Azam Baki Abu Zahar Bohan Dolah Perlu Dicutikan



Siasatan yang dilakukan ke atas skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki hanya boleh berjalan lancar sekiranya Azam dan individu individu yang dilihat menyebelahi kes tersebut bercuti dari tugas masing masing.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, tanpa mereka bercuti maka mungkin hasil siasatan tidak akan diyakini rakyat dan seterusnya gagal memulihkan integriti SPRM.
“Majlis Presiden PH meneliti kenyataan media enam Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang telah menjauhkan diri mereka dari kenyataan Tan Sri Abu Zahar, Pengerusi LPPR yang cuba membersihkan nama Tan Sri Azam Baki
“Kenyataan media enam Ahli LPPR ini amat mengejutkan dan membuka mata seluruh negara kepada kepincangan yang berlaku dalam proses siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM.
“Jelas SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh melakukan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya sendiri, dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan.
“Kenyataan enam Ahli LPPR ini menjadi bukti paling kukuh Pengerusi LPPR sudah tidak diyakini dan tidak dipercayai Ahli LPPR. Oleh itu, Abu Zahar perlu direhatkan sehingga selesai siasatan penuh terhadap Ketua Pesuruhjaya,” kata mereka.
Tambah kenyataan itu, satu lagi individu penting dan harus direhatkan ialah Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Tan Sri Borhan Dolah yang didakwa tidak melakukan tindakan sewajarnya dalam kes Azam.
Borhan, kata mereka, enggan bertindak menyiasat Azam biarpun beliau didakwa berkemungkinan melakukan kesalahan undang-undang dengan membenarkan akaun saham digunakan oleh adiknya secara proksi berkaitan perdagangan berjuta-juta saham dan waran.
Selain itu, Majlis Presiden turut tidak bersetuju dengan tindakan tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Azam.
“Majlis Presiden memandang serius dan menegur kenyataan media tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terhadap Ketua Pesuruhjaya serta membuat tuduhan motif ‘dendam politik’.
“Tindakan janggal mereka secara terburu-terburu menyokong “bos” mereka menyerupai tingkahlaku ahli politik dalam
sebuah parti dan bukannya agensi terhormat seperti SPRM.
“Kalau begitu suatu siasatan yang dijalankan secara mendadak oleh SPRM ke atas Suruhanjaya Sekuriti (SC) taktala sedang menyiasat perdagangan saham secara proxy oleh Azam Baki, di mana ramai telahpun dihukum sebelum ini, boleh juga disifatkan sebagai tekanan untuk motif ‘dendam politik’.
“Sebagai penjawat awam, ketiga-tiga pegawai kanan ini patut tahu kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya, dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
“Oleh itu, pegawai- pegawai kanan ini perlu membuat laporan polis dan biarkan pihak Polis Diraja Malaysia siasat secara terbuka kerana sememangnya SPRM tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau,” kata mereka lagi.
Sehubungan itu, Majlis Presiden mengulangi pendirian agar satu sidang khas Parlimen diadakan segera untuk merunding dan membincangkan isu yang amat penting tersebut, sebaik baiknya sehari sebelum atau selepas sidang khas berhubung isu banjir pada 20 Januari ini.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33836

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Baki Tak Pernah Dipanggil Beri Penjelasan Abu Zahar Cuba Mengelirukan

Azam Baki Tak Pernah Dipanggil Beri Penjelasan Abu Zahar Cuba Mengelirukan

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 217 hits
Dalam sidang media dua hari lalu Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang memberitahu Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberi penjelasan berken...
Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya Enam Anggota Lppr

Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya Enam Anggota Lppr

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR 8 Jan Enam anggota Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah hari ini berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang Rabu lepas berhubung kontroversi melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suru...
Macc Advisory Board Members Dispute Abu Zahar S Clearing Of Azam Baki

Macc Advisory Board Members Dispute Abu Zahar S Clearing Of Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 219 hits
Six members of the MACC Anti Corruption Advisory Board have disputed their chairperson Abu Zahar Ujang s account relating to the shareholding controversy involving MACC chief commissioner Azam Baki They noted that Abu Zahar during a press c...
Majlis Presiden Ph Gesa Azam Abu Zahar Dan Borhan Dolah Direhatkan

Majlis Presiden Ph Gesa Azam Abu Zahar Dan Borhan Dolah Direhatkan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 189 hits
Oleh FAZLI RADZI January 12 2022Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa tiga individu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia direhatkan disusuli dengan siasatan bebas berhubung isu dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM T...
Harapan Chiefs Want Azam Baki Abu Zahar Suspended Pending Probe

Harapan Chiefs Want Azam Baki Abu Zahar Suspended Pending Probe

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 172 hits
The Pakatan Harapan president council is calling for MACC chief commissioner Azam Baki and MACC Anti Corruption Advisory Board chairperson Abu Zahar Ujang to be suspended pending a probe into Azam s shareholding scandal They are also callin...
Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela

Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 373 hits
ANALISA ISU Edmund L Gomez dan Azam Baki PELETAKAN jawatan Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perunding SPRM baru baru ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian dan menganalisa apakah sebab musababnya Peletakan itu buka...
Gomez Azam Abu Zahar S Remarks Have Further Tarnished Macc

Gomez Azam Abu Zahar S Remarks Have Further Tarnished Macc

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 230 hits
From Edmund Terence GomezI refer to news reports on the statements made by Abu Zahar Ujang chairman of the MACC s anti corruption advisory board and Azam Baki the chief commissioner of the MACC at their press conference on Jan 5 2022 Much w...
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 209 hits
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu letak Jawatan Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang direhatkan sementara sehingga siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabi...
Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 307 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 6 2022Selepas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki timbul persoalan mengapa Azam tidak bersedia untuk hadir memberi...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord