Informasi Selamatkan Negara Haram Isreal Atau Negara Halal Iran Apa Kata Presiden Pas



Selamatkan Isreal atau Bahaya Iran?
PERANG propaganda membayangi krisis Asia Barat yang semakin bergolak, sehingga boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga, kerana pertembungan di kalangan negara kuasa besar boleh berlaku bila-bila masa selepas dicetuskan peperangan secara proksi bagi merebut pengaruh, menguji senjata dan berniaga senjata masing-masing.

Penubuhan negara haram Israel oleh semua negara besar tersebut diketepikan bermula setelah bersama menjatuhkan Khilafah Uthmaniah yang memimpin negara Islam selepas Perang Dunia Pertama di awal abad yang lalu. Caranya sangat zalim, apabila merampas bumi Palestin dan menghalau penduduknya.

Negara yang ditubuhkan penjajah itu tidak mempunyai hak untuk memberi kepada kaum Yahudi yang tidak berhak memilikinya, sehingga mencetuskan ketegangan yang membara memakan masa panjang beberapa dekad, disambung beberapa generasi dan tidak mungkin dipadamkan.

Ada kalangan berpendapat bahawa penubuhan negara haram Israel itu bertujuan mengeluarkan bangsa Yahudi yang dikira menjadi ancaman khususnya ekonomi negara masing-masing, serta menangani campur tangan politik Yahudi sehingga mengacau urusan memilih pemimpin yang hanya dapat dipengaruhinya. Pada masa sama, semangat Yahudi Zionis yang bermimpikan empayar Yahudi yang berpusat di Palestin.

Terkini, kuasa besar Barat yang dipimpin oleh Amerika, adalah paling hadapan melindungi Israel dengan hujah menguar-uarkan bahaya pengaruh Syiah Iran yang dikatakan menular di Asia Barat, bukannya negara haram Israel yang diciptakan. Dikatakan Iran kini menjadi ancaman kepada negara jirannya, bahayanya selepas berlaku Revolusi Islam dan diubah namanya kepada Republik Islam Iran, dan melaksanakan konsep demokrasi pilihan raya yang bersyaratkan Islam mengikut mazhabnya yang dilakukan tajdid dan islah, serta mencapai kemajuan teknologi tinggi.

Mengapa Iran dianggap tidak bahaya di zaman Shah dahulu, walaupun berkonsepkan diktator monarki? Sehingga Iran ketika itu menjadi pangkalan Barat yang terpenting dalam era Perang Dingin, dibina segala kekuatannya yang menjadi benteng menghadapi ancaman Blok Timur, disamping itu juga menjadi pangkalan maksiat untuk memuaskan hawa nafsu dan bebas berfoya-foya seperti negara Barat, bagi memudahkan kalangan yang tidak berpeluang melancong ke negara Barat yang bebas segala-galanya.

Sebenarnya, negara berkuasa besar khususnya Barat menjadikan Asia Barat laksana jantung yang membekalkan darah dan nafasnya untuk menyambung talian hayat, kerana kekayaan sumber tenaga terpenting yang menghidupkan industri dan ekonomi yang menjana kekuatan politik dan ketenteraannya, sehingga diletakkan pangkalan-pangkalan tentera yang besar di kawasan itu, kerana tidak cukup kuat menjaga kepentingannya oleh negara haram Israel yang diadakan dengan segala kemudahan, termasuk kebebasan memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kepada negara lain.

Segala pencabulan Israel terhadap undang-undang antarabangsa mengancam negara jirannya sehingga boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya dan menafikan hak asasi manusia yang wajib diberikan kepada rakyat Palestin.

Semua tindakan ke atas Israel oleh majoriti masyarakat antarabangsa boleh dibatalkan dengan kuasa veto yang menjadi keistimewaan negara kuasa besar. Undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia laksana sarang labah-labah yang memerangkap makhluk kecil dan lemah sahaja.

Mazhab Syiah dijadikan alasan. Negara Iran Syiah yang dahulunya berimamkan Shah Iran boleh diterima oleh Barat dan Negara Arab yang berada di bawah ketiaknya yang hangit itu sejak hampir satu abad, di kala itu hubungan negara Iran juga paling intim dengan negara haram Israel tersebut.

Tiba-tiba fatwanya berubah selepas rajanya bergelar Syahan Syah (Raja bagi segala raja-raja), gelaran yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W, berjaya digulingkan oleh rakyat yang dipimpin oleh para ulamanya dan menukar namanya kepada Republik Islam Iran, seterusnya membatalkan hubungannya dengan negara Israel dan mengisytiharkan Israel adalah negara haram yang wajib dihapuskan.

Disebabkan oleh mereka kini tidak boleh lagi berfoya-foya di Iran, tiba-tiba terus dianggap menjadi ancaman kepada negara serantau, walaupun Iran mengajak bersatu menentang Israel dan menghapuskannya.

Hujahnya kerana Iran itu Syiah walaupun di zaman Syah dahulu Syiah juga, sehingga diterima menjadi anggota OIC, rakyatnya mendapat kuota jamaah haji di antara paling besar jumlahnya, qarinya juga dijemput bermusabaqah al-Quran dan para ulama Syiah Iran dilantik juga menjadi anggota Majma’ Fiqh Antarabangsa di bawah OIC.

Muhasabah politik dengan sedar dan insaf perlu dilakukan dengan seadil-adilnya oleh semua pihak di kalangan umat Islam. Adakah para ulama dan mufti yang berada di bawah kerajaan masing-masing yang dikatakan sangat kuat pegangan sunninya tidak boleh membezakan betapa pengaruh politik Barat sedang membayangi kerajaan meraka, sehingga fatwa para ulama dan muftinya juga terheret oleh kenyataan politik pemimpin Barat yang diimamkan oleh kerajaan mereka?

Baca dan ingat!

Betapa Sultan Yusuf Salahudin al-Ayyubi pernah menempa sejarah berjaya membebaskan Bait Al-Maqdis yang dijajah tentera salib hampir satu abad, setelah baginda berjaya mendekatkan diri secara ilmu dan damai dengan Kerajaan Abbasiyah Sunni yang lemah di Iraq dan Kerajaan Fatimiyyah yang memerintah Mesir yang fanatik Mazhab Syiah Ismailiyyah, di mana Syiahnya lebih melampau daripada Syiah Imamiyyah di Iran dan Universiti al-Azhar diadakan bagi menyebarkan mazhab Syiah. Namun Baginda Sultan Salahuddin al-Ayyubi meletakkan perbezaan mazhab adalah masalah dalaman umat Islam dan lebih utama menghadapi musuh yang menjajah Bait al-Maqdis itu. Akhirnya berjaya dibebaskan, Mesir dan al-Azhar berubah jadi Sunni.

Sila bandingkan di antara iktibar daripada Salahuddin al-Ayubi dan pendekatannya sehingga berjaya membebaskan al-Aqsa dengan nasihat Presiden Trump dan juak-juaknya yang menguar-uarkan bahawa Republik Islam Iran Syiah adalah ancaman kepada umat Islam Sunni, kerana fatwa Trump bahawa Iran Syiah itu mahu menjajah Sunni dan Israel pula adalah sahabat yang akrab, walaupun sudah diketahui kerjanya sedang merancang untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas serta merobohkan rumah dan menghalau rakyat asal Palestin bagi penempatan kaum Yahudi yang didatangkan daripada seluruh pelosok dunia.

Presiden Donald Trump memberanikan diri mengiktiraf Bait al-Maqdis adalah ibu negara haram Israel. Langkah yang ditentang oleh majoriti umat dunia melalui Sidang Khas PBB, sehingga banyak negara menjadi pak turut mengikut arus masyarakat antarabangsa, tetapi sebelah kakinya masih bersama Presiden yang mendukung Israel itu.

Perhatikan kacau bilau yang sedang menumpahkan darah di Asia Barat kini kerana pertembungan yang sudah berkecamuk dengan peperangan dan menggunakan senjata yang hendak diuji dan dibayar dengan duit Arab yang diletakkan harganya oleh Trump, bersyaratkan tanpa gangguan sedikit pun terhadap negara haram Israel dan pangkalan-pangkalan tentera negara Barat yang sebenarnya demi menjaga telaga minyak dan gas serta laluannya, dan menjamin keamanan negara haram Israel yang dijadikan hantu penunggu, bukannya menjaga Arab dan Mazhab Sunni. Negara Arab itu hanya dijadikan laksana lembu susu yang diperah susunya untuk tuannya yang lebih penting daripada anak lembu sendiri.

Mengapa semua pihak yang bersedia menentang Israel disenaraikan pengganas oleh Barat dan Israel? Daripada yang besar bernegara seperti Iran sehinggalah yang kecil tidak bernegara seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah, termasuk individu seperti Dr Yusuf al-Qardawi, Ismail Haniyyah, Hasan Nasrullah dan lain-lain, tanpa mengira Sunni dan Syiah, termasuk juga negara sekular yang menyokongnya seperti Syria, Lubnan, Qatar, Yaman, Sudan, Turki dan lain-lain, sehingga dibantu untuk menghuru-harakannya dengan media, wang dan senjata yang diuji.

Adakah sebenarnya Iran dan Syiah menjadi ancaman atau kerana selamatkan Israel dan menjaga kepentingan Barat dan sekutunya, maka Islam semuanya tanpa pedulikan mazhab adalah musuh utama?

Mereka tidak pedulikan negara Arab yang merampas kuasa silih berganti tanpa demokrasi yang kononnya sangat diperjuangkan dan menjadi kebanggaannya. Semuanya mereka sokong konsepnya walaupun tidak ada tempat bagi konsep demokrasi, asalkan tidak bermusuh dengan Israel. Walaupun Sunninya yang bermazhab Kamal Atarturk, Kasim Ahmad dan Ayah Pin dianggap anggota umat Islam yang tidak merbahaya.

Adapun Presiden Muhammad Mursi yang menang melalui demokrasi pilihan raya mereka tidak iktiraf, biar digulingkan kerana dasar Islam dan bermusuh dengan Israel tanpa mengira mazhab Sunninya.

Para ulama terdahulu telah menulis dalam kitab yang dikarangnya berkenaan perbezaan mazhab Sunni, Syiah, Khawarij dan sebagainya. Ada yang salah dan ada yang sesat, ada pendapat mazhabnya yang diterima ijtihadnya dan ada yang ditolak. Semuanya dianggap perkara dalaman umat yang boleh dikaji hujahnya, sehingga riwayat hadis dan ijtihad daripada ulama Sunni dan Syiah juga dimasukkan dalam kitab-kitab yang muktabar, tetapi semua kitab ini dilupakan kerana fatwa daripada ‘White House’ yang lebih muktabar kerana menjadi pergantungan tali hayat kursinya. Bukan ayat kursi yang menegakkan akidah dan menghalau Syaitan, tetapi ayat kursi ciptaan yang berpegang kepada ungkapan bahawa percayakan Syaitan yang dikenali adalah lebih baik daripada Malaikat yang tidak dapat dilihat kerana berada di alam ghaib.

Terkini, Syaitan besar sedang menukar buah catur melalui ISIS dan kumpulannya yang kalah, kepada kaum Kurdis yang dinyalakan api perkaumannya dengan dibekalkan senjata yang perlu bagi menyambung kekacauan yang menyelamatkan Israel bagi melagakan kaum Arab, Turki, Parsi dan Kurdis yang termasuk dalam lakaran peta barunya tanpa mengira Sunni dan Syiah yang mesti menjadi korbannya, namun negara haram Israel tetap diamankan. Seterusnya Asia Barat terus menjadi papan catur dan rakyatnya menjadi ayam sabung yang dilagakan.

Kenyataan Mantan Setiausaha Luar Amerika, John Kerry dalam forum di Munich bahawa beberapa pemimpin Arab dan Israel mendesak Amerika tidak menyerang Iran kerana menggunakan taktik buah catur yang diperalatkan lebih merehatkan Amerika dan Israel. Kita menunggu dan melihat, apakah langkah Trump yang lebih berani mendukung Israel?

Ingatlah amaran Rasulullah S.A.W bahawa Islam di Masjid al-Aqsa tidak boleh dihapuskan oleh mereka yang mengecewakannya:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: " بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

مسند أحمد ط الرسالة (36/ 657).

“Tetap masih ada kalangan umatku kumpulan yang bangkit menyerlah menyatakan Islam dengan gagah perkasa terhadap musuh mereka, tidak boleh memudaratkannya oleh penentang mereka, cuma mereka ditimpa kesulitan, sehinggalah datangnya kemenangan daripada Allah, mereka masih dalam keadaan begitu (tidak berganjak). Lalu mereka (para Sahabat) bertanyakan: Dimanakah mereka itu? Sabdanya: Mereka berada di Bait al-Maqdis dan di sekitar Bait al-Maqdis”

(Musnad Ahmad)

Ketika musuh Islam bersatu menentang kebangkitan Islam secara umum tanpa mengira mazhab betul atau salah dan ideologinya yang sesat atau tidak, tiba-tiba umat Islam dicetuskan dengan permusuhan dan diatur supaya sedia berperang, hanya sebab adanya titik perbezaan bangsa, mazhab, kepentingan harta dan takhta, termasuk perbezaan masyarakat majmuk berbagai agama yang tidak boleh dipaksakan, namun bersatu di atas kemanusiaan menentang penjajah yang zalim. Fikir dan berfikirlah.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Jamadil Akhir 1439 / 3 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 3/3/2018

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa disebut 'negara halal' Iran? Kerana Iran pimpinan ulama dibangunkan oleh sebuah revolusi rakyat 1979, menolak rejim beneka Amerika barua penjajah haram jadah itu.
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/05/informasi-selamatkan-negara-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Jangan Usik Tiang Seri Negara Umat Islam Tidak Akan Diam T Presiden Pas

Informasi Jangan Usik Tiang Seri Negara Umat Islam Tidak Akan Diam T Presiden Pas

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 396 hits
Sekat Islam usik tiang seri masuk agenda asingKL Terdapat pihak yang bekerja keras menyekat dan menghalang kedaulatan Islam serta mengganggu usik tiang tiang seri negara dalam masa sama membawa masuk agenda dan idea sangat asing ke bumi Mal...
Informasi Khutbah Jumaat Pilih Bersama Musa Atau Firaun Pas Atau Dap

Informasi Khutbah Jumaat Pilih Bersama Musa Atau Firaun Pas Atau Dap

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 283 hits
Suntingan dari Khutbah Jumaat Ditulis oleh Sodiq Fajar Ikhwani fiddin jamaah shalat dan khutbah Jumat rahimakumullahSesungguhnya pertentangan antara al Haq dan al Bathil adalah bagian dari persoalan yang telah baku dan pasti dan ini telah m...
Informasi Institusi Diraja Berhak Tegur K Jaan Presiden Pas

Informasi Institusi Diraja Berhak Tegur K Jaan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 307 hits
MARANG Institusi diraja berhak untuk memberikan sebarang pandangan teguran mahupun kritikan terhadap pentadbiran di negara ini demi kepentingan rakyat dan negara demikian menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata tiada...
Informasi Tidak Tepat Perkauman Berlaku Disebabkan Sekolah Cina Dan Tamil T Presiden Pas

Informasi Tidak Tepat Perkauman Berlaku Disebabkan Sekolah Cina Dan Tamil T Presiden Pas

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 310 hits
Pas pertahan sekolah vernakularKOTA BHARU 19 April Pas menolak pandangan bahawa sekolah vernakular menjadi punca yang telah merosakkan perpaduan kaum di negara ini Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah tidak tepat...
Informasi Pas Alu Alukan Pelantikan Ketua Hakim Negara

Informasi Pas Alu Alukan Pelantikan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 418 hits
PAS mengucapkan setinggi tinggi tahniah serta mengalu alukan perlantikan Yang Amat Arif Dato Tengku Maimum binti Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia yang baru PAS yakin pelantikan tersebut dibuat oleh Yang di Pertuan Agong di atas ...
Informasi Peguam Muslim Diseru Jadi Benteng Islam Negara T Pemuda Pas

Informasi Peguam Muslim Diseru Jadi Benteng Islam Negara T Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Peguam Muslim mesti memiliki perancangan strategik untuk menerajui sektor kritikal negara termasuk antaranya bidang perundangan yang sangat berkait dengan kewajipan menegakkan keadilan Seruan tersebut dinyatakan Timbalan Ketua ...
Informasi Jelmaan Komunis Di Sebalik Pemilu Indonesia Presiden Pas

Informasi Jelmaan Komunis Di Sebalik Pemilu Indonesia Presiden Pas

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 324 hits
SAYA mengikuti secara terperinci Pilihan Raya Presiden Indonesia yang telah berlangsung begitu rupa kerana rakyat Malaysia juga perlu mengetahui dan bersimpati kepada Indonesia negara bangsa serumpun dan seagama paling berjiran bahkan adany...
Informasi Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa Tasimu Presiden Pas

Informasi Fahami Dan Tegakkan Seruan Wa Tasimu Presiden Pas

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 311 hits
TANJUNG MALIM Umat Islam Melayu di negara ini menghadapi cabaran berupa perpecahan umat dan kelemahan ilmu Islam disamping berdepan idealogi ciptaan musuh serta perkara yang merosakkan asas bernegara Demikian perkara dibentangkan Presiden P...
Pilih Pak Jokowi Atau Prabowo Sebagai Presiden Indonesia Jawapan Win Arif Jiwa Asyraf Disokong Netizen

Pilih Pak Jokowi Atau Prabowo Sebagai Presiden Indonesia Jawapan Win Arif Jiwa Asyraf Disokong Netizen

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 326 hits
Pelakon yang juga menantu kepada Dato Siti Nurhaliza Tya Arifin memuat naik sebuah video di instagramnya Dalam video tersebut dia bertanya kepada anak lelakinya sama ada memilih Bapak Jokowi atau Bapak Prabowo sebagai presiden baru Indonesi...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin