Perjuangan Umno Pas Mempertahankan Perompak Perompak Negara Mahathir


PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, perjuangan mempertahankan Melayu dan Islam yang digerakkan oleh UMNO dan Pas tidak lain dari ‘mempertahankan perompak-perompak negara’.
Perdana Menteri berkata, pihak terbabit berharap jika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh, maka kes-kes yang mereka hadapi akan gugur dan mereka tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa dan kerosakan yang telah mereka lakukan.
“Pesanan saya, cukup-cukuplah menggunakan isu perkauman dan agama untuk kepentingan politik,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan diperlihatkan sebagai sebuah kerajaan yang tidak mempedulikan mengenai Islam dan Melayu.
Tambahnya, kerajaan hari ini digambarkan sebagai akur kepada kehendak golongan bukan Islam dan bukan Melayu sehingga menggadai kepentingan bangsa Melayu dan orang Islam.
“Tidak cukup dengan itu, kita juga dituduh mahu melupuskan sistem beraja.
“Atas sebab-sebab ini, mereka bergabung dan dasar yang mereka pegang adalah untuk kononnya mempertahankan Raja-Raja Melayu, kedudukan orang Melayu dan kedaulatan Islam,” katanya.
Beliau menegaskan, adalah amat menghairankan bagaimana Pas dan UMNO boleh bergabung dan bekerjasama.

Tambahnya, semua tahu bahawa UMNO selama ini telah dikafirkan oleh Pas dan pemimpin parti Islam itu terutamanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menarik balik amanatnya.
“Kerana itu bertahun-tahun lamanya sehinggalah ke Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) orang Melayu yang percaya kepada Pas tidak akan mengundi UMNO walaupun di kerusi yang Pas tidak bertanding.
“Mereka lebih rela mengundi DAP, PKR, PBS dan mana-mana parti pimpinan orang Islam ataupun tidak, asalkan bukan UMNO,” katanya.
Sebaliknya Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, UMNO pula ditolak oleh rakyat pada PRU-14 kerana mereka telah dipimpin oleh seorang kleptokrat.
Pemimpin itu katanya, bertanggungjawab membenar penjarahan secara besar-besaran dilakukan terhadap institusi-institusi Melayu dan Islam seperti Tabung Haji, Felda dan Mara.
Pakatan Harapan jelasnya, telah tampil ke hadapan dan bersama dengan rakyat dari semua kaum untuk menyekat kebatilan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Apabila ini tercapai, hari ini Pas menyeru penyokongnya untuk bersama dengan UMNO untuk mempertahankan Melayu dan Islam.
“Di manakah mereka ketika pemimpin UMNO mencuri dan menjarah harta Negara menerusi 1MDB, Tabung Haji dan Felda serta lain-lain institusi Kerajaan seperti Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?” soalnya. – UTUSAN ONLINE


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/perjuangan-umno-pas-mempertahankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Adalah Penyelamat Rakyat Dari Perompak Negara Dr Mahathir

Pakatan Harapan Adalah Penyelamat Rakyat Dari Perompak Negara Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 537 hits
Perjuangan mempertahankan Melayu dan Islam yang digerakkan oleh UMNO dan Pas tidak lain dari mempertahankan perompak perompak negara Pihak terbabit juga berharap jika Kerajaan Pakatan Harapan jatuh maka kes kes yang mereka hadapi akan gugur...
Himpunan Perpaduan Ummah Umno Pas Wajar Dibuat Di Bandaraya Kuala Lumpur

Himpunan Perpaduan Ummah Umno Pas Wajar Dibuat Di Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 654 hits
Ukhuwah merupakan satu konsep Islam yang menyatakan bahawa setiap Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara Banyak ayat ayat al Quran mahupun hadis hadis Rasulullah s a w yang memperkatakan dan mempertegaskan landasan konsep ini Bahk...
Informasi Selamatkan Negara Haram Isreal Atau Negara Halal Iran Apa Kata Presiden Pas

Informasi Selamatkan Negara Haram Isreal Atau Negara Halal Iran Apa Kata Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 556 hits
Selamatkan Isreal atau Bahaya Iran PERANG propaganda membayangi krisis Asia Barat yang semakin bergolak sehingga boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga kerana pertembungan di kalangan negara kuasa besar boleh berlaku bila bila masa selepas d...
Himpunan Pas Umno Semalam Jadi Bahan Lawak

Himpunan Pas Umno Semalam Jadi Bahan Lawak

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 841 hits
Penyertaan pemimpin Umno dan PAS dalam Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur semalam disifatkan sebagai hipokrit demi kepentingan politik parti masing masing dengan mempergunakan nama Islam Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berk...
Kerajaan Perpaduan Takkan Berjaya Kerana Umno Dan Pas Tiada Kuasa Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Takkan Berjaya Kerana Umno Dan Pas Tiada Kuasa Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 420 hits
Cadangan kerajaan campuran di antara UMNO dan PAS untuk mengambil alih pentadbiran di Kedah dilihat perang psikologi Timbalan UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap Pakatan Harapan Penganalisis politik Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata jika ...
Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 542 hits
Sinar Harian AHMAD FADHLI Berhubung skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN Pas tidak pernah berdiam diri dan sentiasa mengalu alukan sebarang siasatan oleh kerajaan PH Gambar fail KOTA BHARU Pas tidak hairan dengan kritikan Tun Dr Mahath...
Dinda Sons Port Dickson Best Cafe For Authentic Malaysian Food Local S Pick

Saya Minta Ditukarkan Kepada Pembiayaan Peribadi Islamic Bank Kenapa

Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Modi To Attend Asean Summit Virtually

Kalau Macam Tu Betul La Sanusi Mb Kedah Fitnah Anwar

James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline

Bukan Setakat Alkohol Kru Penerbangan Juga Patut Diberi Pilihan Tutup Aurat Zainul Rijal

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana

Alchemy Of The Arc A Beginners Guide For Welding Custom Motorcycles

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Pernikahan Uqasha Boleh Jadi Tak Sah Kalau Betul Apa Yang Dinyatakan Uqasha Senrose

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri