Kerajaan Perpaduan Dibentuk Baiki Hubungan Kaum
Kerajaan perpaduan dibentuk baiki hubungan kaumPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: December 09, 2022
ShareKerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 adalah untuk menangani situasi luar biasa.
Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, situasi selepas PRU tidak pernah dijangkakan oleh ahli politik sebelum hari pengundian, bahawa Pakatan Harapan (PH) dihadapkan realiti perlu bergabung dengan BN serta sekutu lainnya demi mengurangkan suhu perkauman di Malaysia.
“Kita tak pernah jangka sebelum ini. Keadaan ini memerlukan tindak balas dan keputusan luar biasa. Memang akan perlu masa untuk rakyat biasa memahami keputuan dibuat. Memang musuh kita PN, segala yang dulu dia korek balik
“Tetapi kita kena bermula dari titik paling penting. Apa keputusan rakyat dalam PRU lepas? Saya sebut, yang saya paling yakin sekali sepanjang saya berada dalam politik ialah saya percaya kebijaksanaan rakyat.
“Hikmahnya di persimpangan situasi sekarang, kita perlu mengenepikan segala perbezaan yang kita ada kerana cabaran kita lebih besar.
“Kalau contohnya PH menang mudah dan membentuk kerajaan pun, ia akan menguatkan permainan kebencian yang sekarang ini menjadi musuh nombor satu masyarakat,” katanya
Tegas Rafizi, jika PH menang majoriti mudah tanpa perlu membentuk kerajaan campuran maka situasinya akan sama atau lebih buruk berbanding Kerajaan PH 1.0 pada 2018 lalu.
Bila mana, kata Rafizi, serangan dari ahli politik yang menggunakan isu perkauman berada pada tahap maksimum. Kerajaan PH beri subsidi kawal harga minyak RON 95 RM2.05 seliter pun pada waktu itu rakyat tidak mahu tahu. Mereka tetap meratip PH kerajaan Cina dikuasai DAP.
“Keadaan itu akan berulang dan dalam suasana yang paling berbahaya, kerana setahun ini kita akan berdepan risiko kemelesetan ekonomi dunia yang ada kesan kepada negara. Mana kita nak jaga rakyat, nak berdepan ekonomi, jadi ia sudah tentu akan melumpuhkan kerajaan.
“Sebab itu saya bersyukur dengan kebijaksanaan rakyat meletakkan tidak ada satu gabungan pun boleh membentuk kerajaan.
“BN menang 30. Kalau BN menang 20 maka PN boleh bentuk kerajaan dengan dia bergabung bersama lain lain parti. Tetapi rakyat buat keputusan dia bagi cukup cukup untuk buat semua ahli politik pening kepala.
“Apa makna bila BN dapat 30? Maknanya PH tak boleh bentuk kerajaan tanpa BN dan PN pun begitu.
“Kalau tuan puan berada di kerusi kami, 24 jam, 48 jam pertama dengan di luar sentimen perkauman itu paling tinggi sejak saya pernah hidup.
“Saya tak pernah tengok kebencian yang sebegitu rupa. Saya tak pernah ada dalam suasana kebencian seperti sekarang. Kalau tanya, itu jauh bahaya (situasinya) daripada perbezaan yang ada di kalangan parti politik.
“Keutamaan kita sekarang ialah kena pertahankan nilai, wajah dan ciri masyarakat majmuk kita,” katanya lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/12/kerajaan-perpaduan-dibentuk-baiki.html