Perjanjian Kerajaan Perpaduan Bukan Kediktatoran


 
Perjanjian Kerajaan Perpaduan bukan kediktatoranPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: December 20, 2022
SharePerjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani semalam antara PH, BN, GPS, GRS dan Warisan tidak mempunyai unsur unsur kediktatoran.
Menurut mantan Senator Dewan Negara, Yusmadi Yusoff, pendapat bekas Menteri Undang undang, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin bahawa perjanjian tersebut bersifat diktator adalah meleset sama sekali.
Katanya, kediktatoran lebih kepada upaya seseorang ketua menekan keputusannya kepada sesuatu kumpulan dan tidak membenarkan sebarang perundingan.
“Kediktatoran apabila seorang itu membuat keputusan dengan sendiriannya tanpa melalui proses musyawarah atau perbincangan, dan keputusan tersebut ditekan terhadap pengikutnya, atau mereka yang merupakan subjek dalam konteks yang luas ialah rakyat
“Apa yang berlaku dalam MoU ini saya lihat hal itu dibuat secara terbuka di antara ketua ketua parti dan juga mewakili gabungan masing masing yang mana ia dibincang secara terbuka dan akhirnya dimeterai melalui satu perjanjian bertulis.
“Malah perjanjian itu diedarkan secara terbuka dan tular di media sosial. Apa yang berlaku ini bagi saya satu contoh amalan demokrasi yang mana ianya dibuat dengan cara yang amat teratur,” katanya dalam satu siaran media.
Malah ulas Yusmadi, beliau difahamkan perjanjian tersebut disusun dan didraf dengan nasihat undang undang yang tepat dan berwibawa.
“Saya percaya pimpinan kanan, baik gabungan PH, BN, GPS dan GRS mereka juga mendapat nasihat guaman yang tepat untuk menandatangani perjanjian.
“Yang menariknya Datuk Seri Anwar memberi peluang kepada ketua koalisi menyatakan pandangan mereka secara terbuka,” katanya
Menjawab tuduhan perjanjian tersebut mengandungi unsur jenayah sebagaimana didakwa oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Yusmadi tidak melihat mana mana peruntukan undang undang boleh disesuaikan dengan dakwaan berkenaan.
Katanya jenayah bermula dengan niat. Jika dilihat niat perjanjian tersebut adalah untuk melaksanakan satu titah Yang di-Pertuan Agong agar merencanakan satu perkara membentuk kerajaan yang stabil dan dapat membawa Malaysia ke tahap lebih baik. Hal itu tidak boleh dinisbahkan kepada jenayah.
Beliau juga tidak melihat seksyen 124 yang mengadaikan jika terdapat sesiapa yang punyai niat jahat melakukan satu keadaan yang boleh memaksa Ahli Parlimen atau ADUN atau Exco, dilakukan secara yang bertentangan undang undang telah terwujud dalam perjalanan melaksanakan perjanjian tersebut.
“Andainya ia boleh terjumlah ke seksyen 124, bagi saya ia andaian yang meleset.
“Malah rakyat perlu bebangga dengan panduan yang telah ditunjukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar bermulalah satu pendekatan demokrasi sangat telus dan tidak menggunakan pendekatan mencurigakan, dan saya percaya ini sesuatu yang perlu diraikan,” katanya.
Beliau juga mengingatkan demokrasi di Malaysia adalah secara berperwakilan dan bukannya demokrasi langsung yang boleh memilih presiden di peti undi. Demokrasi berperwakilan membenarkan parti politik yang dianggotai wakil wakil rakyat melakukan sebarang perjanjian untuk membentuk kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/perjanjian-kerajaan-perpaduan-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Polis Perjanjian Kerajaan Perpaduan Pemuda Pn Berhelah

Laporan Polis Perjanjian Kerajaan Perpaduan Pemuda Pn Berhelah

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 188 hits
Laporan polis perjanjian Kerajaan Perpaduan Pemuda PN berhelahPosted By Redzuan WRLR Mediaon December 22 2022Tindakan Pemuda Perikatan Nasional memfailkan laporan polis berkaitan perjanjian persefahaman kerjasama yang dimeterai pemimpin par...
Muhyiddin Hadi Punca Pn Tak Masuk Kerajaan Perpaduan

Muhyiddin Hadi Punca Pn Tak Masuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 210 hits
Muhyiddin Hadi punca PN tak masuk kerajaan perpaduanPosted By Redzuan WRLR Mediaon December 22 2022 Perbahasan di pihak pembangkang pada sesi petang Dewan Rakyat membahas usul Undi Percaya diwarnai saling tuduh menuduh antara kedua belah pi...
Senarai Penuh Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Senarai Penuh Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Berikut adalah senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Menteri nbsp Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan Steven Sim Chee Keong Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wil
Mou Kerajaan Perpaduan Sebenarnya Tambah Tekanan Kepada Pembangkang

Mou Kerajaan Perpaduan Sebenarnya Tambah Tekanan Kepada Pembangkang

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 355 hits
DR ZULKARNAIN LUKMANTanggal 16 Disember 2022 tercipta sejarah baharu pasca PRU 15 apabila kesemua parti dan ahli parlimen yang membentuk kerajaan telah menandatangani satu MoU atau yang dinamakan Perjanjian Persefahaman Kerjasama bagi membe...
Kerajaan Perpaduan Dibentuk Baiki Hubungan Kaum

Kerajaan Perpaduan Dibentuk Baiki Hubungan Kaum

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 205 hits
Kerajaan perpaduan dibentuk baiki hubungan kaumPosted By on December 09 2022Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke 15 adalah untuk menangani situasi luar biasa Menurut Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli situasi selepas...
Kebebasan Media Antara Komitmen Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

Kebebasan Media Antara Komitmen Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 182 hits
KEBEBASAN media menjadi antara komitmen kerajaan perpaduan dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil Fahmi berkata penubuhan Majlis Media Malaysia mungkin menjadi antara...
Kredibiliti Kerajaan Perpaduan Rosak Jika Tidak Dakwa Zeti Dan Nazlan Segera

Kredibiliti Kerajaan Perpaduan Rosak Jika Tidak Dakwa Zeti Dan Nazlan Segera

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 355 hits
Baca sini Oleh Adam MalikSebaik sahaja kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapat mandat kuasa sebagai kerajaan antara yang awal disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah akan membasmi rasuah dan tidak akan melind...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Ini Cara Guna Budi Madani Ron95 Dengan Tng Ewallet

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gurauan Keterlaluan Sesama Rakan Boleh Jadi Buli Mancha

Curves Buka Studio Kecergasan Wanita Pertama Di Kuantan Pahang

Sup Maggi Ayam Buat Nellisa Di London

Ringkasan Perjalanan Trip Ke China Wilayah Yunnan Dan Jiangsu

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Court Dismisses Gag Order To Bar Albert From Humiliating Sabah Cm