Laporan Polis Perjanjian Kerajaan Perpaduan Pemuda Pn Berhelah




Laporan polis perjanjian Kerajaan Perpaduan: Pemuda PN berhelahPosted By: Redzuan  WRLR  Mediaon: December 22, 2022
ShareTindakan Pemuda Perikatan Nasional (PN) memfailkan laporan polis berkaitan perjanjian persefahaman kerjasama yang dimeterai pemimpin parti kerajaan diumpamakan cakap tidak serupa bikin.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Haziq Azfar Ishak melalui satu kenyataan berkata, sebelum ini ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama kerajaan terdahulu, isu serupa tidak dibangkitkan.
“Di manakah Pemuda PN ketika Pakatan Harapan menandatangani MOU bersama kerajaan persekutuan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tatkala puak PN turut menerima laba politik hasil termeterai persefahaman ini.
“Pemeteraian set perjanjian seperti Confidence and Supply Agreement (CSA) yang mengikat komitmen undian setiap anggota yang bernaung bawah sesuatu koalisi atau parti politik adalah amalan biasa yang tak pernah mereka pertikai sebelum ini,” katanya.
Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari pada Ahad membuat laporan polis berkenaan apa yang didakwanya “pakatan jahat” antara pemimpin parti pemerintah.
Ia berkaitan perjanjian persefahaman kerjasama, yang menurut Ahmad Fadhli sebagai merosakkan dan memudaratkan demokrasi.
Sementara itu Haziq Azfar menegaskan bahawa pemeteraian perjanjian sememangnya suatu konvensyen bagi parti koalisi bagi mengikat komitmen bagi mengukuhkan kestabilan mahupun memperkemas hala tuju kerajaan.
Justeru beliau mengingatkan supaya pihak terlibat berhenti bermain pertikaian terminologi pembentukan kerajaan perpaduan dan ‘move forward’ dengan menjalankan tugas mereka sebagai pembangkang.
“Masalah anak muda yang substantif adalah jauh lebih banyak berbanding fokus pertikaian terminologi seperti ini. Satu per tiga jurutera muda bergaji bawah RM2,000 sebulan, 55% pendapatan ibu bapa dibelanjakan untuk pendidikan tinggi.
“Isu-isu inilah yang perlu difokuskan sekiranya pembangkang benar serius mahu membantu membina negara dan membela nasib anak muda,” tambahnya dalam kenyataan tersebut.
Untuk rekod, kerajaan memberi jaminan tidak akan menyekat hak ahli parlimen untuk mengundi, selain daripada sebarang usul keyakinan dan perbekalan.
Rafizi Ramli antara pemimpin yang terlibat dalam draf awal perjanjian itu menjelaskan perjanjian itu mengikat dalam perkara berkaitan kesahihan kerajaan seperti yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang antilompat parti adalah bertujuan untuk memastikan kerajaan yang dibina tidak diruntuhkan pihak yang mahu merebut kuasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/laporan-polis-perjanjian-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Kerajaan Perpaduan Bukan Kediktatoran

Perjanjian Kerajaan Perpaduan Bukan Kediktatoran

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 350 hits
Perjanjian Kerajaan Perpaduan bukan kediktatoranPosted By on December 20 2022Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani semalam antara PH BN GPS GRS dan Warisan tidak mempunyai unsur unsur kediktatoran Menurut mantan Senato...
Geng Tebuk Atap Sebenarnya Yang Tidak Bebas Rafizi Selar Pn Isu Mou Gabungan Kerajaan Perpaduan

Geng Tebuk Atap Sebenarnya Yang Tidak Bebas Rafizi Selar Pn Isu Mou Gabungan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 236 hits
FAZLI RADZITimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyelar Perikatan Nasional yang berterusan mempertikai Kerajaan Perpaduan sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 Wakil rakyat Parlimen Pandan tersebut menegaskan bahawa hanya geng tebuk atap s...
Politik Fahmi Kecam Pemimpin Bersatu Pertikai Mou Kerajaan Perpaduan

Politik Fahmi Kecam Pemimpin Bersatu Pertikai Mou Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 283 hits
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Fahmi Fadzil mengecam Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Ketua Srikandinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mempertikaikan memorandum perjanjian persefahaman Mo
Mou Kerajaan Perpaduan Sebenarnya Tambah Tekanan Kepada Pembangkang

Mou Kerajaan Perpaduan Sebenarnya Tambah Tekanan Kepada Pembangkang

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 385 hits
DR ZULKARNAIN LUKMANTanggal 16 Disember 2022 tercipta sejarah baharu pasca PRU 15 apabila kesemua parti dan ahli parlimen yang membentuk kerajaan telah menandatangani satu MoU atau yang dinamakan Perjanjian Persefahaman Kerjasama bagi membe...
Walaupun Pm Anwar Diperlekeh Ramai Pengundi Pantai Timur Tapi Kerajaan Perpaduan Tetap Segerakan Bantuan Mangsa Banjir

Walaupun Pm Anwar Diperlekeh Ramai Pengundi Pantai Timur Tapi Kerajaan Perpaduan Tetap Segerakan Bantuan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 421 hits
FAZLI RADZIKerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur meskipun diperlekeh ramai pengundi di sana Itu antara pendapat orang ramai susulan pengumuman A...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Positif Dalam Negatif

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa