Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela


ANALISA ISU

Edmund L Gomez dan Azam Baki.PELETAKAN jawatan Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perunding SPRM baru-baru ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian dan menganalisa apakah sebab musababnya. Peletakan itu bukan main-main, atau saja-saja tanpa mesej jauh sekali sama dengan peletakan jawatan presiden FAM atau sewaktu dengannya.
SPRM adalah sebuah badan yang menjaga keselamatan dan memastikan integriti negara sebagai sebuah kerajaan. Tujuan SPRM diwujudkan untuk mencegah perbuatan rasuah yang boleh menjahanamkan negara. Rasuah lebih bahaya daripada dadah atau dakwah menunggangkan agama. Jadi apabila seorang ahli apa lagi sebagai panel perunding atau lembaga penasihat meletak jawatan akibat tidak berpuas hati apa yang dilihat dan dinasihatinya maka badan itu sudah rosak dan cacat. Yang terbabit pula seorang professional dilihat tidak ada apa-apa kepentingan politik dan peribadi. 
Gomez meletak jawatan apabila beliau kesal dan kecewa dengan apa dibangkitkan berkaitan badan itu sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli penal perunding yang dikira boleh diajak berunding. Subjek  dibangkit berhubung perniagaan dengan pihak penguat kuasa badan itu. 
Secara terus terangnya beliau tidak senang hati dengan laporan salah laku membabitkan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang dikatakan memiliki saham-saham tersenarai di pasaran awam sebanyak RM2 juta. Bertolak dari situlah beliau telah menulis kepada pengerusi Panel Perunding, Burhan Dollah dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Abu Zahar Ujang sendiri mengambil perhatian apa dibangkitkan itu

Beliau mahu salah laku terhadap Azam itu disiasat kerana isu itu sudah tersebar luas yang boleh menjejaskan integriti SPRM. Tetapi malangnya setelah tiga kali beliau menulis, memaklumkan perkara itu untuk perhatian Burhan dan Abu Zahar tetapi ia tidak diambil apa-apa tindakan
Kerana kesala sikap dua manusia itulah, maka beliau meletak jawatan

Peletakan jawatan itu mengejutkan umum dan menjadi tandatanya. Dari sudut lain umum menyuluh SPRM ada masalah. 
Sebagai reaksi atas tindakan Gomez itu Burhan dan Abu Zahar telah menafikan yang Gomez ada memaklumkan tentang Azam Baki itu kepada mereka. Burhan mengatakan dia tidak tahu atau menerima sebarang pemakluman itu

Sebaik Burhan, membuat kenyataan itu, Gomez menempelak balik dengan memberi tahu beliau sudah berkali-kali menulis dan menghantar email kepada Burhan tentang perkara itu. Burhan tidak senang dengan kenyataan balas Gomez dengan meminta agar Gomez tidak mempolitikan isu berkenaan. Kenyataan Burhan itu agak kasar dan emosi, siapa yang hendak mempolitikan siapa dalam hal ini. 
Umum tidak nampak Gomez hendak bermain politik apabila membangkitkan sesuatu keadaan yang boleh mencalar balarkan SPRM. Bukankah tindakan itu untuk memastikan tidak wujud kepentingan peribadi oleh oknum-oknum tertentu dalam SPRM

Kemudian Abu Zahar juga turut menafikan ada menerima pemakluman oleh Gomez itu di samping menyatakan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana tindakan tidak profesional terhadap mana-mana anggota SPRM

Ertinya bagi Zahar Ujar tindakan Gomez itu menyalahgunakan professionnalisme diamalkan SPRM. Tanpa menyebut apakah bentuk professional SPRM, Abu Zahar meminta Gomez membuat laporan polis. Dalam masa sama juga keengganan Gomez daripada berjumpa dengannya. Apakah perlu Gomez membuat laporan polis kalau beliau sudah membuat laporan kepada pengerusi panel dan pengerusi lembaga penasihat

Bukankah dengan apa yang dilaporkan itu sudah cukup asas dan dalil untuk membuat siasatan dalaman
Abu Zahar dan Burhan boleh memanggil Gomez dan Azam Baki bersemuka untuk menyelesaikan apa dibangkirkan Gomez itu

Disinilah orang seperti Abu Zahar dan Burhan memerlukan kebijaksanaan dan nilai pimpinan berhemah

Dengan menafikan yang mereka konon tidak menerima pemakluman (surat) daripada Gomez itu nampak sangat untuk menutup kes berkenaan atau menyimpannya di bawah karpet. Ia juga semacam hendak membela dan menyelamat Azam Baki

Cara dan tindakan Abu Zahar dan Burhan itu bukan dapat menjaga wibawa SPRM sebaliknya menjadikan badan itu diragui sepanjang masa, sementelah banyak kes-kes yang dikendalikan oleh badan itu untuk pendakwaan menimbulkan persoalan

Seharusnya baik Burhan atau Abu Zahar tidak bertindak seperti mahu menyelamatkan Azam Baki dan menafikan dakwaan Gomez, tetapi membuat siasatan menyeluruh kemudian mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakinkan dan menjawab dakwaan itu Gomez itu bukannya kenyataan yang tambah mengelirukan dan menampakan mereka sebagai BANGKAI berada disitu

Apakah tunggu arahan daripada perdana menteri? Ismail Sabri Yaakob sesekali tidak akan cuba bercakap mengenai dakwaan salah laku Azam Baki itu, apa lagi membuat arahan seperti dia mengarahkan supaya Ahmad Faizal Azmu, Menteri Belia dan Sukan balik daripada bercuti. Tidak. [wm.kl.9:48 an 31/12/2021]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/12/gomez-borhan-dan-abu-zahar-azam-baki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gomez Azam Abu Zahar S Remarks Have Further Tarnished Macc

Gomez Azam Abu Zahar S Remarks Have Further Tarnished Macc

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 230 hits
From Edmund Terence GomezI refer to news reports on the statements made by Abu Zahar Ujang chairman of the MACC s anti corruption advisory board and Azam Baki the chief commissioner of the MACC at their press conference on Jan 5 2022 Much w...
Perasuah Jutawan Azam Baki Dan Abu Kassim Yang Anda Tidak Kenal

Perasuah Jutawan Azam Baki Dan Abu Kassim Yang Anda Tidak Kenal

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 524 hits
Ketua Pesuruhjayanya SPRM Datuk Seri Azam Baki merupakan seorang JUTAWAN yang mengumpul kekayaan sejak tahun 2013 iaitu apabila dia dilantik Pengarah Bahagian Perisikan SPRM pada tahun 2013 dengan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekay...
Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 307 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 6 2022Selepas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki timbul persoalan mengapa Azam tidak bersedia untuk hadir memberi...
More Credible For Azam Baki To Be Cleared By Psc Kit Siang

More Credible For Azam Baki To Be Cleared By Psc Kit Siang

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 234 hits
DAP stalwart Lim Kit Siang has opined that it would be more credible for embattled MACC chief commissioner Azam Baki to be cleared from his conflict of interest allegations by the Parliamentary Select Committee for Agencies under the Prime ...
Azam Baki Jadi Buah Mulut Di Twitter

Azam Baki Jadi Buah Mulut Di Twitter

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 218 hits
Oleh FAZLI RADZI January 5 2022Nama Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki menjadi sohor di Twitter hari ini dengan lebih 5 300 ciapan setakat jam 8 malam tadi Rata rata warganet melontarkan pelbagai tanda tanya susulan sidang media oleh Penge...
Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta Tak Patut Dijadikan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 354 hits
Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa akaun peribadi miliknya telah digunakan oleh adik Nasir Baki bagi urusan pembelian saham Tambah Azam isu penggunaan akaun tersebut untuk me...
Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 240 hits
PUTRAJAYA Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau Pengerusi LPPR Tan Sri Abu ...
Pembela Tells Azam Baki To Step Down Pending Probe

Pembela Tells Azam Baki To Step Down Pending Probe

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 184 hits
The Islam Defenders Associations has called for the resignation of Azam Baki as the MACC chief commissioner during the course investigations carried out against him for alleged corruption The NGO added that if he had nothing to worry about ...
Allegation Against Azam Baki Are Lies

Allegation Against Azam Baki Are Lies

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 161 hits
Malaysian Anti Corruption Commission chief Azam Baki has finally spoken on his alleged ownership of shares saying claims that he controls many companies are lies At a press conference today Azam claimed that there were efforts by certain pa...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord