi ibu jangan pula terpengaruh dengan label susu formula yang mendakwa kandungan DHA dan ARA mereka lebih tinggi adalah yang terbaik.
Menurut pakar pemakanan, kandungan lebih banyak nutrien tersebut dalam susu formula tidak bererti ia adalah susu yang terbaik. Biasanya susu formula yang mempunyai kandungan DHA dan ARA lebih tinggi akan lebih mahal harganya. Sebaiknya berikan anak anda menu harian yang kaya dengan khasiat DHA dan AA secara semula jadi seperti ikan dan makanan laut lain bagi meningkatkan pengambilan nutrien tersebut. Jadi, jumlah DHA dan AA dalam susu formula tak perlu dirisaukan sangat.
Artikel Menarik: [“Mak Dah Bagi Anak Kau Makan, Tak Nangis Dah”. Akhirnya Bayi 25 Hari Meninggal]
Prebiotik dan probiotik
Nutrien ini penting untuk menghasilkan persekitaran usus yang sihat serta membantu mengurangkan jangkitan dan risiko alahan. Probiotik adalah bakteria baik yang membantu penghadaman dalam usus. Prebiotik pula menyediakan keadaan yang sihat untuk pertumbuhan bakteria tersebut.
3. Pilih ikut peringkat usia Anda tidak boleh memberi susu formula bayi usia setahun kepada bayi yang baru berusia enam bulan. Walaupun ia susu tetapi kandungannya tidak sesuai untuk usia mereka. Pastikan anda beli susu formula mengikut peringkat usia anak anda. Susu formula untuk bayi enam bulan berbeza komposisi vitamin dan mineralnya berbanding susu formula untuk bayi usia setahun.
Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum sempurna untuknya menghadam susu formula yang dirumus untuk kanak-kanak usia setahun ke atas. Jangan abaikan label kategori usia bayi ketika membeli susu formula anak. Jangan kerana nak cari susu yang murah anda abaikan hal itu.
4. Cuba sampel dulu Kadangkala kita tidak tahu mungkin anak akan suka atau tidak susu formula tersebut dan paling penting adakah dia berisiko mengalami sebarang alahan atau masalah seperti kembung perut, sembelit, ruam jika minum sesuatu produk susu formula. Oleh itu elakkan daripada terus membeli susu formula bersaiz besar untuk si manja.

Sebaiknya dapatkan sampel susu tersebut untuk dicuba oleh anak atau jika tiada sampel, belilah dalam saiz yang kecil. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan tanpa perlu membazir.
5. Jangan ikut orang Ada ibu bapa yang mungkin terikut-ikut atau terpengaruh dengan kawan-kawan yang mengesyorkan beli susu jenama tertentu untuk anak. Perlu diingatkan yang setiap bayi mempunyai tahap penerimaan yang berbeza antara satu sama lain. Tak semestinya jika susu A itu sesuai untuk anak orang lain maka ia juga bagus untuk anak anda. Sebaiknya tanyalah kepada doktor kanak-kanak yang memeriksa kesihatan anak anda.
Artikel Menarik: [Cara Menghilangkan Batuk Berlendir Pada Bayi, Yang Penting Kuarantinkan Anak]
6. Sesuaikan dengan bajet anda Jangan mudah terpengaruh dengan harga susu formula yang mahal. Ini kerana harga yang malah bukan penentu ia adalah yang terbaik. Kadangkala jenama yang terkenal dan mahal itu kelihatan hebat kerana faktor pengiklanan dan pemasarannya. Paling penting sekali pilih jenama susu yang sesuai dengan bajet kewangan anda kerana si kecil bukan minum susu sekotak sahaja sebulan.
7. Kandungan gula tambahan Kebiasaannya si kecil cenderung untuk kuat minum susu dan ini meningkatkan risiko kemungkinan dia boleh mengalami penambahan berat badan secara mendadak jika minum susu secara berlebihan dalam sehari. Ini kerana dalam susu formula terdapat pelbagai kandungan gula tambahan yang sangat tinggi. Sekiranya berat badan bayi anda naik mendadak selepas minum sesuatu jenama susu formula maka anda perlu menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau menukar jenama lain.

Untuk pengetahuan para ibu bapa, sebenarnya jika anak sudah berusia setahun ke atas, mereka tak perlu bergantung kepada susu formula lagi. Sebaiknya mereka perlu mendapatkan nutrien dan zat makanan dari sumber semula jadi melalui menu makanan seimbang setiap hari. Contohnya dapatkan sumber kalsium dari yogurt, keju dan lain-lain. Jika anak nak minum susu berikan sahaja susu segar yang lebih mudah diberi dalam cawan.
Sumber: Babycenter.com
 
 
 
The post Ikut Keserasian Anak, Bukan Pilih Asalkan Yang Mana ‘Famous’ Waktu Beli Susu Formula appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ikut-keserasian-anak-bukan-pilih-asalkan-yang-mana-famous-waktu-beli-susu-formula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Setahun Anak Minum Susu Formula Kena Terus Bagi Susu Bimbang Boleh Undang Lactose Intolerance

Lepas Setahun Anak Minum Susu Formula Kena Terus Bagi Susu Bimbang Boleh Undang Lactose Intolerance

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 319 hits
Anak anak yang masih kecil memerlukan nutrisi yang banyak untuk tumbesaran mereka Bila keperluan nutrisi tidak dipenuhi maka timbullah masalah seperti kurang berat badan kurang tinggi cepat letih dan sebagainya Keperluan kalsium merupakan s...
Sebelum Beli Beg Sekolah Anak Pastikan Ikut Ciri Yang Disarankan Oleh Doktor Ini

Sebelum Beli Beg Sekolah Anak Pastikan Ikut Ciri Yang Disarankan Oleh Doktor Ini

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 486 hits
Sekarang musim ibu bapa beli peralatan sekolah dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah Ibu bapa perlu membeli beg sekolah yang betul untuk elak kemudaratan pada anak anak Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengku...
Pilih Nama Anak Tak Payah Ikut Trend Lebih Baik Ringkas Asal Maknanya Elok

Pilih Nama Anak Tak Payah Ikut Trend Lebih Baik Ringkas Asal Maknanya Elok

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 427 hits
Sudahkah anda berdua membuat pilihan nama untuk si kecil dalam kandungan Nama apa agaknya yang menjadi pilihan Adakah ia nama moden klasik ciptaan sendiri atau diambil daripada perkataan perkataan indah dalam bahasa tertentu Pemberian nama ...
Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 807 hits
Seorang lelaki tua berusia 50 tahun bertindak gila apabila didakwa memperkosa anak kandungnya sendiri di Takalar Indonesia sehingga mangsa hamil enam bulan Lelaki diberi gelaran T itu dituduh memperkosa anaknya yang berusia 16 tahun selama ...
Waktu Mengandung Selalu Sedih Nanti Anak Keluar Pun Kuat Menangis

Waktu Mengandung Selalu Sedih Nanti Anak Keluar Pun Kuat Menangis

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 626 hits
Ketika seseorang wanita sedang hamil dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan Selain menggangu tahap kesihatan si ibu emosi semasa hamil bole...
Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

Ibu Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium Sentuh Supaya Berkesan Di Hati Anak

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 657 hits
Tahukah anda ciuman itu penting buat seorang anak namun wajib mak ayah tahu dimana cara yang betul nak cium dan sentuhan kepada anak anak Apa yang jelas setiap sentuhan itu akan menimbulkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak Jika diperha...
Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 678 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Susukan Anak Waktu Rehat Separuh Masa Pemain Bola Tampar Wanita Buktikan Tugas Tak Halang Tanggungjawab Seorang Ibu

Susukan Anak Waktu Rehat Separuh Masa Pemain Bola Tampar Wanita Buktikan Tugas Tak Halang Tanggungjawab Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 377 hits
Peranan seorang ibu dan juga tugas sebagai seorang atlet ternyata bukan satu perkara yang mudah Meskipun sedang bertarung dalam sebuah perlawanan bola tampar untuk pasukan seorang ibu tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak yang masih...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash