Muhyiddin Hadi Punca Pn Tak Masuk Kerajaan Perpaduan




Muhyiddin, Hadi punca PN tak masuk kerajaan perpaduanPosted By: Redzuan  WRLR Mediaon: December 22, 2022 SharePerbahasan di pihak pembangkang pada sesi petang Dewan Rakyat membahas usul Undi Percaya diwarnai saling tuduh menuduh antara kedua belah pihak.
Isu yang paling banyak ditimbulkan ialah tidak wajarnya Kerajaan Persekutuan yang wujud dinamakan Kerajaan Perpaduan kerana daripada segi istilahnya perpaduan melibatkan semua parti, jika sebahagian parti diistilahkan kerajaan campuran.
Hal itu ditempelak Rafizi Ramli (PH – Pandan) yang menolak pertikaian seputar istilah dan bukannya mengenai isu rakyat yang lebih mendesak.
“Dari awal saya tengok perbahasan di sebelah sana soal yang ditimbulkan berkaitan istilah, bukan soal ekonomi, soal rakyat, bukan soal kepayahan dan cabaran
“Soal istilah tidak bersetuju apabila kerajaan ini dipanggil Kerajaan Perpaduan. Untuk makluman anggota di sebelah sana, soal istilah ini patut dirujuk kepada Pagoh dan Marang kerana mereka yang dipanggil pertama kali dan ditawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan
“Tetapi lain kali saya ingatkan tindakan yang dibuat sebelah sana yang melantik Larut sebagai Ketua Pembangkang, selepas ini ada perunding yang lebih baik, kalau kena cara baru boleh duduk di sini (sebelah kerajaan). Buat masa sekarang jangan marah soal istilah, kerana kegagalan Pagoh dan Marang yang menolak menyertai Kerajaan Perpaduan ini,” katanya.
Rafizi sebaliknya memuji rakyat yang tidak memenangkan mana mana koalisi untuk memerintah, sebaliknya memaksa mereka membentuk kerajaan bersatu hati bagi mentadbir negara
Katanya, untuk membalas jasa rakyat itu maka diwujudkanlah kerajaan yang buta politik tetapi peka membangunkan ekonomi dan kebajikan.
“Untuk membalas kebijakan rakyat yang memilih untuk tidak membenarkan mana mana parti membentuk kerajaan bersendirian dan itu ada hikmahnya, kerana kita berhadapan dengan kekangan kewangan dan suasana ekonomi dunia yang tidak stabil. Kos menjana elektrik misalnya naik sebanyak 3 kali ganda dalam 12 bulan lepas.
“Begitu juga kos petrol. Sebab itu segala pendekatan pentadbiran yang sebelum ini digunakan mungkin tidak lagi berkesan dalam kita hadapi cabaran terbaru ini,” kata Rafizi lagi.
Beliau menegaskan, dengan kerajaan yang bersatu padu kini maka tumpuan boleh diberikan sepenuhnya untuk menangani ekonomi sekiranya dunia menghadapi kemelesetan pada tahun hadapan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/muhyiddin-hadi-punca-pn-tak-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Kerajaan Perpaduan Sibuk Bantu Rakyat Hadi Anggap Kerajaan Diambil Alih Secara Luar Tabii

Ketika Kerajaan Perpaduan Sibuk Bantu Rakyat Hadi Anggap Kerajaan Diambil Alih Secara Luar Tabii

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 256 hits
FAZLI RADZIKetika Kerajaan Perpaduan sedang sibuk melaksanakan dasar negara dan membantu rakyat Pas dilihat masih bersilat politik kepartian yang sempit dengan mengungkit keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awan...
Tak Puas Hati Istilah Kerajaan Perpaduan Rafizi Sindir Pembangkang Rujuk Pada Pagoh Dan Marang

Tak Puas Hati Istilah Kerajaan Perpaduan Rafizi Sindir Pembangkang Rujuk Pada Pagoh Dan Marang

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 329 hits
FAZLI RADZIPembangkang pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke 15 dilihat tidak puas hati benar dengan istilah Kerajaan Perpaduan Sehubungan itu Rafizi Ramli ketika membahaskan usul undi percaya terhadap kepimpinan ...
Perjanjian Kerajaan Perpaduan Bukan Kediktatoran

Perjanjian Kerajaan Perpaduan Bukan Kediktatoran

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 347 hits
Perjanjian Kerajaan Perpaduan bukan kediktatoranPosted By on December 20 2022Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani semalam antara PH BN GPS GRS dan Warisan tidak mempunyai unsur unsur kediktatoran Menurut mantan Senato...
Geng Tebuk Atap Sebenarnya Yang Tidak Bebas Rafizi Selar Pn Isu Mou Gabungan Kerajaan Perpaduan

Geng Tebuk Atap Sebenarnya Yang Tidak Bebas Rafizi Selar Pn Isu Mou Gabungan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 233 hits
FAZLI RADZITimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyelar Perikatan Nasional yang berterusan mempertikai Kerajaan Perpaduan sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 Wakil rakyat Parlimen Pandan tersebut menegaskan bahawa hanya geng tebuk atap s...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked